Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog ilmudanulamak.blogspot.com

Rabu, 1 September 2021

Sila baca jawapannya dalam laman baru ilmudanulamak.com. Sila klik.

Selasa, 31 Ogos 2021

Sila ikuti di laman baru; (ilmudanulamak.com)

Soalan; ustaz, sepertimana yang saya tahu, syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya. Tapi ustaz, macam mana pula jikalau suaminya telah meninggal? Adakah syurganya kembali kepada ibu kandungnya?

Jawapan;

Hingga bila-bilapun syurga tetap di bawah tapak kaki ibu-bapa dan keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa.
Sabda Nabi SAW;

الْزَمْهُمَا فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ أَرْجُلِهِمَا
“Jagalah kedua ibu-bapamu kerana Syurga di bawah kaki kedua mereka” (Al-Mu'jam al-Kabir, at-Thabrani; 2202. Menurut al-Munziri; sanad hadis ini baik. Lihat; at-Targhib wa at-Tarhib, al-Munziri; 3751).Sabda baginda juga;
رِضا الرَّبِّ فِي رِضا الوَالِدِ وَسُخْطُ الرَّبِّ فِي سُخْطِ الوَالِدِ
“Keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa dan kemurkaan Tuhan berada pada kemurkaan ibu-bapa” (HR at-Tirmizi dan al-Hakim dari ‘Abdullah bin ‘Amru RA. Menurut as-Suyuti; hadis ini adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4456).

Sama ada bergelar isteri atau tidak, seorang anak tetap wajib berbuat baik dan berbakti kepada ibu dan bapanya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran. Mentaati suami adalah perintah Allah, berbakti kepada ibu dan bapa juga perintah Allah, maka kedua-duanya wajib dilaksanakan semampunya.

Untuk memahami lebih lanjut, sila baca jawapan saya sebelum ini; (ADAKAH SYURGA BERPINDAH KE BAWAH TAPAK KAKI SUAMI SETELAH BERKAHWIN?).

Wallahu a'lam.


Soalan; ustaz, saya hendak tanya pasal orang perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal, terbalik dengan lelaki (9 akal, 1 nafsu). Betul ke hal tu? Daripada hadis ke apa sumbernya?

Jawapan;

Dalam Soheh al-Bukhari, ditemui hadis menyebutkan; "Wanita kurang akal dan agamanya (berbanding lelaki). Kurang akal di mana kesaksian seorang wanita separuh kesaksian lelaki (*yakni dalam kesaksian, 4 saksi wanita menyamai 2 saksi lelaki). Kurang agama di mana wanita ketika haid tidak boleh lagi solat dan berpuasa (*lelaki pula boleh solat dan puasa sepanjang masa)" (Soheh al-Bukhari; 304. Dari Abu Sa'id al-Khudri RA).

Menurut Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha; maksud hadis itu ialah melihat secara umum (umum kaum wanita berbanding kaum lelaki). Adapun secara khusus (individu), terdapat ramai wanita lebih berakal dari ramai orang lelaki.(1) 

Sebahagian ulamak berkata; maksud kurang akal dalam hadis di atas ialah dinisbah kepada hati, yakni; wanita dijadikan Allah dengan memiliki perasaan hati yang lebih kuat berbanding dengan penilaian akal/logiknya, berbeza dengan lelaki yang memiliki penilaian akal lebih kuat dari perasaan hatinya. Hal itu kerana tugas-tugas asasi wanita (mengandungkan anak, kemudian menyusuinya, menjaga dan mengasuhnya, melayani suami dan anak-anak dan sebagainya) memerlukan sifat kasih dan simpati yang berterusan dan sifat-sifat itu hanya lahir dari perasaan hati yang kuat dan tabah. Berkata Syeikh Sya'rawi; "Manusia memerlukan kasih sayang dan belaian seorang ibu dan kebijaksaan seorang bapa".(2)

Kurang agama pula bermaksud; kaum wanita diberi keringanan yang lebih dalam agama berbanding lelaki. Tuntutan agama ke atas mereka lebih ringan dari kaum lelaki, kerana itu digugurkan kewajipan solat dan puasa dari mereka sepanjang masa haid dan nifas, mereka tidak diwajibkan keluar berjihad, solat berjamaah dan solat jumaat.(3)

Adapun kenyataan "wanita memiliki 9 nafsu dan 1 akal", belum ditemui sumber hadisnya.

Wallahu a'lam.

Nota;

(1) Ta'liq 'ala Soheh al-Bukhari.
(2) Syabakah al-I'lam al-'Arabiyyah (http://www.moheet.com).
(3) Syabakah al-I'lam al-'Arabiyyah (http://www.moheet.com).

Jumaat, 23 Oktober 2015

Soalan; Assalamu alaikum Ustaz. Saya nak tanya hukum beri nafkah kpd ibu-ayah tu wajib kan sbg anak laki..nafkah tu mesti dlm bentuk keperluan asas ke? (duit/pakaian lain2)..atau bole dlm bentuk lain? Sya tahu ayah-ibu sya takde masalah dgn duit..duit dorang pun lagi byk drpd sya..dan anak2 lain pun ada bg sumbangan sikit pd ayah-ibu. Jadi selama ni sya bagi dlm bentuk lain..sya belikan ayahibu sebuah kereta yg selesa utk kegunaan mereka..bulan2 sya yg bayar duit kereta ke bank..
Soalan sya, adakah sya telah dikira menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kpd ayahibu sya?..atau sya tetap juga kena bg cash walaupun sedikit?..
Mohon pencerahan drpd Ustaz ya. Terima kasih byk2.
 
Jawapan; 
 
Bismillah. Nafkah kepada ibu/bapa menjadi wajib ke atas anak jika ada dua syarat;
1. Ibu/bapa miskin (memerlukan saraan)
2. Anak mampu/berada.

