Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog fiqh-am.blogspot.com

Monday, March 21, 2022


Apa maksud darah istihadhah?
 
Darah istihadhah ialah darah yang keluar bukan pada masa haid dan juga nifas. Darah istihadhah merangkumi;[1] 
  1. Darah yang keluar sebelum umur kemungkinan haid iaitu sembilan tahun mengikut jumhur ulamak.
  2. Darah yang keluar kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam mengikut mazhab Syafi’ie.
  3. Darah yang keluar melebihi tempoh maksima haid atau melebihi tempoh kebiasaan haid. 
  4. Darah yang melebihi tempoh maksima nifas. 
  5. Darah yang keluar dari wanita yang hamil mengikut pandangan jumhur ulamak selain mazhab Syafi’ie. 
  6. Darah yang keluar melebihi umur putus haid 

Darah istihadhah tidak turun dari rahim sebagaimana darah haid atau nifas, akan tetapi keluar dari urat yang dipanggil al-‘Azil (العاذل).[2] 

Sifat darah istihadhah -menurut mazhab Syafi’ie- adalah cair dan berwarna merah terang (antara merah dan kuning).[3]

Apa caranya untuk membezakan antara darah haid dan darah istihadhah jika seorang wanita menghadapi masalah keluar darah yang berterusan atau melebihi tempoh kebiasaan haid? 

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., ada tiga kaedah untuk ia membezakannya; 

1. Dengan merujuk kepada kebiasaan haidnya yang lalu. Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. kepada Wanita yang istihadhah pertamanya hendaklah merujuk kepada kebiasaan haidnya (yakni darah-darah yang keluar pada hari-hari kebiasaan haid adalah darah haid dan adapun yang keluar pada hari berikutnya adalah istihadhah). 

Ini berpandukan hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah binti Abi Hubaisyh r.a telah mengadu kepada Nabi s.a.w.; ‘Sesungguhnya aku kedatangan haid tanpa putus-putus. Apakah aku perlu meninggalkan solat?” 

Nabi s.a.w. menjawab; ‘Tidak. Sesungguhnya itu adalah darah dari urat (عرق), bukan darah haid. (Oleh demikian, janganlah kamu tinggalkan solat pada keseluruhan hari datangnya darah itu), akan tetapi kamu tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). 

Jadi, seorang wanita semasa menghadapi masalah tersebut, jika ia mengingati tempoh kebiasaan haidnya, hendaklah ia mengira bilangan hari haidnya mengikut tempoh kebiasaan tersebut dan darah yang keluar selepas tempoh itu dikira sebagai darah istihadhah dan ia tertakluk dengan hukum wanita istihadhah (bukan wanita haid atau nifas). 

Contohnya; jika ia biasa kedatangan haid selama tujuh hari, maka hendaklah ia menetapkan tempoh haidnya selama tujuh hari dan darah yang masih keluar selepas tujuh hari itu dikira istihadhah. 

2. Dengan melihat kepada perbezaan darah. Jika seorang wanita tidak mempunyai kebiasaan haid (kerana baru kedatangan haid atau melupai kebiasaan haidnya), hendaklah dirujuk kepada perbezaan darah. 

Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. menghadapi istihadhah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; “Sesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali (yakni ia mempunyai bau yang dikenali oleh kaum wanita). 

Oleh demikian, jika kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wudhuk dan kerjakanlah solat”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Berkata al-Albani; hadis ini hasan soheh). Hadis di atas menjadi dalil bahawa diambil kira perbezaan sifat darah di mana jika bersifat dengan warna hitam, maka ia adalah haid dan jika tidak, maka ia adalah istihadhah. 

3. Dengan merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita. Sekiranya seorang wanita tidak mengetahui kebiasaan haidnya dan begitu juga ia tidak dapat membezakan darah dengan melihat sifat-sifatnya (yakni warna darah yang keluar adalah sekata), maka ketika itu ia hendaklah merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita iaitu enam atau tujuh hari. 

Ini berdasarkan hadis dari Hamnah binti Jahsyi r.a. yang menceritakan; Aku telah kedatangan haid yang banyak dan kuat. Lalu aku datang kepada Nabi s.a.w. untuk meminta fatwa dari baginda. Lalu baginda bersabda; Sesungguhnya ia (bukanlah haid, tetapi) satu tindakan jahat dari Syaitan (hingga menyebabkan kamu lupa kebiasaan haid kamu). 

Oleh demikian, tetapkanlah tempoh haid kamu enam atau tujuh hari sahaja, kemudian mandilah….(Riwayat Abu Dad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Menurut al-Albani; hadis hasan). 

Adalah wanita yang menghadapi masalah tersebut wajib merujuk kepada ulamak? 

Ya, wajib ia merujuk kepada ulamak. Berkata Imam Ibnul-Jauzi dalam kitabnya “أحكام المرأة” (Hukum Hakam Wanita); apabila berlaku kepada seorang wanita yang kedatangan haid keadaan-keadaan yang berbeza dengan kebiasaan haidnya, wajib ke atasnya menceritakan kepada para fuqahak pada setiap apa yang berlaku (untuk mendapat pandangan Syarak serta fatwa). (Halaman 42). 

Apakah kedudukan wanita yang menghadapi darah istihadhah pada hukum Syarak? 

Mereka adalah seperti wanita yang suci kerana darah yang keluar dari faraj mereka tidak dianggap oleh Syarak sebagai darah haid, tetapi darah penyakit atau istihadhah. 

Kerana itu, mereka wajib menunaikan solat dan berpuasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid (yakni tawaf, sujud, membaca al-Quran, I’tikaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya). 

Oleh demikian, wanita Istihadhah wajib mandi apabila menyedari bahawa hari-hari haidnya telah tamat sekalipun darah masih keluar dari kemaluannya (yakni darah istihadhah). 

