Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog ilmudanulamak.blogspot.com

Isnin, 12 Februari 2024

SOALAN; Assalamualaikum ustaz, bagaimanakah cara yang paling afdhal mendirikan solat sunat ba’diahisyak. Ada ustaz kata 4 rakaat 1 salam.Ada yang kata 4 rakaat 2 salam. Yang mana yang lebih afdhal. Mohon pencerahan.....t.ksh...

JAWAPAN;

Solat sunat ba’diyah Isyak ialah dua rakaatsebagaimana dalam keterangan hadis dari Ibnu ‘Umar RA yang menceritakan;

“Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solatsunat, iaitu;

-      2 rakaatsebelum zohor,

-      2 rakaatselepas selepas zohor

-      2 rakaatselepas maghrib

-      2 rakaatselepas insyak, dan;

-      2 rakaatsebelum subuh”.

(Soheh al-Bukhari; 1180).

Namun di sana terdapat hadis menceritakanNabi SAW turut melakukan solat sunat empat rakaat selepas Isyak, antaranyahadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan;

“Aku tidur di rumah ibu saudaraku Maimunahbinti al-Harith RA -isteri Rasulullah SAW-, ketika itu baginda bermalam dirumah Maimunah. Setelah mengerjakan solat isyak, baginda pulang ke rumahnya,kemudian mengerjakan solat sunat 4 rakaat, kemudian tidur, dan kemudian bangunberqiamullail…” (Soheh al-Bukhari; 117).

Saidatina ‘Aisyah RA turut menceritakan;tidak pernah Rasulullah SAW pulang ke rumahku setelah mengerjakan solat Isyakmelainkan baginda akan mengerjakan pula solat 4 rakaat atau 6 rakaat (Sunan AbuDaud; 1303).

Menurut Imam al-Syaukani; hadis tersebutmenunjukkan bahawa disyariatkan solat sunat 4 rakaat atau 6 rakaat selepasisyak dan ia tergolong dalam solat malam (yakni bukan ba’diyah Isyak) (NailulAutar, 3/24). Imam Ibnu Qudamah pula menggolongkannya dalam tatawwu’ ma’aal-rawatib (solat-solat sunat bersama solat-solat rawatib) (al-Mughni, 2/96).

Boleh dikerjakan dua dua rakaat atau empatrakaat sekaligus. Namun terdapat hadis menggalakkan 4 rakaat sekaligus, antaranyahadis dari Ibnu Mas’ud RA yang menceritakan;

مَنْ صَلَّى أَرْبَعًا بَعْدَ الْعِشَاءِ لَا يَفْصِلُبَيْنَهُنَّ بِتَسْلِيمٍ، عَدَلْنَ بِمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ 

“Sesiapa mengerjakan solat sunat 4 rakaatselepas isyak tanpa diselangi antaranya dengan salam, sama seperti diamengerjakan 4 rakaat pada malam al-Qadar (Lailatul Qadar)” (Mushannaf Ibnu AbiSyaibah; 2/127, isnadnya baik).

Kesimpulannya, setelah solat Isyakdisunatkan mengerjakan solat sunat ba’diyah Isyak sebanyak dua rakaat, diikutidengan solat sunat 4 rakaat sebagai solat malam sebelum tidur (qiyamullail).Jika tidak berniat bangun tahajjud, elok disusuli pula dengan solat witirsebelum tidur; satu rakaat atau tiga rakaat. Jika berniat bangun tahajjud,hendaklah ditangguh solat witir itu untuk dilakukan setelah selesai solattahajjud nanti.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1.   1. https://islamqa.info/ar/answers/175914/

2.   2. al-Mughni,2/96

3.   3. NailulAutar, 3/24

SOLAT SUNATISYRAQ

Sabda Nabi SAW;

مَنْ صَلَّى الغَدَاةَفِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّىرَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Sesiapa menunaikan solatsubuh berjamaah, kemudiannya dia duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbitmatahari, kemudian dia bersolat pula dua rakaat, maka amalannya itu pahalanyaseumpama pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yangsempurna” (Sunan at-Tirmizi; 586.  DariAnas RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan gharib).