Jika ibu/bapa kaya (berada, tidak memerlukan saraan dari orang lain), tidaklah wajib anak menafkahi mereka. Begitu juga, jika anak miskin tidaklah dia diwajibkan menafkahi mereka kerana seseorang tidak dibebani oleh Syarak dengan sesuatu di luar kemampuannya.

Sekalipun tidak wajib dinafkahi kerana mereka kaya (berada), namun jika anak ingin menafkahi/menyarai mereka atas dasar sukarela kerana ingin berbakti kepada mereka, itu adalah langkah yang baik dan digalakkan oleh Syarak kerana ia termasuk dalam pengertian Birru walidain (berbuat baik dan berbakti kepada dua ibu-bapa) yang disuruh oleh al-Quran dan hadis.

Bagi ibu/bapa yang wajib dinafkahi, ukuran nafkah ialah al-kifayah (yakni kadar yang menciukupi keperluan mereka). Ia merangkumi makanan asasi, lauk, pakaian, tempat tinggal, rawatan/ubatan dan sebagainya yang diperlukan. 
 
Wallahu a'lam.
 
Rujukan;
1. al-Fiqh as-Syafiie al-Muyassar, Syeikh Sayyid bin 'Abdillah at-Tidi, 211-212.
2. Hasyiyah al-Baijuri, 2/191.
 

Khamis, 22 Oktober 2015

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Mohon bantuan pencerahan berkenaan perkara ini :
BAGAIMANA SEHARUSNYA HUBUNGAN SUAMI/ISTERI DENGAN BEKAS KELUARGA MERTUA(kes isteri/suami telah meninggal dunia)

YANG MANA BAPA DAN IBU MERTUA BEKAS ISTERI/SUAMI TELAH TIADA.
YANG TINGGAL HANYA ADIK BERADIK NYA SAHAJA.
DAN MEREKA TELAH BERKAHWIN LAIN.
PERLU TERUSKAN SEPERTI BIASA HUBUNGAN DENGAN MEREKA OR PERLU JARAKKAN DEMI KERUKUNAN RUMAHTANGGA YANG BARU. MAAF KATA, BIASALAH KALAU DAH BERKAHWIN BARU, SIKIT SEBANYAK PERLU MENJAGA BATASAN DAN HATI PASANGAN BARU.

ADA BATAS2 DALAM PERGAULAN/HUBUNGAN TAK?
KE KENA REMAIN SAMA MCM WIFE/HUSBAND KETIKA MASIH ADA?
OR MCMMANA.  JAZAKALLAHU KHAIRAN.

Jawapan;
 
Bismillah. Dari segi hukum, adik-beradik kepada suami atau isteri tidaklah mahram. Kerana itu batasan pergaulan dengan mereka sama seperti batasan pergaulan dengan ajnabi yang lain iaitu tidak boleh membuka aurat, tidak boleh bersentuhan (bersalaman), berduaan dan sebagainya. Namun oleh kerana mereka mempunyai ikatan kekeluargaan dengan suami/isteri, maka perlulah dijaga hubungan dengan mereka kerana ia termasuk dalam pengertian berbuat baik kepada pasangan. Apabila pasangan telah meninggal, sekalipun tuntutan menjaga hubungan dengan keluarganya tidak sebesar ketika dia masih hidup, namun digalakkan hubungan baik itu terus dipelihara terutama dengan individu yang dikasihi oleh pasangan ketika hidupnya.Sikap tersebut menjadi amalan Nabi SAW di mana setelah kematian isterinya Khadijah RA, baginda sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan orang-orang yang yang dikasihi Khadijah semasa hayatnya. 'Aisyah RA menceritakan; "Rasulullah SAW menyembelih kambing dan menghadiahkan sebahagian dari dagingnya kepada orang-orang yang dikasihi Khadijah (yakni dari kalangan rakan-rakan atau ahli keluarganya)" (Soheh al-Bukhari, hadis no. 6004). Wallahu a'lam.

Jumaat, 18 Julai 2014

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanyakan 2 soalanberkaitan aurat suami-isteri dan tanggungjawab yang wajib bagi seorang suamidan isteri. Soalan saya adalah seperti berikut:
1. Apakah aurat suami dan isteri di mata keluarga mertua? Contohnya, dengan mertua, ipar, anak saudara, bapa/ibu saudara, suami/isteri kepada bapa/ibu saudara. Apakah had bersalaman dengan mereka?
Terima kasih di atas jawapan ustaz. Saya adalah hamba yang jahil dan perlukan bantuan ustaz. Sekian.

Jawapan; 

Bismillah. Aurat dan bersalamanbergantung kepada mahram atau tidak orang yang berhadapan kita. Jika dia mahramkita, harus kita bersalaman dengannya dan auratnya dengan kita (lelaki) ialahsepertimana aurat ibu dan adik-beradik perempuan kandung kita iaitu dari dadahingga lutut mengikut pandangan yang rajih (yakni boleh menampakkan bahagianrambut, leher, tangan dan betis, adapun kawasan lainnya wajib ditutup). Maksudmahram ialah orang yang diharamkan ke atas kita mengahwininya buat selamanya.Mahram boleh timbul dengan sebab nasab, perkahwinan atau penyusuan.Mahramdengan sebab perkahwinan -bagi seorang lelaki- hanya membabitkan empat orangsahaja;

1. Ibu dan nenek isteri (yakni ibumertua dan nenek mertua)[1]
2. Menantu (yakni isteri kepada anaklelakinya atau isteri kepada cucu dan cicitnya).[2]
3. Anak dan cucu tiri (anak perempuan isteri, cucu perempuan isteri, hingga ke bawah)[3]
4. Ibu dan nenek tiri (yakni isteri bapa atau isteri datuk, hingga ke atas)[4]

Maka apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita,hanya ibu, nenek, anak perempuan dan cucu perempuan isterinya sahaja yangmenjadi mahramnya (dari kalangan keluarga isterinya). Adapun wanita-wanita lain(iaitu adik/kakak ipar, ibu saudara isteri, anak saudara isteri..) merekabukanlah mahramnya. Maka mereka wajib menutup aurat di hadapannya (iaituseluruh badan kecuali muka dan tangan, yakni wajib memakai tudung kepala), dantidak harus dia bersalaman dengan mereka kerana mereka bukan mahramnya. Adapunauratnya di hadapan mereka pula ialah kawasan antara pusat hingga lutut (yaknikawasan badan yang lain harus didedahkan, adapun kawasan antara pusat dan lututwajib ditutup).