Hukum ini telah menjadi ijmak ulamak berdalilkan arahan Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. (yang menghadapi masalah istihadhah); 

“…..tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”.

Bagaimana cara wanita yang menghadapi masalah istihadhah mengambil wudhuk?  Adakah terdapat perbezaan dengan wanita suci lain yang tidak menghadapi masalah istihadhah? 

Ya, ada perbezaan. Wanita yang mengalamai masalah istihadhah walaupun menyamai hukum wanita yang suci secara amnya sebagaimana dinyatakan tadi, namun ada sedikit perbezaan antaranya dengan wanita suci yang lain memandangkan darah masih keluar dari farajnya. Perbezaan itu ialah; 

1. Wanita yang mengalami masalah istihadhah, ia hendaklah menunggu masuk waktu barulah mengambil wudhuk jika ingin mengerjakan solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu. Tidak harus ia mengambil wudhuk sebelum masuknya waktu kerana wudhuknya hanyalah wudhuk darurat dan sesuatu yang dilakukan kerana darurat hendaklah dilakukan apabila tiba waktunya. 

2. Menurut mazhab Syafi’ie; satu wudhuk hanya untuk satu solat fardhu sahaja. Jika ia ingin mengerjakan berbilang-bilang solat fardhu (seperti solat qadha, nazar atau menjamakkan) ia wajib mengulangi wudhuknya. Adapun solat-solat sunat, harus ia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wudhuk (sama ada solat sunat dikerjakan sebelum solat fardhu atau selepasnya, dalam waktu atau selepas waktu selama belum terbatal wudhuk dengan sebab lain. Lihat; al-Majmuk, 2/323). Namun menurut mazhab Hanafi dan Hanbali; harus ia mengerjakan dengan satu wudhuk seberapa banyak solat fardhu yang dikehendaki, iaitu tiada beza dengan solat sunat.[4] 

3. Sebelum mengambil wudhuk ia hendaklah membasuh kemaluannya dengan sempurna, kemudian membalutnya dengan kain atau sebagainya sekadar yang termampu (untuk membendung darah dari keluar sekadar terdaya). Setelah itu, hendaklah ia segera mengambil wudhuk. 

4. Ketika mengambil wudhuk hendaklah ia berniat untuk mengharuskan solat, bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain yang mensyaratkan wudhuk. Contohnya; ia meniatkan di dalam hati; “Sahaja aku mengambil wudhuk untuk solat kerana Allah Taala”. Tidak harus semasa mengambil wudhuk ia berniat untuk mengangkat hadas kerana hadasnya tidak akan terangkat selama darah sentiasa mengalir keluar dari kemaluannya kerana perkara tersebut membatalkan wudhuk. 

5. Setelah selesai wudhuk hendaklah ia segera menunaikan solat tanpa menangguh lagi. 

6. Sebahagian ulamak mengharuskan wanita yang menghadapi masalah istiadhah menjamakkan dua solat dengan sekali wudhuk iaitu menjamakkan zohor dan asar atau maghrib dan isyak. Ini kerana Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Hamnah binti Jahsyi r.a. yang mengalami masalah istihadhah menjamakkan dua solatnya dengan sekali mandi sebagaimana baginda pernah menyuruh Sahlah binti Sahal r.a. berbuat yang sama. Adakah wanita istihadhah harus disetubuhi suaminya? Berlaku khilaf di kalangan ulamak; 

1. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie); harus bagi suaminya mensetubuhinya sekalipun darah sedang keluar dari kemaluannya. 

2. Menurut Imam an-Nakha’ie dan al-Hakam; dilarang mensetubuhinya kerana diriwayatkan dari Saidatina ‘Aisyah r.a. bahawa beliau menegah suami mensetubuhi isterinya yang istihadhah. 

3. Imam Ibnu Sirin memakruhkannya. 

4. Berkata Imam Ahmad; Tidak harus mensetubuhinya kecuali jika terlalu lama istihadhahnya. Dalam satu riwayat yang lain darinya; Tidak harus kecuali jika ditakuti suaminya akan berbuat dosa (zina dan sebagainya). 

Nota Hujung; 
[1] Wahbah Zuhaili, 1/478.
[2] al-‘Azil (العاذل); menurut kamus al-Marbawi bermaksud urat yang mengalir darinya darah istihadhah. 
[3] Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 50. 
[4] Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh ‘Abdurrahman al-Jazairi, 1/93-96.

Sunday, May 3, 2020


NAFKAH;  ISTERI DULU ATAU IBUBAPA DULU?


Soalan;

Akum. Sy adabeberapa soalan.
1. Apakah hukumsuami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganyadi kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkahkeluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anaklelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? -Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilanatas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalampemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anakdari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan iniadalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengandiri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isterikamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi,maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dankiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antarakesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikuttertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitabaz-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsummaal-Qarabah).

Perlu disebutjuga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipunisteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepadaisterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinyakecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitujuga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkahkepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi duasyarat;

a) Merekaadalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jikamereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajiblagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepadamereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyaikemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumberpendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri danisteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulahia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepadasoalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dananak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahiisteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkahdarinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak.Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah iamendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1.      Syarah SohehMuslim, Imam an-Nawawi.
2.      Manar as-Sabil,Ibnu Dhuyan.


NAFKAH ANAK YANG KEMATIAN BAPA

Soalan; salam ustaz, sy nak tanyasoalan, siapakah yang wajib bertanggungjawab (dari segi nafkah) ke atas anak2yang kematian bapa? ibu masih ada tetapi kurang kemampuan

Jawapan;

Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah,

Dalam surah al-Baqarah (ayat 233) Allah menegaskan; “Dankewajipan bapa ialah menanggung nafkahdan pakaian mereka dengan cara yang berpatutan…Ahli waris pun (berkewajipan)seperti itu juga”.