Menurutulamak; solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebaik terbit matahari itu ialahsolat sunat isyraq.[1]Namun para ulamak berbeza pandangan dalam menentukan; adakah solat isyraq itusolat tersendiri atau tergolong dalam solat dhuha?

1.Pandangan pertama; ia adalah solat tersendiri, bukan solat dhuha. Dilakukan sebanyakdua rakaat, dengan niat solat sunat isyraq, bermula waktunya sebaik sesudah terbitmatahari (isyraq) dan meninggi kira-kira segalah iaitu setelah berlalu masadilarang solat dan tamat waktunya bila matahari agak meninggi (yakni waktunyatidak berlanjutan sebagaimana waktu dhuha, iaitu sehingga matahari berada ditengah langit). Pandangan ini dikeluarkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnyaIhya’ Ulumiddin dan merupakan pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafiie.[2]

2.Pandangan kedua; ia bukan solat tersendiri, akan tetapi solat dhuha, iaitu solatdhuha paling awal, yang dilakukan apabila matahari telah meninggi kadar segalah(iaitu kira-kira 20 minit selepas terbit matahari) iaitu setelah keluar waktumakruh solat,[3]dan hendaklah dilakukan dengan niat solat dhuha.[4]  Dalam mazhab Syafiie, pandangan inidisebutkan oleh Imam ar-Ramli (Ahmad bin Hamzah ar-Ramli) dalam fatwanya[5],dan turut ditarjih oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam Fatawa Kubranya,al-Malibari dan ad-Dumyati.[6] Diantara dalil yang menyokong pandangan yang kedua ini ialah lafaz hadis mengikutImam at-Tabrani di mana Nabi SAW bersabda;

مَنْ صَلَّى صَلَاةَالصُّبْحِ فِي مَسْجِدِ جَمَاعَةٍ يَثْبُتُ فِيهِ حَتَّى يُصَلِّيَ سُبْحَةَ الضُّحَى،كَانَ كَأَجْرِ حَاجٍّ، أَوْ مُعْتَمِرٍ تَامًّا حَجَّتُهُ وَعُمْرَتُهُ
“Sesiapamenunaikan solat subuh di masjid secara berjamaah, (kemudian) dia kekal didalam masjid sehingga menunaika solat sunat dhuha, pahalanya sepertiorang yang mengerjakan haji dan umrah secara sempurna” (al-Mu’jam al-Kabir,at-Tabrani; 7663. Dari Abu Umamah RA).[7]

Turutdinaqalkan dari Ibnu ‘Abbas RA yang menyebutkan; solat isyraq adalah solatdhuha.[8]

Wallahu a’lam.




[1]Mirqaat al-Mafatih (Syeikh ‘Ali al-Qari), 2/770, hadis no. 971.
[2]Lihat; fatawa al-Kubra (Imam Ibnu Hajar), 1/188. Hasyiyah al-Jamal, 1/485. Hasyiyahal-Bujairmi ‘ala al-Khatib, 1/420. Fathul Mu’in, hlm. 164.
[3]Mirqat al-Mafatih, Syeikh ‘Ali al-Qari, 2/770, hadis no. 971. Tuhfah al-Ahwazi,Syeikh al-Mubarakfuri, 3/506.
[4] Fatawaal-Kubra (Imam Ibnu Hajar al-Haitami), 1/177.
[5] KataImam ar-Ramli; “Yang muktamad, solat isyraq adalah solat dhuha (Fatawaar-Ramli, hlm.124). Lihat juga; Hasyiyah al-Jamal, 1/485.
[6]Lihat; Imam al-Malibari dalam kitabnya Fathul Mu’in (hlm. 164) dan ad-Dumyatidalm I’anatu at-Tolibin, 1/393.
[7] Tuhfahal-Ahwazi, Syeikh al-Mubarakfuri, 3/506. Bughyat al-Muttawwi’ (Syeikh MuhammadBazamul), hlm. 103.
[8]Kifayatu al-Akhyar, hlm. 88. Bughyat al-Muttawwi’, hlm. 101.