Bagi wanita pula, mahramnya dengansebab perkahwinan juga membabitkan empat orang juga;
1. Bapa dan datuk suaminya (iaitubapa mertua dan datuk mertua).
2. Menantu (iaitu suami kepada anakperempuannya dan suami kepada cucu atau cicit perempuannya)
3. Anak dan cucu tiri (iaitu anaklelaki dan cucu lelaki suaminya)
4. Bapa atau datuk tiri (iaitu suamikepada ibunya atau suami kepada neneknya).

Maka apabila seorang perempuanberkahwin dengan seorang lelaki, hanya bapa, datuk, anak lelaki dan cucu lelakisuaminya sahaja yang menjadi mahramnya (dari kalangan keluarga suaminya). Didepan mereka harus dia membuka tudungnya dan harus dia bersalaman degan mereka.Adapun lelaki-lelaki lain (adik/abang ipar, bapa saudara suami, anak saudarasuami...) mereka bukanlah mahramnya, maka dia tidak boleh mendedahkan aurat dihadapan mereka (kecuali muka dan tangan sahaja, yakni wajib pakai tudung) dantidak harus bersalaman dengan mereka.

Wallahu a'lam.

[1]Yakni wanita-wanita yang menjadi usul kepada isteri kita meerangkumi; ibunya,ibu kepada ibunya dan ibu kepada bapanya, hingga seterusnya (al-Mausu’ahal-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan mahram, 36/213).
[2]Yakni isteri-isteri kepada furu’nya (anak, cucu dan cicitnya) (al-Mausu’ahal-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan mahram, 36/213). Namun pengharaman(yakni hubungan mahram) hanya terhenti kepada wanita yang menjadi isteri furu’ kitasahaja. Adapun wanita-wanita yang bertalian dengannya sama ada usulnya ataufuru’nya tidaklah menjadi mahram kita (yakni mereka hanya menjadi mahram anakatau cucu kita sahaja) (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataanmahram, 36/213).
[3]Iaitulah furu’ isteri, merangkumi anak perempuannya, cucu perempuannya, cicitperempuannya, hingga seterusnya ke bawah. Namun mereka hanya menjadi mahramapabila isteri disetubuhi (yakni tidak cukup dengan akad sahaja) (al-Mausu’ahal-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan mahram, 36/213).
[4] Yangmenjadi mahram hanyalah wanita yang menjadi isteri kepada bapa atau datuksahaja, adapun wanita-wanita lain yang ada hubungan nasab dengan wanitatersebut (ibunya, saudara perempuannya, anak perempuannya) tidaklah merekamenjadi mahram kita (sama ada usulnya atau furu’nya), mereka hanya menjadimahram bapa atau datuk kita sahaja (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah,perkataan mahram, 36/213).

Ahad, 13 Julai 2014

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, saya ada pertanyaan, mengenai isteri musafir keluar negara untuk urusan kerja; Bolehkah isteri travel keluar negara utk urusan kerja tanpa suami menemaninya? terima kasih.

Jawapan;

Para ulamak telah mensepakati bahawa diharamkan wanita keluar bermusafir dengan seorang diri -terutamanya musafir yang jauh-(1). Para ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali mensyaratkan; mesti ditemani oleh suami atau mahramnya (yakni bapa, anak lelaki, saudara lelaki atau sebagainya). Mereka berdalilkan sabda Nabi saw;

لاَ تُسَافِرِ المَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ
"Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama mahramnya" (Soheh al-Bukhari; 1862, dari Ibnu 'Abbas RA).
 
لاَ يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ أَنْ تُسَافِرَ مَسِيرَةَ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لَيْسَ مَعَهَا حُرْمَةٌ
"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk bermusafir dengan jarak perjalanan sehari semalan tanpa ditemani mahramnya" (Soheh al-Bukhari; 1088, dari Abu Hurairah RA).

Menurut mazhab Syafiie dan Maliki; selain dengan suami dan mahram, diharuskan juga wanita keluar bermusafir bersama teman-terman yang dapat memastikan keselamatannya (rufqah makmunah) yang terdiri dari lelaki-lelaki yang dipercayai atau wanita-wanita yang dipercayai, namun untuk tujuan mengerjakan haji yang wajib sahaja, atau urusan-urusan lain yang wajib di sisi Syariat.(2) Ada ulamak mengharuskan keluar dengan bertemankan seorang sahaja wanita yang dipercayai, dengan syarat perjalanan adalah aman. Malah ada ulamak yang hanya mensyaratkan; perjalanan yang aman sahaja. Imam al-Mawardi berkata; di kalangan sahabat-sahabat kami (yakni ulamak-ulamak mazhab Syafiie) ada yang berkata; jika perjalanan adalah aman/selamat, tidak dikhuatiri berlaku percampuran dengan kaum lelaki bersamanya, harus dia (yakni wanita) keluar bermusafir tanpa ditemani mahram atau wanita yang dipercayai(3). Semua keharusan itu adalah bagi musafir untuk tujuan haji yang wajib (atau kewajipan-kewajipan syarie yang lain). Adapun untuk haji tatawwu' (yakni haji sunat) atau urusan-urusan yang mubah/harus (seperti berziarah, berniaga dan sebagainya), tidak harus keluar melainkan dengan ditemani mahram(4).