Berdasarkan ayatini para ulamak menyimpulkan bahawa; kewajipan nafkah asalnya tertanggung diatas bahu bapa. Jika bapa tidak mampu atau mati, nafkah si anak ditanggung olehwaris-waris si anak (iaitu kerabat-kerabatnya yang akan mewarisi darinya)merangkumi ibunya sendiri, datuknya, neneknya, saudaranya, bapa saudaranya dansebagainya lagi yang dapat mewarisi darinya. Jika waris ramai, tanggungannafkah wajib dikongsi mengikut kadar pewarisan masing-masing. Sebagaicontohnya; jika si anak hanya mempunyai nenek dan saudara lelaki sahaja, makanenek wajib menanggung 1/6 nafkahnya dan saudara lelaki pula nafkah selebihnyaiaitu mengikut kadar pewarisan mereka. Ini merupakan pandangan mazhab Hanbaliberdalilkan ayat di atas.

Menurut mazhabSyafiie; nafkah anak wajib di tanggung oleh usul-usulnya (iaitu bapa, ibu,datuk, nenek hingga ke atas) dengan didahulukan usul lelaki ke atas usulperempuan. Selama masih ada usul lelaki (bapa, datuk hingga seterusnya), nafkahtidak ditanggung oleh usul perempuan (ibu, nenek hingga seterusnya). Bagi anakyang kematian bapa atau bapanya tidak mampu, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuknya,diikuti oleh bapa kepada datuknya hinggalah seterusnya ke atas. Yang lebihdekat didahulukan dari yang jauh. Jika si anak mempunyai datuk dan juga bapakepada datuknya, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuk kerana ia lebih dekat.Jika sama-sama dekat (seperti si anak mempunyai datuk sebelah bapa (iaitu bapakepada bapanya) dan juga datuk sebelah ibu (iaitu bapa kepada ibunya), kewajipannafkah dikongsi bersama. Apabila tidak ada lansung datuk atau datuk yang adatidak mampu, barulah kewajipan nafkah berpindah kepada usul-usul perempuan(iaitu ibu atau nenek atau yang lebih atas).

Perlu disebutkan;kewajipan menanggung nafkah orang lain tertakluk kepada kemampuan. Jika tidakmampu, tidaklah seseorang itu dibebani oleh Syarak untuk menanggung nafkahorang lain sedang nafkahnya sendiri tidak tertanggung. Hal ini telah disepakatiulamak. Maksud kemampuan itu ialah mempunyai lebihan setelah ditolak keperluandiri sendiri sama ada dari hartanya sedia ada atau dari pendapatannya. SabdaNabi SAW; ““Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu.Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untukahli kerabat kamu. Jika ada suatu lebihan lagi setelah itu, maka untuk beginidan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (SohehMuslim; 997, dari Jabir RA).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mausu’ahal-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 41/79, 41/81 (perkataan ‘nafaqah’).
2. Hasyiyahal-Baijuri ‘Ala Ibnu Qasim, 2/192.
3. Raudhatuat-Thalibin, Imam an-Nawawi, 8/56-57.

SYARAT NAFKAH

Soalan;


Jawapan;

Pemberian nafkah wajib kerana tiga factor;
1. Ikatan perkahwinan
2. Pertalian keluarga
3. Pemilikan (yakni hamba yang dimiliki)

Walaupun saudara telah terputus ikatan perkahwinan denganisteri saudara kerana penceraian, namun pertalian keluarga antara saudaradengan anak-anak saudara tidak pernah putus. Kerana itu, saudara wajib memberinafkah kepada mereka selagi mereka memerlukan dan mereka tidak mempunyai hartaatau pendapatan sendiri untuk menyara hidup merangkumi makanan, pakaian, tempattinggal dan sebagainya. Telah ijmak para ulamak bahawa; wajib ke atas seorangitu menyara anak-anak (dan begitu juga dua ibu-bapanya) jika memenuhisyarat-syarat berikut;[1]

1. Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidakmempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumberpendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan iameneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dansilaturrahim.

2. Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama adadengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kossaraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan, barulah ia wajibmenyara ahli-ahli keluarga yang lain. Paraulamak menetapkan susunan keutamaan nafkah adalah seperti berikut;[2]

a)      Diri sendiri
b)      Isteri
c)      Anak
d)     Bapa
e)      Ibu[3]
f)       Cucu
g)      Datuk
h)      Saudara
i)       Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;


ثُمَّ قَالَ: ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا، فَإِنْفَضَلَ شَيْءٌ فَلأَهْلِكَ،[4]فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِيقَرَابَتِكَ شَيْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا يَقُولُ: فَبَيْنَ يَدَيْكَ وَعَنْيَمِينِكَ وَعَنْ شِمَالِكَ.[5]
في هذا الحديث فوائدمنها: الابتداء في النفقة بالمذكور على هذا الترتيب.
“Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu.Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahlikeluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untukorang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim danan-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).

Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antarakesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikuttertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitabaz-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsummaal-Qarabah)

Wallahu a’lam.

