Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog ilmudanulamak.blogspot.com

Soalan; as salam ustaz, soalan saya; adakah salah bila kita ucap takziah kepada bukan Islam
dengan cara semoga roh nya rest in peace...tkasih

Jawapan

Ucapan takziyah bertujuan memberi semangat kepada orang yang ditimpa suatu musibah (kematian, kerugian, malapetaka dan sebagainya), agar mereka bersabar menerima ketentuan Ilahi dan tidak putus harap. Bagi kematian, takziyah diucapkan kepada keluarga si mati atau orang yang dekat dengannya. Ia boleh diucapkan termasuk kepada orang kafir. Adapun doa untuk si mati, hanya dibolehkan jika si mati seorang muslim. Allah berfirman;

"Tidak dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka (yakni mati dalam kekufuran)" (surah at-Taubah, ayat 113. Lihat; tafsir al-Jalalain).

"rest in peace" adalah doa, maka tak boleh diucapkan kepada jenazah bukan Islam. Cukup dengan takziyah kepada keluarganya, seperti ucapan "Bersabarlah, kita semua milik Tuhan, akan kembali kepada Tuhan" atau "Semoga Allah memberi ganti kepadamu dengan yang lebih baik darinya" atau ucapan lain sepertinya.

Wallahu a'lam.

Tambahan;

1. Imam al-Munawi menjelaskan; “Mengucapkan ucapan takziah hukumnya adalah sunatmuakkad. Ia tidak hanya khusus kerana kematian sahaja tetapi merangkumi semuamusibah. Takziah kerana kematian, sunat diucapkan sama ada sebelumdikebumikan mayat atau selepasnya. Mengikut mazhab Syafi’ie; masa mengucapkantakziah bermula sebaik sahaja berlaku kematian dan ia berterusan selama tigahari selepas dikebumikan. Adapun selepas itu, ia dimakruhkan kecualilah jikaorang mengucapkan takziah atau yang akan menerima ucapan takziah tidak adakecuali selepas tiga hari” (Faidhul Qadier, syarah hadis no. 8092).

Rujukan;

1. al-Muhazzab (lihat; kitab al-Majmu', Imam an-Nawawi, 6/386).
2. Rahsia Kematian, Alam Barzakh & Roh, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, hlm. 30.

Soalan; Ustaz, kalau suami-isteri meninggal kemalangan dan hendak disolatkan sekali, bagaimana susunan dan niatnya?

Jawapan; 

Yang terbaik ialah disolatkan satu jenazah demi satu jenazah. Boleh disolatkan bersekali iaitu jenazah lelaki diletakkan betul-betul di hadapan imam, diikuti jenazah perempuan. Jika ada jenazah kanak-kanak bersama, diletakkan jenazah lelaki di depan imam, diikuti kanak-kanak, kemudian wanita. (1)

Niatnya; berniat dalam hati; "Sahaja aku mensolatkan jenazah-jenazah di hadapanku ini, fardhu kifayah, kerana Allah".(2)

Wallahu a'lam.

Nota;

(1) Anwar al-Masalik, Imam
Ibnu an-Naqieb, hlm. 96.
(2) at-Taqriraat as-Sadidah, Syeikh Hasan al-Kaf, hlm. 382.

Sabtu, 17 September 2016

Apa yang dimaksudkan jenazah ghaib? 

Jenazah ghaib bermaksud jenazah yang tidak hadir bersama orang yang mensolatkannya.

Adakah harus melakukan solat ke atas jenazah yang ghaib?

Menurut mazhab Syafiie; diharuskan (dibolehkan) mengerjakan solat ke atas jenazah yang ghaib bagi jenazah yang berada di luar negeri, sama ada jenazah itu berada di arah kiblat atau bukan arah kiblat.(1) Adapun jenazah yang berada dalam negeri, tidak harus disolatkan secara ghaib, yakni mesti disolatkan dengan jenazah hadir di hadapan orang-orang yang mensolatkannya.(2)

Solat ke atas jenazah tersebut boleh dilakukan sekalipun telah dikebumikan.

Apakah dalil keharusan mensolatkan jenazah yang ghaib?

 Abu Hurairah RA menceritakan; “Ketika di Madinah, Nabi SAW telah memberitahui kepada sahabat-sahabat baginda berita kewafatan raja Najasyi RA (di Habsyah). Kemudian baginda mensolatkan jenazahnya (secara ghaib) dan para sahabat turut solat di belakang baginda” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Apakah syarat-syarat bagi membolehkan solat jenazah secara ghaib dilakukan?

1. Hendaklah jenazah berada di luar negeri sebagaimana dinyatakan tadi.

2. Hendaklah diketahui bahawa jenazah telah dimandikan. Tidak sah solat jenazah sebelum dimandikan.(3)

Apakah kaifiyat solat jenazah secara ghaib?