Beberapa ulamak semasa hari ini membuka keharusan tersebut kepada semua jenis musafir yang harus (tidak terhad kepada musafir haji dan urusan-urusan wajib syar'ie sahaja), melihat kepada perubahan zaman hari di mana perjalanan dapat ditempuh dengan lebih selamat walaupun amat jauh dan kenderaan juga lebih selamat (bas, keretapi, kapal terbang dan sebagainya).(5) Di antaranya ialah fatwa dari Darul Iftak Mesir (Institusi Fatwa Kerajaan Mesir) yang menegaskan; "Diharuskan bagi wanita untuk bermusafir tanpa ditemani mahram dengan syarat dia dapat memastikan keselamatan dirinya, agama serta kehormatannya di sepanjang perjalanan, di tempat perhentiannya dan juga semasa perjalanan pulang nanti...Dalam Soheh al-Bukhari (dan kitab-kitab hadis lainnya) diceritakan bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepada 'Adiyy bin Hatim RA;

فَإِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ، لَتَرَيَنَّ الظَّعِينَةَ تَرْتَحِلُ مِنَ الحِيرَةِ، حَتَّى تَطُوفَ بِالكَعْبَةِ لاَ تَخَافُ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ
"Jika kamu dikurniakan umur panjang, nescaya kamu akan dapat menyaksikan seorang wanita di atas untanya bermusafir dari Hirah (*di Kufah, Iraq hari ini) menuju (ke Mekah) hingga bertawaf mengilingi Kaabah tanpa takut kepada sesiapapun kecuali Allah" (Soheh al-Bukhari; 3595).

Lafaznya dalam Musnad Imam Ahmad;

فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَيُتِمَّنَّ اللهُ هَذَا الْأَمْرَ، حَتَّى تَخْرُجَ الظَّعِينَةُ مِنَ الْحِيرَةِ، حَتَّى تَطُوفَ بِالْبَيْتِ فِي غَيْرِ جِوَارِ أَحَدٍ
"Demi Allah, Allah akan menyempurnakan urusan agama ini, sehingga seorang wanita di atas untanya bermusafir dari Hirah (menuju ke Mekah) hingga dapat bertawaf di Baitullah tanpa ditemani (dalam musafirnya itu) oleh sesiapapun" (Musnad Ahmad; 18260).

Berdasarkan hadis ini segolongan fuqahak mujtahidin telah memfatwakan bahawa; harus wanita bermusafir seorang diri jika ia selamat (dalam perjalanannya). Adapun hadis-hadis yang lain yang melarang wanita bermusafir berseorangan tanpa ditemani mahramnya ia khusus kepada keadaan ketika tidak wujudnya keamanan (bagi wanita), di mana pada zaman-zaman dahulu, apabila wanita keluar berseorangan tanpa ditemani mahram ia pasti akan terdedah kepada  bahaya....Maka fatwa (yang bersesuaian dengan situasi hari ini) ialah; musafir wanita secara berseorangan (tanpa ditemani mahramnya) -dengan menggunakan alat-alat pengangkutan yang selamat dan melalui jalan-jalan yang telah tersedia- bertolak dari pelabuhan atau lapangan terbang serta stesyen-stesyen kenderaan awam, musafir tersebut adalah harus di sisi Syarak dan tidak dilarang, sama ada ianya musafir yang wajib, sunat atau harus. Hadis-hadis yang menegah wanita bermusafir tanpa mahram hendaklah difahami bagi keadaan ketika tidak wujudnya keamanan/keselamatan (bagi wanita), maka ketika wujudnya keamaaan secara sempurna, tidak ada lagi tegahan untuk ia bermusafir dari asalnya"(5).

Untuk panduan lebih jelas, dibawah ini diperturunkan syarat-syarat yang digariskan oleh Syeikh Dr. Ali al-Qurrah Daghi (Setiausaha Kesatuan Ulamak Islam Sedunia) untuk mengharuskan wanita bermusafir tanpa ditemani mahram;
1. Hendaklah musafir itu dipastikan selamat untuk diri wanita itu sendiri. Syarat ini merupakan syarat paling asas.
2. Sebolehnya tidak menyebabkan perlu bermalam di perjalanan (transit) -di hotel atau sebagainya -kerana boleh mengundang fitnah bagi wanita-, kecuali jika situasinya bersesuaian, dengan syarat dia ditemani oleh wanita lain yang dipercayai -sekurang-kurangnya seorang- dan selamat dari fitnah.
3. Hendaklah mempunyai tempat tinggal yang selamat di negeri tempat tujunya.
4. Hendaklah mendapat keizinan dari suami (bagi wanita yang telah berkahwin) atau dari walinya (jika belum berkahwin).
5. Hendaklah sepanjang perjalanan itu ia ditemani oleh wanita lain yang dipercayai -sekurang-kurangnya seorang wanita-.(6)


Wallahu a'lam.

Nota/rujukan;

1. al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (perkataan; safar)
2. al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (perkataan; rufqah, safar).
3. al-Hawi al-Kabir, Imam al-Mawardi, 4/363.
4. al-Hawi al-Kabir, Imam al-Mawardi, 4/363.
5. Dr. Mustafa az-Zarqa' (lihat; Fatawa Mustafa az-Zarqa', hlm. 276), Dr. 'Ali al-Qurrah ad-Daghi (lihat fatwa beliau dalam laman web beliau; http://www.qaradaghi.com), Syeikh Muhsin al-'Abikan (ulamak Arab Saudi) dan ramai lagi.
5. Laman Darul-Iftak, Mesir (http://www.dar-alifta.org), fatwa bertarikh; 9/7/2012, no. fatwa; 4480.
6. Laman web beliau (http://www.qaradaghi.com), fatawa jadidah (fatwa-fatwa semasa), bertarikh; 16/5/2010.