Rujukan;







[1] Manaras-Sabil, Ibnu Dhuyan, 2/304.
[2] Iniberdasarkan mazhab Imam Ahmad di mana mazhab Hanbali adalah mazhab yang palingluas skop golongan yang wajib dinafkahi jika mereka memerlukan dan cukupsyarat-syaratnya, di mana menurut mazhab ini; ahli keluarga yang wajib dinafkahiialah yang diwarisi darinya dengan mengikut sususan keutamaan di atas. Yakni,pemberian nafkah wajib ditanggung oleh ahli keluarga yang senang kepada ahlikeluarga yang susah jika ia dapat mewarisi darinya. Mereka berdalilkan ayat233, dari surah al-Baqarah. Adapun mazhab lain (dalam masalah penentuancirri-ciri ahli keluarga yang wajib ditanggung naflah untuk mereka jika merekamemerlukan);
a) Pemberian nafkah hanya wajib untuk dua ibu-bapa dananak sahaja, yakni anak hanya wajib menanggung nafkah ibu dan bapa sahaja(tidak masuk datuk dan nenek) jika mereka susah dan bapa hanya wajib menaggungnafkah anak sahaja (tidak masuk cucu). Ini adalah mazhab Malik. Mazhab iniadalah paling sempit dalam kes ahli keluarga yang wajib dinafkahi ini (jikamereka susah).
b) Pemberian nafkah yang wajib merangkumi usul danfuru’, yakni meliputi ibu-bapa, datuk, nenek (hingga ke atas), anak, cucu,cicit (hingga ke bawah). Ini pandangan mazhab Syafi’ie dan ia lebih luasskopnya dari pandangan pertama di atas.
c) Pemberian nafkah yang wajib merangkumi semuamahram, yakni meliputi; ushul, furu’, saudara-saudara kandung, bapa-bapasaudara (sebelah bapa), ibu-ibu saudara (sebelah bapa), bapa-bapa saudara(sebelah ibu), ibu-ibu saudara (sebelah ibu). Adapun sepupu (anak bapa saudara)tidak masuk senarai kerana ia bukan mahram. Ini adalah mazhab Hanafi.
d) Pemberian nafkah yang wajib meliputi semua semuakeluarga yang dapat diwarisi hartanya; maka mengikut mazhab ini merangkumi jugasepupu (selain ahli-ahli keluarga yang lain). Ini adalah pandangan mazhabHanbali.
(al-Fiqh al-Wadhih, 2/169-171).

[3] Terdapatkhilaf di kalangan ulamak, adakah didahulukan ibu ke atas bapa atau sebaliknya.Ada yangberkata; kedua-duanya adalah sama kerana kesetaraan dalam pertalian keluarga.(Lihat; Manar as-Sabil, 2/305). Ulamak-ulamak yang mendahului ibu, merekaberdalilkan hadis;
حَدَّثَنَا بندارٌحَدَّثَنَا يحيى بنُ سعيدٍ حَدَّثَنَا بهزُ بنُ حكيمٍ حَدَّثَني أبي عن جدِّي قالقلتُ:
(يا رسولَاللهِ من أبرُّ قال: أمُّكَ قال قلتُ: ثُمَّ منقال: أمُّكَ قال قلتُ: ثُمَّ من قال: أمُّكَ قال قلتُ: ثُمَّ من قال: ثُمَّ أبُوكَثُمَّ الأقربُ فالأقربُ).
وفي البَابِ عن أبيهُرَيرَةَ وعبدِ اللهِ بنِ عمرو وعَائِشَةَ وأبي الدَّرداءِ وبهزُ بنُ حكيمٍ هوابنُ معاويةَ بنِ حَيدةَ القُشيريُّ.
وهذاحَدِيثٌ حَسَنٌ.
(Riwayat at-Tirmizi).
[4]  (شيء فلأهلك) أي زوجتك (فيض القدير).
[5]  وكنى به عن تكثير الصدقة وتنويع جهاتها وليسالمراد حقيقة هذه الجهات المخصوصة. (فيض القدير، 46).


KENAPA BAPA DIDAHULUKAN DARI IBU DALAM NAFKAH?

Susunan pemberian nafkah dalam jawapan di atas diambil dari kitab Dalil at-Talib (Syeikh Mar'a al-Maqdisi) dan syarahnya Manar as-Sabil (Syeikh Ibrahim Dhuyan) di mana pengarangnya mendahulukan bapa dari ibu (jika nafkah tidak mencukupi untuk menampung kedua-dua mereka) bersandarkan dalil berikut;

1. Kedudukan bapa sebagai wali dan pemimpin keluarga. Status ini hanya dimiiki bapa, tidak ibu.

2. Hak yang diberikan Nabi saw kepada bapa terhadap harta anak, di mana baginda bersabda;

"Diri kamu dan harta kamu adalah milik ayah/bapa kamu" (Musnad Ahmad; 6902, hadis hasan).
Hadis ini memberi hak kepada bapa untuk mengambil dari harta anak (sekadar yang diperlunya).

Pengarang juga menyebutkan; masalah ini terdapat khilaf di kalangan ulamak. Ada tiga pandangan;

1. Ada ulamak berpandangan; bapa didahulukan dari ibu, berdalilkan dalil-dalil tadi.

2. Ada ulamak berpandangan; ibu lebih dulu dari bapa, berdalilkan hadis yang menceritakan; seorang lelaki bertanya Nabi saw; siapakah yang paling layak aku berbuat baik kepadanya? Nabi menjawab; ibu kamu. Dia bertanya lagi; kemudian siapa? Nabi menjawab; ibumu. Setelah kali keempat bertanya, barulah Nabi saw menjawab; bapamu. (Musnad Ahmad; 20028, soheh lighairih).

3. Ada ulamak berpandangan; kedua-dua mereka (ibu dan bapa) adalah setara, kerana ayat-ayat al-Quran tidak mendahulukan mana-mana satu dari mereka, akan tetapi menerintahkan kita berbuat baik dan berbakti kepada kedua-dua mereka secara bersama.

وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
"Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa (kamu)" (surah an-Nisa', ayat 36).


Bagaimana jika ibu dan bapa bercerai?