Ahad, 6 Julai 2014

Soalan; Assamualaikum ustaz, Saya ingin mohon pencerahan dari ustaz mengenai Taraf ibu mertua dgn menantu lelaki. Adakah sama seperti ibu kandungnya sendiri? Sekiranya dia pernah berbuat sesuai yang dianggap kurang ajar terhadap ibu mertuanya seperti memaki, menghalau sehingga menitiskan air mata si mertua, adakah dia telah tergolong sebagai telah melakukan dosa besar juga dianggap anak derhaka & tidak mencium bau syurga seperti yg selalu kita dgr jika berbuat kepada ibu sendiri. Mohon penjelasan ustaz.
Sekian terima kasih.

Jawapan; Bismillah. Ibu mertua tidaklah setara dgn ibu kandung sendiri. Namun bersikap kasar dan biadap kpd ibu mertua tetap berdosa sekalipun tidak sebesar dosa menderhaka kpd ibu sendiri. Wallahu a'lam.

Soalan2; Terima kasih ustaz atas jawapan. Mohon pencerahan lagi ustaz, apakah kategori dosa itu ustaz? Dosa kecil atau dosa besar? Apakah benar kedudukan ibu mertua adalah Selepas ibu kandungnya? Seperkara lagi ustaz, adakah seorang nenek mempunyai Hak utk berjumpa cucunya? Sekiranya Hak itu Ada & dinafikan apakah hukumnya ustaz? Terima kasih atas perhatian.

Jawapan; Bismillah.

1. Tidaklah dapat dipastikan kedudukan ibu mertua adalah selepas ibu kandung tanpa dalil syarak. Setakat ini saya belum bertemu dalil yg mengesahkan perkara tersebut.

2. Berbuat kejahatan kpd ibu mertua ditegah syarak sama seperti berbuat jahat kpd org lain, malah tegahan itu lebih kuat krn dua faktor:
a) Ia menyalahi arahan Allah dan Rasul supaya melayani isteri dgn baik, termasuk dlm pengertiannya ialah melayani keluarga isteri terutama ibu-bapanya.
b) Bersikap biadap kpd ibu mertua seolah mengajar anak2 supaya bersikap biadap dgn nenek mereka sendiri, dan mungkin memutuskan silaturrahim antara mereka.
Adapun kategori dosa -besar atau kecil- ia bergantung kpd jenis kejahatan. Jika membabitkan cercaan dan makian sbg contohnya, maka ia adalah dosa besar. Sabda Nabi saw: "Mencerca org Islam adalah fasik dan nembunuhnya adalah kufur" (Soheh al-Bukhari).

3. Antara nenek dan cucu ada ikatan rahim (silaturrahim). Memutuskan ikatan rahim adalah dosa besar. Sabda Nabi saw: "Tidak akan masuk syurga org yg memutuskan hubungan rahim" (Soheh al-Bukhari). Suami yg menghalang anak2nya dari berhubung dgn nenek mereka tanpa sebab ia mengajar mereka melakukan dosa besar memutuskan rahim, dan mungkin berjangkit kpd tidak nenghormati ibu sendiri satu hari nanti.

Wallahu a'lam.

Jumaat, 30 Mei 2014

SOALAN :

Assalamualaikum,

Yang Terhormat Ustaz,Apakah hukum bagi seorang wanita yang sudah bersuami yang sering keluar makan malam dengan seorang lelaki yg bukan mahramnya (boss, majikan, atau kawan).

Untuk menutup di tuduh berkhalwat, si istri ini membawa seorang teman wanita untuk menemaninya.Perkara ini sering berlaku.Dan sekiranya si istri ini di beri izin suami untuk keluar makan dengan lelaki yg bukan muhrim nya ada kah ini diperbolehkan.

 Sekian dan terima kaseh.

JAWAPAN :

Wassalam.

Bismillah, sebarang perkara yang membuka jalan kepada berlakunya kemungkaran wajib ditutup. Setiap orang wajib menjaga diri dari terjerumus ke dalam kemungkaran.

Seorang suami pula wajib menjaga isterinya atau anak perempuannya dari terjerumus dalam kemungkaran. Oleh itu, tidak harus dia membenarkan isteri atau anak perempuannya bebas keluar dengan lelaki yang bukan mahram mereka.

Firman Allah; "Wahai orang beriman, jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka" (surah at-Tahrim, ayat 6).

 Wallahu a'lam

Rabu, 21 Mei 2014

Soalan :
AssalamualaikumMohon penjelasan ttg kedudukan seorang majikan lelaki bersama pembantu rumah di dalam rumahnya ketika ketiadaan isterinya di rumah, tetapi terdapat anak2 yg masih kecil. Adakah boleh dianggap khulwah/khalwat?

Jawapan:

Bismillah,

Ya, dianggap khalwat kerana Nabi SAW bersabda; "Janganlah seorang lelaki bersunyian (berkhalwat) dengan seorang wanita kecuali disertai mahramnya (yakni mahram wanita itu)" (Soheh al-Bukhari; 1862. Muslim; 1341).

Perbuatan tersebut boleh menimbulkan keraguan dan mendorong kepada berlakunya zina. Kehadiran anak-anak yang masih kecil tidak menggugurkan hukum tersebut kerana kewujudan mereka tidak dapat menutup keraguan dan tidak menghalang dari zina. Wallahu a'lam.

Rabu, 7 Mei 2014

SUAMI ENGGAN BERKERJA DAN MENGABAIKAN NAFKAH

Soalan

Apakah hukum nya kalau seorang suami yg masih muda dan cergas lagi menggangur. Beliau tidak langsung mahu mencari pekerjaan sunnguh pun sang isteri sudah berkali2 menasihatkan dia untuk cari apa saja kerja tidak kira pendapatan atau gaji nya kecil dari gaji istri. Sang isteri yang bekerja terpaksa membiayai semua perbelanjaan rumah dan anak termasuk makan minum suaminya walau pun pendpatan isteri kecil.

Jawapan;

Bismillah,

1. Apabila seorang lelaki telah berkahwin dan berkeluarga, wajib dia menanggung nafkah isteri (*sekalipun isteri kaya atau bergaji) dan juga anak-anaknya mengikut yang sepatutnya, merangkumi tempat tinggal, belanja makan, pakaian dan sebagainya dari keperluan hidup.

Sabda Nabi SAW; “Ketahuilah bahawa hak mereka (yakni isteri-isteri kamu) ke atas kamu (yakni yang mesti kamu tunaikan) ialah kamu menyediakan dengan baik (keperluan) makanan dan pakaian untuk mereka” (Sunan at-Tirmizi; 1163, dari ‘Amru bin al-Ahwash RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh). 

Oleh itu, amat perlu seorang suami mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan yang membolehkannya menunaikan kewajipan memberi nafkah tersebut. 

2. Isteri sekalipun kaya dan bergaji, tidak dituntut menanggung nafkah dirinya dan keluarga (termasuk membiayai perbelanjaan rumah dan anak-anak) kerana itu adalah tanggungjawab suami. Suami tidak berhak memaksa isteri membelanjakan wangnya atau gajinya untuk perbelanjaan keluarga, kecuali dengan kerelaan isteri untuk membantu suami. Keengganaan isteri dalam hal ini tidak dianggap nusyuz.

 3. Atas sebab pengabaian nafkah oleh suami, isteri berhak menuntut cerai dari suami atau membuat tuntutan kepada Qadhi.

 Wallahu a’lam.

AURAT DAN PERKAHWINAN ANTARA ADIK BERADIK TIRI

Soalan

Seorang janda yang mempunyai anak lelaki berkahwin dengan duda yang mempunyai anak perempuan 
-apakah ada aurat antara adik beradik tiri tersebut? 
-bolehkah adik beradik tiri tersebut berkahwin?
 sekian,terima kasih....

 Jawapan;

Bismillah,

1. Di antara adik beradik tiri tidak ada sebarang ikatan mahram. Mereka adalah ajnabi dan anjabiyah antara satu sama lain. Oleh itu, wajib menutup aurat sesama mereka (*termasuk memakai tudung), tidak harus mereka berduaan dan tidak harus bersalaman. Kerana tiada ikatan mahram, mereka berdua boleh berkahwin.

2. Ikatan mahram hanyalah antara bapa dan anak tirinya, dan antara ibu dan anak tirinya. Apabila seorang lelaki mengahwini seorang wanita dan ia mensetubuhi wanita itu, haram selepas itu dia mengahwini anak perempuan wanita itu (yakni anak tirinya). Larangan disebut Allah dalam surah an-Nisa’ (bermaksud); “Dan (turut diharamkan ke atas kamu mengahwini) anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu setubuhi, tetapi jika kamu belum setubuhinya, maka tidak berdosa kamu mengawini (anak perempuannya, iaitu setelah kamu ceraikan ibunya)” (Surah an-Nisa’, ayat 23).

Begitu juga, haram mengahwini ibu tiri. Di dalam al-Quran Allah melarang seorang lelaki mengahwini wanita yang pernah dikahwini bapanya. “Dan janganlah kamu kawini wanita yang pernah dikahwini oleh ayahmu” (Surah an-Nisa’, ayat 22). Wallahu a’lam.

Ahad, 4 Mei 2014

Soalan.
Ustaz, sejak perkahwinan saya, bapa mertua saya tidak pernah solat. Bagaimana saya nak tegur beliau? Terima kasih ustaz.

Jawapan.

 Bismillah,
1. mohon kepada Allah supaya Dia membuka pintu hati bapa mertua saudara, jgn jemu berdoa.
2. Ada ruang tunaikan solat di rumah agar menjadi contoh dan semoga bapa mertua saudara terfikir tentang dirinya yang tidak solat.
3. Jika ada ruang untuk mengajaknya ke majlis ilmu, ajaklah.
4. Jika ada orang yang diseganinya, berbincanglah dengan orang itu, minta dia menyampaikan nasihat kepada mertua saudara.
wallahu a'lam.

Isnin, 16 September 2013

Soalan; Assalamualaikum. Sy ada sedikit kekeliruantentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, sy pernah memberitahu suami bahawasy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan bebansuami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian.Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkatdan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayarbil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yangmengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila symemberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkitbahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteridlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitubelanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya diatas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda NabiSAW; “Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakniisteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya” (SohehMuslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA). Menurut ulamak;maksud rezki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempattinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1]Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteridan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak”.[2]

2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atasdasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlumenyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut samamenanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalamperkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal inisuami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secarabaik kepada isteri. Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagitermampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberidua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Inisebagaimana sabda Nabi SAW –tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yangmembelanjai suami dan anak-anaknya-; “Untuknya dua pahala; pahala qarabah(mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah” (Soheh al-Bukhari; 1466.Muslim; 1000).

3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluarberkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suamimelainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagianpendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepadakeizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengansyarat tersebut. Nabi SAW bersabda; “Orang Islam terikat dengan syarat (yangdipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal ataumenghalalkan yang haram” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Aufal-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]

Wallahu a’lam.


[1]Mirqaat al-Mafatih, Syeikh ‘Ali al-Qari (5/1772). Mir’aat al-Mafatih,al-Mubarakfuri (9/25).
[2]Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi (8/184).
[3]Fatawa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (2686).

Jumaat, 13 September 2013


Soalan; salam ustaz, sy nak tanyasoalan, siapakah yang wajib bertanggungjawab (dari segi nafkah) ke atas anak2yang kematian bapa? ibu masih ada tetapi kurang kemampuan

Jawapan;

Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah,

Dalam surah al-Baqarah (ayat 233) Allah menegaskan; “Dankewajipan bapa ialah menanggung nafkahdan pakaian mereka dengan cara yang berpatutan…Ahli waris pun (berkewajipan)seperti itu juga”.