Nafkah kepada ibu-bapa hanya diwajibkan ketika mereka miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Dalam kes ibu dan bapa bercerai, jika ibu berada (memiliki pendapatan atau harta) dan bapa pula miskin, bapa yang wajib dinafkahi dan ibu pula tidak wajib dinafkahi. Jika sebaliknya (iaitu ibu miskin, bapa berada), ibulah yang wajib dinafkahi. Jadi ukuran pertama siapa yang perlu dinafkahi ialah melihat kepada siapa yang memerlukan. Jika ibu dan bapa yang berpisah itu kedua-duanya miskin, wajiblah kedua-duanya dinafkahi. Jika pendapatan anak tidak mencukupi untuk menyara kedua-duanya sekali, ketika itulah timbul perbahasan ulamak tadi; siapa yang perlu didahulukan? bapa atau ibu? Mungkin yang rajih ialah pandangan yang ketiga, iaitu kita menyamaratakan antara keduanya, iaitu dengan memberi apa yang ada kepada kedua mereka sekalipun tak mencukupi.

Ayat-Ayat al-Quran dan hadis tentang nafkah


  
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama duatahun genap Iaitu bagi orang (yakni dua ibu-bapa) yang hendak menyempurnakanpenyusuan itu. Kewajipan orang yang dilahirkan untuknya anak (iaitu bapa) ialahmemberi makan dan pakaian kepada ibu (yang ditalak) itu menurut cara yangsepatutnya.[1]Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.[2] Janganlah menjadikanseseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan)seseorang bapa itu menderita kerana anaknya.[3] Waris juga menanggungkewajipan tersebut.[4]Kemudian jika keduanya (ibu dan bapa) mahu menghentikan penyusuan itu denganpersetujuan dari mereka berdua dan sesudah berunding, maka mereka berduatidaklah berdosa (melakukannya). Dan jika kamu (wahai bapa-bapa) hendak mencaripenyusu bagi anak-anak kamu (selain ibunya), maka tidak berdosa (kamumelakukannya) jika kamu memberi upah dengan cara yang patut.[5] Bertaqwalah kamu kepadaAllah, serta ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa yangkamu lakukan” (al-Baqarah, ayat 233).
Tafsiran;
1. Ayat di atas menyentuh tentang;
a) Hukum penyusuan
b) Hukum nafkah
c) Tanggungjawab dua ibu-bapa terhadap anak
2. Ayat di atas pada zahirnya berupa pernyataan, namun iapada hakikatnya adalah perintah; iaitu hendaklah ibu-ibu menyusukan anak-anakmereka jika tiada orang lain dapat melakukannya, iaitu dalam beberapa keadaandi mana penyusuan ibu adalah wajib, iaitu;
a) Si anak tidak menerima melainkan susu ibunya
b) Tidak ada wanita lain bersedia menyusui si anak
c) Bapa tidak mampu memnyediakan upah kepada penyusu.
3. Tempoh menyusu paling panjang ialah dua tahun. Bagiibu-bapa yang ingin melaksanakan penyusuan yang sempurna, tempohnya ialah duatahun, tidak lebih dari itu. Harus tempoh menyusu kurang dari itu iaitu jika sianak tidak bergantung lagi kepada susu ibu, di mana ia telah dapat hidup denganmakanan lain. (al-Muqtataf, Mahasin at-Takwil)
4. Melihat kepada konteks ayat, ayat di atas menyentuhtentang wanita-wanita yang ditalak, yakni; wanita-wanita yang ditalak danmempunyai anak kecil, hendaklah ia menyusui anaknya… Namun Allah mengalih darimenyebut wanita-wanita yang ditalak kepada menyebut ibu-ibu ingin membangkitkanperasaan kasih kepada anak iaitu; walaupun kamu mempunyai masalah hubungandengan suami kamu (iaitu bapa kepada si anak) namun anaknya adalah anak kamujuga iaitu kamu adalah ibunya. Jadi jangan kerana masalah dengan si bapak, lalusi anak diheret untuk menjadi mangsa. Seolah-olah Allah ingin menegaskan;ibu-ibu –sama ada telah ditalak atau masih isteri- wajib mereka menyusuianak-anak mereka. (al-Muqtataf, 1/248).
5. Jika ibu mengambil peranan menyusui anak, bapa pula hendakmenanggung nafkah anak dan juga ibu yang menyusuinya. Nafkah yang wajibditunaikan merangkumi;
a) Rezki; iaitu makanan
b) Pakaian
6. Kadar nafkah ialah mengikut ‘uruf. Begitu juga, mengikutkemampuan si bapak kerana Allah tidak membebankan hambanya di luarkemampuannya. Jadi, yang kaya hendaklah memberi nafkah secara orang kaya danyang miskin hendaklah memberi nafkah mengikut yang terdaya olehnya.
7. Allah menyebutkan “orang yang dilahirkan untuknya anak”tanpa secara terus menyebutkan al-Walid (bapa) adalah menunjukkan bahawa anakadalah milik si bapa iaitu dinasabkan kepadanya. Adapun ibu adalah ibarat bekasdi mana anak dikandung dalam bekas itu, sedang pemilik terhadap anak di dalambekas itu adalah bapa.
8. Dalam situasi ketiadaan bapa, para waris hendaklahmengambil alih peranan bapa untuk menyediakan nafkah dan pakaian untuk si ibudan si anak. Para ulamak berikhtilaf; apakah waris yang dimaksudkan itu warissi bapa atau waris si anak?
9. Adalah harus kedua ibu-bapa memutuskan penyusuan terhadapanak (sebelum genap dua tahun) dengan syarat kedua pihak sama-sama menyetujuinyadan setelah bermesyuarat antara mereka atau dengan bertanyakan orang yangberpengalaman (untuk mendapat kepastian bahawa memutuskan penyusuan terhadapanak mereka sebelum genap dua tahun itu benar-benar tidak akan memudaratkannya).Tidak harus keputusan untuk memutuskan penyusuan dibuat oleh satu pihak sahaja keranaada kemungkinan keputusan di ambil untuk kepentingan diri, bukan kepentingananak. ibu kemungkinan kerana jemu dengan tugas menyusu dan bapa pula mungkinbakhil untuk membayar upah penyusuan.
10. Jika bapa ingin mengambil penyusu lain untuk menggantitempat ibu (sama ada kerana ibu enggan menyusui atau kerana ibu tidak mampumelakukannya), hendaklah diberi upah kepada pengganti ibu itu mengikut yangdisepakati. Upah atau saguhati itu adalah penting agar wanita penyusu penggantiibu itu akan memberi perhatian kepada si anak. Namun menurut ulamak; pemberianupah itu tidaklah menjadi syarat yang wajib untuk keharusan penyusuan olehwanita bukan ibu itu. Ia hanyalah sunat atau digalakkan sahaja supaya wanitatersebut menjalankan tugas dengan lebih bersugguh. Perkataan Bil-Ma’rufbermaksud; upah mengikut uruf (yakni kadar yang biasa dipakai dalam masyarakat)dan diberikan dengan cara baik iaitu dengan manis muka dan pertuturan yangindah untuk menjamin anak mendapat layanan sebaiknya dari penyusunya.(al-Muqtataf, Mahasin at-Takwil).
 11. Berdasarkan ayat“Dan jika kamu (wahai bapa-bapa) hendak mencari penyusu bagi anak-anak kamu (selainibunya), maka tidak berdosa (kamu melakukannya) jika kamu memberi upah dengancara yang patut”, menurut mazhab Syafi’ie; adalah harus bapa mencari penyusulain dari ibu untuk menyusui anak dan menghalang ibu dalam melakukannya(sekalipun ia bersedia). Namun menurut mazhab Abu Hanifah; jika ibu bersediauntuk menyusui si anak, maka ia adalah lebih berhak terhadap penyusuan dariwanita lain kerana Allah menyebutkan di awal ayat “ibu-ibu hendaklah menyusukananak-anak mereka”. Jadi menurut Abu Hanifah; tidak harus bapa mengambil wanitalain untuk menyusui anak jika ibu bersedia menyusuinya. Adapun ayat yangdijadikan hujjah oleh Imam Syafi’ie, maka ayat itu hendaklah difahami dalamsituasi ibu tidak mampu menyusui atau enggan melakukannya. (Al-Muqtataf)