Berdasarkan ayatini para ulamak menyimpulkan bahawa; kewajipan nafkah asalnya tertanggung diatas bahu bapa. Jika bapa tidak mampu atau mati, nafkah si anak ditanggung olehwaris-waris si anak (iaitu kerabat-kerabatnya yang akan mewarisi darinya)merangkumi ibunya sendiri, datuknya, neneknya, saudaranya, bapa saudaranya dansebagainya lagi yang dapat mewarisi darinya. Jika waris ramai, tanggungannafkah wajib dikongsi mengikut kadar pewarisan masing-masing. Sebagaicontohnya; jika si anak hanya mempunyai nenek dan saudara lelaki sahaja, makanenek wajib menanggung 1/6 nafkahnya dan saudara lelaki pula nafkah selebihnyaiaitu mengikut kadar pewarisan mereka. Ini merupakan pandangan mazhab Hanbaliberdalilkan ayat di atas.

Menurut mazhabSyafiie; nafkah anak wajib di tanggung oleh usul-usulnya (iaitu bapa, ibu,datuk, nenek hingga ke atas) dengan didahulukan usul lelaki ke atas usulperempuan. Selama masih ada usul lelaki (bapa, datuk hingga seterusnya), nafkahtidak ditanggung oleh usul perempuan (ibu, nenek hingga seterusnya). Bagi anakyang kematian bapa atau bapanya tidak mampu, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuknya,diikuti oleh bapa kepada datuknya hinggalah seterusnya ke atas. Yang lebihdekat didahulukan dari yang jauh. Jika si anak mempunyai datuk dan juga bapakepada datuknya, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuk kerana ia lebih dekat.Jika sama-sama dekat (seperti si anak mempunyai datuk sebelah bapa (iaitu bapakepada bapanya) dan juga datuk sebelah ibu (iaitu bapa kepada ibunya), kewajipannafkah dikongsi bersama. Apabila tidak ada lansung datuk atau datuk yang adatidak mampu, barulah kewajipan nafkah berpindah kepada usul-usul perempuan(iaitu ibu atau nenek atau yang lebih atas).

Perlu disebutkan;kewajipan menanggung nafkah orang lain tertakluk kepada kemampuan. Jika tidakmampu, tidaklah seseorang itu dibebani oleh Syarak untuk menanggung nafkahorang lain sedang nafkahnya sendiri tidak tertanggung. Hal ini telah disepakatiulamak. Maksud kemampuan itu ialah mempunyai lebihan setelah ditolak keperluandiri sendiri sama ada dari hartanya sedia ada atau dari pendapatannya. SabdaNabi SAW; ““Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu.Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untukahli kerabat kamu. Jika ada suatu lebihan lagi setelah itu, maka untuk beginidan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (SohehMuslim; 997, dari Jabir RA).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mausu’ahal-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 41/79, 41/81 (perkataan ‘nafaqah’).
2. Hasyiyahal-Baijuri ‘Ala Ibnu Qasim, 2/192.
3. Raudhatuat-Thalibin, Imam an-Nawawi, 8/56-57.

Khamis, 5 September 2013

Soalan;  Assalamualaikumwrwb. Saya dan isteri telah bercerai. Kini bekas isteri saya telahpun berkahwinlain. Setelah bercerai, saya telah memfailkan tuntutan hak penjagaan anak anakdi Mahkamah Syariah atas alasan bekas isteri telahpun berkahwin semula, bekasisteri telah mengabaikan anak anak dan berkelakuan buruk. Akan tetapi, Mahkamahsebaliknya mengambil jalan yang mudah dan memerintahkan supaya hak jagaan anakanak ditentukan dengan pilihan anak anak sahaja. Anak anak kini berumur 11tahun (perempuan) dan 8 tahun (lelaki). Dari segi hukum syarak adakah pilihananak anak itu lebih diutamakan dalam penentuan hadhanah? Sekian terima kasih.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Anak yang telah mencapai umur 7 tahun ke atas atau umur mumayyiz,jika kedua ibu dan bapanya mencapai persetujuan untuk ia dijaga oleh mana-manaseorang dari mereka, persetujuan itulah yang dipakai. Namun jika mereka salingmenuntut hak jagaan, maka diberi pilihan kepada anak untuk memilih antaramereka berdua. Siapa yang dipilih oleh si anak, dialah yang paling berhakmemeliharanya. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Abu Hurairah RA yangmenceritakan; ‘Seorang wanita datang kepada Nabi SAW dan berkata; ‘YaRasulullah, suamiku ingin membawa pergi anak lelakiku ini. Sesungguhnya dialahyang membantuku mengangkut air dari perigi Abi ‘Inabah[1]  dan ia membawa manfaat kepadaku. Lalu NabiSAW berkata kepada budak itu; “Ini adalah bapamu dan ini pula adalah ibumu.Peganglah tangan mana satu dari mereka berdua yang kamu suka”. Lalu ia memegangtangan ibunya dan ibunya pun membawanya pergi’ (Sunan Abu Daud: 2277, soheh). Jikasi anak memilih kedua-dua mereka atau dia tidak memilih sesiapapun antara merekaberdua, hendaklah dibuat undian.

Namun menurut ulamak; hak memilih itu diberikan kepada anakdengan syarat si anak mampu membuat pilihan yang tepat untuk maslahat dirinyadan kedua-dua ibu dan bapa memiliki kelayakan untuk menjaganya mengikutpenilaian Syariat. Jika tidak, maka qadhi atau hakim berhak menentukan siapayang paling layak menjaganya tanpa tertakluk dengan pilihannya. Kesimpulannya,dalam menentukan hak jagaan, maslahah si anak itu yang menjadi ukuran utama.

Adapun anak yang belum mumayyiz, maka ia tertakluk kepadahukum-hakam hadhonah (asuhan). Sila baca tentangnya dalam jawapan saya sebelumini;  (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2010/07/hak-hadhonah.html).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah; 14/36 (kalimah‘tamyiiz’).
2. at-Talaq, Dr. Muhammad Ibrahim al-Hifnawi, hlm.443-446.
3. Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil al-‘Azzazi, 3/268.


[1]Sebuah perigi yang jauhnya dari Madinah satu mil.

Ahad, 1 September 2013

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, boleh ustaz jelaskan,apakah hukum nya, seorang isteri yang kematian suami, berhias untuk ke tempatkerja? Dia berhias bukan berniat untuk berkahwin lain tetapi berhias untuk dirisendiri. Memandang kan saya berhias kerana faktor kerja. Harap ustaz dapatmemberi jawapan pada soalan saya ini, Terima ksih, assalamualaikum.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah,wassolatu ala Rasulillah.

Soalan di atas merangkumidua hukum;
1. Hukum keluar berkerja
2. Hukum berhias

Bagi hukum pertama; dibolehkanwanita yang kematian suami untuk keluar berkerja (atau untuk urusan-urusan lainyang perlu) asalkan ia pulang untuk bermalam di rumah suaminya selama masih dalameddah (4 bulan 10 hari dari tarikh kematian suami, atau hingga melahirkan anakjika ia hamil). Menurut jumhur ulamak; diwajibkan ke atas isteri yang kematiansuami untuk terus tinggal di rumah suaminya[1],tidak keluar darinya melainkan untuk berkerja –jika ia seorang wanitaberkerjaya- atau untuk menguruskan keperluan-keperluannya. Kewajipan ituberterusan hingga tamat eddahnya. Dalilnya ialah sabda Nabi SAW kepada Fari’ahbinti Malik RA (seorang wanita sahabat yang baru kematian suami); “Teruslahtinggal di rumahmu –iaitu rumah yang menjadi kediamanmu ketika datangnya beritakematian suamimu- sehingga berakhir eddahmu”. Berkata Fari’ah RA; ‘Aku bereddahdi rumah itu sehingga 4 bulan 10 hari’ (Musnad Imam Ahmad; 27087. Sunan AbuDaud; 2300. Status hadis; isnadnya hasan).

Bagi hukum kedua;diharamkan ke atas wanita yang kematian suami untuk berhias selama dalam eddahitu. Perhiasan yang dilarang merangkumi; perhiasan diri (berinai, bersolek dansebagainya), perhiasan pada pakaian dan juga barang-barang kemas (cincin/gelangemas atau perak, batu-batu permata dan sebagainya). Dalilnya ialah sabda NabiSAW; “Wanita yang kematian suami; janganlah ia memakai pakaian yang dicelupdengan mu’asfar (pencelup berwarana kuning) atau misyq (pencelup berwarnamerah), jangan ia memakai perhiasan (barang-barang kemas), janganlah ia mewarnaidiri (*seperti berinai dan sebagainya), dan jangan ia bercelak” (Musnad Ahmad;26581. Sunan Abu Daud; 2304. Dari Ummu Salamah RA. Status hadis; isnadnyasoheh).

Dalam hadis lain, Nabi SAWbersabda; “Janganlah wanita berkabung atas suatu kematian melebihi 3 hari,kecuali atas kematian suaminya iaitu 4 bulan 10 hari,[2]dan janganlah ia memakai pakaian yang dicelup (bercorak dan berwarna-warni),jangan bercelak dan jangan memakai wangian kecuali setelah bersuci dari haid;dibolehkan sedikit sahaja (untuk menghilangkan bau tidak enak pada faraj)”(Soheh Muslim; 938/66, dari Ummu ‘Atiyah RA).

Menurut ulamak; maksudlarangan pakaian bercelup itu ialah yang dicelup untuk tujuan menghiasnya, jadimaksud larangan itu ialah; memakai pakaian yang berhias (bercorak dan berwarnawarni). Maka wanita dalam eddah kematian suami hendaklah memakai pakaian yangbiasa-biasa sahaja, berwarna apa sekalipun, asalkan tidak bercorak danberwarna-warni dan tidak kelihatan tujuan untuk berhias. Tidak ditegah berpakaianelok. Tidak ada nas mewajibkan pakaian berwarna hitam atau yang mensunatkannya.

Tidak ditegah memotongkuku, membersih diri, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, menyisirrambut dan sebagainya kerana tiada dalil melarangnya. Turut tidak dilarang ialahmengemas rumah, menyembur pewangi rumah dan seumpamanya kerana yang dilarangialah perhiasan dan wangian di badan sahaja.

Kesimpulannya; harus bagiisteri yang kematian suami untuk keluar berkerja semasa dalam eddahnya, namunjanganlah ia berhias.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Ibnu Qasim, hlm.172.
2. at-Talaq, Dr. MuhammadIbrahim al-Hifnawi, hlm. 420-426.
3. Tamam al-Minnah, Syeikh‘Adil al-Azzazi, 3/230-240.
4. Fatawa ‘Ulama al-Baladal-Haram, hlm. 673.
5. Hasyiyah al-Baijuri ‘AlaIbni Qasim, 2/180.
6. Syarah Soheh Muslim,Imam an-Nawawi; 10/116.


[1]Iaitu kediamannya bersama suami ketika berlaku kematian suami. Tidak harus iadiusir keluar dari rumah itu dan begitu juga, tidak harus ia keluar dengan tindakansendiri. Disyaratkan rumah itu sesuai didiaminya. Jika tidak sesuai didiaminyaatau ia khuatir membahayakan dirinya dan anak-anaknya, harus ia keluar darirumah itu ke rumah lain sekalipun belum tamat eddah. (lihat; Syarah Ibnu Qasim,hlm. 172).
[2]Hukum berkabung (ihdad) di atas kematian suami adalah wajib dengan ijmakulamak. Tempohnya ialah hingga tamat eddah iaitu 4 bulan 10 hari bagi yangtidak hamil. Bagi yang hamil pula, hingga melahirkan anak (Tamam al-Minnah,3/234). Adapun berkabung di atas kematian orang lain, harus sahaja hukumnya(tidak wajib). Tempohnya; tidak lebih 3 hari (Tamam al-Minnah; 3/234. SyarahAbi Qasim, hlm. 172).