AYAT 7, SURAH AT-TALAQ

5. peraturan-peraturan Yang demikian adalah hukum-hukum AllahYang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa Yangbertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akanmembesarkan pahala balasannya.
6.Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamusesuai Dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu Yang menyakitimereka (di tempat tinggal itu) Dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukanmereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). dan jika merekaberkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehinggamereka melahirkan anak Yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anakuntuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antarakamu (dalam hal menyusunya) Dengan cara Yang baik. dan (sebaliknya) jika kamu(dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lainmenyusukannya.
7.hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapaYang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yangdiberikan Allah kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorangmelainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang YangDalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangansesudah berlakunya kesusahan.
8.dan bukan sedikit negeri-negeri Yang penduduknya menderhaka terhadap perintahTuhan mereka dan Rasul-rasulNya, maka Kami hitung amal mereka satu persatuDengan hitungan Yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka Dengan azab Yangtidak pernah dikenal dahsyatnya.
9.lalu mereka merasai kesan Yang buruk dari perbuatan derhakanya, dan menjadilahakibat perbuatan mereka satu kerugian Yang besar.
10.Allah menyediakan bagi mereka azab seksa Yang seberat-beratnya. makabertaqwalah kepada Allah kepada Wahai orang Yang berakal sempurna dari kalanganorang Yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan-

Ulasan;
1. Ayat 6 di atas menyentuh tentangkewajipan suami untuk tempat tinggal kepada isterinya yang diceraikannyasementara menunggu habis eddah. Telah ijmak sekelian ulamak bahawa; jika isteriyang diceraikan itu mengandung, wajib suami menyediakan tempat tinggal (dan juganafkah) untuk bekas isteri yang mengandung itu hingga ia melahirkan anak. Adapunisteri yang tidak mengandung, terdapat khilaf seperti berikut;
a)




[1]Yakni mengikut uruf (متعارف) tanpa berlebihan dan tanpa kedekut supayaibu dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaiknya (Safwatu at-Tafasir).
[2]Yakni nafkah tidaklah dibebankan Allah melebihi kemampuan (Safwatu at-Tafasir).
[3]Ada dua maksud;
a)      Janganlah ibu dan bapa menganiayaianak mereka dengan mengabaikan tanggungjawab mereka kepadanya dan tidakmemberikannya apa yang sepatutnya.
b)      Janganlah ibu dan bapasaling menganiayai antara satu sama lain kerana anak; di mana ibu menolak darimenyusui anaknya kerana ingin membalas dendam kepada bapa si anak (yangmenceraikannya) dan bapa pula merampas anak dari ibu dengan tidak membenarkania menyusui anaknya itu sedangkan ia bersedia menyusuinya. Tujuan mereka ialahuntuk menimbulkan kemarahan sesama mereka.
(Safwatu at-Tafasir).  
[4]Maksudnya; para waris mesti mengambil alih tanggungjawab bapa dalam melakukanperkara-perkara tadi (iaitu memberi nafkah kepada ibu, menunaikan haknya, tidakmenganiyainya) jika ketiadaan bapa. Maksud waris di sini ialah waris si anak(pandangan at-Thabari). Ada berkata; waris bapa. (Safwatu at-Tafasir).
[5]Maksudnya; wahai para bapa, jika kamu ingin mencari penyusu untuk anak kamuselain ibunya dengan kerana ibunya tidak mampu menyusui atau ia ingin berkahwin,kamu tidak berdosa dengan syarat kamu membayar untuk penyusu itu upah yang kamusepakati. Ini kerana penyusu jika tidak diberi penghargaan (dengan upah danpemberian) ia tidak akan mengambil berat terhadap si anak dan tidak memberiperhatian untuk menyusuinya. (Sofwatu at-Tafasir).

Monday, September 19, 2016

Apa yang dimaksudkan jenazah ghaib? 

Jenazah ghaib bermaksud jenazah yang tidak hadir bersama orang yang mensolatkannya.

Adakah harus melakukan solat ke atas jenazah yang ghaib?

Menurut mazhab Syafiie; diharuskan (dibolehkan) mengerjakan solat ke atas jenazah yang ghaib bagi jenazah yang berada di luar negeri, sama ada jenazah itu berada di arah kiblat atau bukan arah kiblat.(1) Adapun jenazah yang berada dalam negeri, tidak harus disolatkan secara ghaib, yakni mesti disolatkan dengan jenazah hadir di hadapan orang-orang yang mensolatkannya.(2)

Solat ke atas jenazah tersebut boleh dilakukan sekalipun telah dikebumikan.

Apakah dalil keharusan mensolatkan jenazah yang ghaib?

 Abu Hurairah RA menceritakan; “Ketika di Madinah, Nabi SAW telah memberitahui kepada sahabat-sahabat baginda berita kewafatan raja Najasyi RA (di Habsyah). Kemudian baginda mensolatkan jenazahnya (secara ghaib) dan para sahabat turut solat di belakang baginda” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Apakah syarat-syarat bagi membolehkan solat jenazah secara ghaib dilakukan?

1. Hendaklah jenazah berada di luar negeri sebagaimana dinyatakan tadi.

2. Hendaklah diketahui bahawa jenazah telah dimandikan. Tidak sah solat jenazah sebelum dimandikan.(3)

Apakah kaifiyat solat jenazah secara ghaib?

Kaifiyatnya sama seperti solat jenazah biasa, iaitu dilakukan dengan 4 kali takbir dan membaca Fatihah setelah takbir pertama, selawat setelah takbir kedua, berdoa untuk jenazah setelah takbir ketiga dan memberi salam setelah takbir keempat. Yang berbeza hanyalah pada niat iaitu hendaklah diniatkan “mengerjakan solat ke atas jenazah yang ghaib (tiada di hadapan)”. Contoh niat;

“Sahaja aku mengerjakan solat ke atas jenazah (si fulan) yang ghaib, dengan 4 takbir, fardhu kifayah, menjadi makmum, kerana Allah”.

 Sebagaimana sedia diketahui, niat solat wajib dihadirkan ke dalam hati ketika melafazkan takbir pertama (yakni takbiratul ihram).(4)

Adakah solat jenazah secara ghaib itu boleh dilakukan setelah solat subuh dan solat asar?

Boleh, kerana solat jenazah tergolong dalam solat bersebab (seperti solat tahiyyatul masjid, solat gerhana dan sebagainya). Solat yang dilarang pada waktu-waktu yang ditegah solat ialah solat tanpa sebab.(5)

Wallahu a’lam.

Nota kaki; 
(1) Al-Majmuk (Imam an-Nawawi), 5/206.
(2) Al-Majmuk, 5/206.
(3) Mughni al-Muhtaj (Syeikh Khatib al-Syirbini), 2/27.
(4) Kifayatul Muhtadi, 143.
(5) Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 6/110.

Monday, August 18, 2014



TOHARAH &KESIHATAN
(TINJAUAN DARINAS-NAS AL-QURAN DAN AL-HADITH)

Skop toharah (yang disebut al-Quran dan al-Sunnah);

1. Toharah al-Qulub (tazkiyah)
2. Toharah ibadat; wudhuk, mandi wajib, tayammum.
3. Toharah adat
i) Membasuh najis
ii) Istinjak
iii) Membasuh tangan sebelum dan selepas makan
iv) Perapian diri; memotong kuku, mencukur misai,membuang bulu ari-ari dan bulu ketiak.
v) Bersugi
vi) Berwangian
v) Memakai pakaian cantik
vi) Mandi-mandi sunat; biasanya membabitkan ibadat secarajamaah (hadis mandi hari jumaat).

AL-QURAN

وَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ فِتۡنَتَهُ ۥ فَلَن تَمۡلِكَ لَهُ ۥمِنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُرِدِ ٱللَّهُ أَنيُطَهِّرَ قُلُوبَهُمۡ‌ۚ لَهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا خِزۡىٌ۬‌ۖ وَلَهُمۡ فِىٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (٤١)
Maksud; dan sesiapa yangdikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali(menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialahorang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagimereka kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yangbesar.  (41) (Surah al-Maidah,ayat 41).

خُذۡ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ صَدَقَةً۬ تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيہِمبِہَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ‌ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌ۬ لَّهُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌعَلِيمٌ (١٠٣)
Maksud; Ambillah(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkaumembersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteramanbagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (103)(Surah at-Taubah, ayat 103).

يَاأَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ، قُمْ فَأَنْذِرْ، وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ، وَثِيَابَكَفَطَهِّرْ، وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ.
Maksud; Wahai orang yang berselimut!(1) Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). (2)Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! (3) Dan pakaianmu, makahendaklah engkau bersihkan. (4) Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkaujauhi. (5) (Surah al-Muddatsir, ayat 1-5).

لَا تَقُمۡ فِيهِ أَبَدً۬ا‌ۚ لَّمَسۡجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقۡوَىٰمِنۡ أَوَّلِ يَوۡمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ‌ۚ فِيهِ رِجَالٌ۬ يُحِبُّونَ أَنيَتَطَهَّرُواْ‌ۚ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُطَّهِّرِينَ (١٠٨)
Maksud; Jangan engkau sembahyangdi masjid (dhirar) itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba` yangengkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula(wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu adaorang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinyadan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir danbatin). (108) (Surah at-Taubah, ayat 108).

*Ayat ini adalah berkenaan golongan al-Ansar yangmengamalkan istinjak yang sempurna (Tafsir al-Jalalaian).

وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡمَحِيضِ‌ۖ قُلۡ هُوَ أَذً۬ى فَٱعۡتَزِلُواْٱلنِّسَآءَ فِى ٱلۡمَحِيضِ‌ۖ وَلَا تَقۡرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطۡهُرۡنَ‌ۖ فَإِذَاتَطَهَّرۡنَ فَأۡتُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ أَمَرَكُمُ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّٱلتَّوَّٲبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ (٢٢٢)
Maksud; Danmereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah:Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Olehsebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuhdengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampirimereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudahbersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allahkepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat danmengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (222)  (Surah al-Baqarah, ayat 222).

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِفَٱغۡسِلُواْ وُجُوهَكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِقِ وَٱمۡسَحُواْبِرُءُوسِكُمۡ وَأَرۡجُلَڪُمۡ إِلَى ٱلۡكَعۡبَيۡنِ‌ۚ وَإِن كُنتُمۡ جُنُبً۬افَٱطَّهَّرُواْ‌ۚ وَإِن كُنتُم مَّرۡضَىٰٓ أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوۡ جَآءَ أَحَدٌ۬مِّنكُم مِّنَ ٱلۡغَآٮِٕطِ أَوۡ لَـٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمۡ تَجِدُواْمَآءً۬ فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدً۬ا طَيِّبً۬ا فَٱمۡسَحُواْ بِوُجُوهِڪُمۡوَأَيۡدِيكُم مِّنۡهُ‌ۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجۡعَلَ عَلَيۡڪُم مِّنۡ حَرَجٍ۬وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمۡ وَلِيُتِمَّ نِعۡمَتَهُ ۥ عَلَيۡكُمۡلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (٦).
Maksud; Wahaiorang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahalkamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah mukakamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian darikepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamuberjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jikakamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang darikamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidakmendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamumdengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belahtangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggungsesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan)kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.(6) (Surah al-Maidah, ayat 6).

AL-HADITH

1. Salman RA menceritakan;“Aku telah membaca di dalam Kitab Taurat; ‘Sesungguhnya keberkatan makananialah dengan mengambil wudhuk selepasnya’. Lalu aku sebutkan maklumat tersebutkepada Nabi SAW dan aku memberitahunya tentang apa yang aku baca di dalamTaurat. Lantas baginda bersabda; ‘Keberkatan makanan ialah dengan berwudhuksebelumnya dan berwudhuk selepasnya’” (Sunan at-Tirmizi, Kitab al-At’imah,1846).

* Menurut ulamak; maksudwudhuk dalam hadis ini bukanlah wudhuk syar’ie, tetapi wudhuk ‘urfi (denganmaksud; membasuh tangan sebelum dan selepas makan) (lihat; Tuhfah al-Ahwazi).

2. Sabda Nabi SAW; “Kunci solat ialah toharah” (MusnadAhmad; 1006, dari Saidina ‘Ali RA, soheh).

3.Rasulullah SAW bersabda; “Bersiwak itu menyucikan mulut dan menyebabkankeredhaan tuhan” (Musnad as-Syafiie; 56, dari ‘Aisyah RA. Musnad Ahmad; 7, dariAbu Bakar RA. Menurut Imam an-Nawawi; sanad hadis ini adalah soheh. Lihat;Faidhul-Qadier, hadis no. 4832).

4. Huzaifah RA menceritakan; “Rasulullah SAW apabila bangun daritidur malam, baginda membersihkan mulutnya dengan siwak” (Soheh al-Bukhari;245. Soheh Muslim; 255).

5. Saidatina ‘Aisyah RA menceritakan; “Rasulullah SAW apabilahendak memasuki rumah baginda bermula dengan bersiwak” (Soheh Muslim; 253).

6. Sabda Nabi SAW; “Sesiapa di kalangan kamu ingin menghadirisolat jumaat, hendaklah ia mandi” (Soheh Bukhari; 877. Soheh Muslim; 844).

7. Imam Malik yang menceritakan; “Abdullah bin Umar RA (seorangsahabat Nabi s.a.w.) pada hari raya puasa (‘idil-fitri) beliau mandi sebelumkeluar pada pagi hari raya itu ke tempat sembahyang” (Riwayat Imam Malik dalamal-Muwattak).

8. Sabda Nabi SAW; “Peliharalah diri dari air kencing keranakebanyakan azab kubur adalah kerananya” (Sunan ad-Daruqutni; 459. Kata beliau;hadis ini adalah mursal).

9. Sabda Nabi SAW; “Sesungguhnya kebanyakanazab kubur adalah dari kencing” (Musnad Ahmad; 9059, dari Abu Hurairah RA,isnadnya soheh).

10. Anas RA menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. apabila keluarmembuang air, aku akan bawakan untuknya satu bekas air untuk beliauberistinjak” (Soheh al-Bukhari; 152). 

11. SabdaNabi SAW; “Fitrah itu ada lima; berkhitan, istihdad (mencukur bulu ari-ari),memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai” (Soheh Muslim; 257,dari Abu Hurairah RA)

12.Sabda  Nabi SAW; “Sepuluh perkara darifitrah (sunnah); menggunting misai, membiarkan janggut, bersiwak, menghisap airke dalam hidung, memotong kuku,  ghaslul-Barajim(membersihkan celah-celah jari dan kawasan-kawasan berlipat di belakangtangan), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinjak. Kata Mus’ab(salah seorang perawi hadis); aku lupa yang ke sepuluh, namun seingat aku ianyaialah berkumur” (Soheh Muslim; 261, dari Saidatina ‘Aisah RA).

13. Anas bin Malik RA menceritakan; “Telah ditetapkan tempoh untukkami bagi menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukurbulu ari-ari iaitu kami tidak membiarkannya melebihi 40 hari” (Soheh Muslim;258)

14. SabdaNabi SAW; “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia sukakan kecantikan” (Soheh Muslim;91, dari Ibnu Mas’ud RA).