Kaifiyatnya sama seperti solat jenazah biasa, iaitu dilakukan dengan 4 kali takbir dan membaca Fatihah setelah takbir pertama, selawat setelah takbir kedua, berdoa untuk jenazah setelah takbir ketiga dan memberi salam setelah takbir keempat. Yang berbeza hanyalah pada niat iaitu hendaklah diniatkan “mengerjakan solat ke atas jenazah yang ghaib (tiada di hadapan)”. Contoh niat;

“Sahaja aku mengerjakan solat ke atas jenazah (si fulan) yang ghaib, dengan 4 takbir, fardhu kifayah, menjadi makmum, kerana Allah”.

 Sebagaimana sedia diketahui, niat solat wajib dihadirkan ke dalam hati ketika melafazkan takbir pertama (yakni takbiratul ihram).(4)

Adakah solat jenazah secara ghaib itu boleh dilakukan setelah solat subuh dan solat asar?

Boleh, kerana solat jenazah tergolong dalam solat bersebab (seperti solat tahiyyatul masjid, solat gerhana dan sebagainya). Solat yang dilarang pada waktu-waktu yang ditegah solat ialah solat tanpa sebab.(5)

Wallahu a’lam.

Nota kaki; 
(1) Al-Majmuk (Imam an-Nawawi), 5/206.
(2) Al-Majmuk, 5/206.
(3) Mughni al-Muhtaj (Syeikh Khatib al-Syirbini), 2/27.
(4) Kifayatul Muhtadi, 143.
(5) Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 6/110.

Selasa, 24 September 2013

Soalan; Askm ustaz. Saya ada satupersoalan berkaitan dgn org yg sedang nazak sakit dan org mati. Soalan saya.Kemana kah arah kaki org yg tersebut di atas sepatutnya hendak dihalakan,ketika sesorang itu sedang sakit atau pun meninggal dunia, adakah hendakdihalakan kaki ke arah kiblat ataupun sebaliknya. Saya minta ustaz tolonglghuraikan kepada saya, berserta dgn hadis dan nas2 berkaitan soalan sayatersebut, kerana ada sedikit percanggahan pendapat berkaitan hal ini. Terimakasih..Askm.

Jawapan;

1. Mengalihkan orangyang sedang nazak (hampir mati) ke arah qiblat –apabila nampak tanda-tandahampir mati padanya[1]- adalahsunat dengan sepakat para ulamak kerana qiblat adalah arah yang paling baik sebagaimanasabda Nabi SAW; “Sesungguh bagisetiap perkara ada yang terbaik/paling utama. Sesungguhnya yang terbaik bagisegala kedudukan ialah yang menghala ke arah qiblat” (Al-Mu’jam al-Ausat,Imam at-Tabrani; 2354, dari Abu Hurairah RA. Status hadis; menurut al-Haitsamidan al-Munziri; isnadnya hasan. Lihat; Faidhul Qadier; 2421).

Diriwayatkan dariAbi Qatadah RA yang menceritakan; Ketika Nabi SAW tiba di Madinah bagindabertanya tentang al-Bara’ bin Ma’rur. Orang ramai menjawab; ‘Ya Rasulullah, diatelah meninggal. Dia memesankan agar 1/3 dari hartanya diserahkan kepadamu.Ketika sedang nazak dia memesankan agar dialihkannya ke arah qiblat’. Nabi SAWmenjawab; “Dia telah menepati fitrah. Aku pulangkan 1/3 hartanya itu kepadaanaknya”. Kemudian Nabi SAW pergi ke kuburnya dan menyembahyangkannya. Bagindaberdoa untuknya; “Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia dan masukkanlah diake dalam syurgaMu. Sesungguhnya Engkau telahpun melakukannya” (Mustadrak al-Hakim;1305. As-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 6604. Status hadis; menurut al-Hakim;hadis ini soheh. Az-Zahabi menyetujuinya).

Diriwayatkan dariSaidina ‘Umar RA bahawa ia memesan anaknya; ‘Apabila aku hampir meninggal,alihkanlah aku ke arah qiblat’. Pesanan yang sama juga ada diriwayatkan dariSaidina ‘Ali RA (al-Fawakih ad-Dawani, 1/283).

2. Namun perkaraini tidaklah perlu dititik-beratkan sangat jika memayahkan orang yang sedangsakit itu atau orang lain (kerana rumah sempit dan sebagainya). Sa’id binal-Musayyab (seorang Tabi’in terkenal) semasa beliau sakit, orang ramai inginmengubah kedudukannya. Ia bertanya mereka; ‘Apa yang ingin kamu semula lakukanterhadapku?’. Mereka menjawab kepadanya; ‘Kami ingin mengubah kedudukanmu agarmenghadap ke arah qiblat’. Ia menjawab; ‘Bukankah aku dari dulu lagi berada diatas qiblat (yakni berada di atas agama Islam) hinggalah ke hari ini?’(al-Mughni, Ibnu Qudamah; 2/286).

Berkata Ibnu Hazm; jika dapat diarahkan ke arah qiblat, elokdilakukan. Jika tidak, tidak mengapa mengadap ke manapun kerana Allah berfirman(bermaksud); “Ke mana pun kamu mengadap, di situlah wajah Allah” (surahal-Baqarah, ayat 115). Berkata as-Sya’bi; ‘(Ketika nazak atau baru kematian) kamuboleh sama ada ingin mengalihkannya ke arah qiblat atau tidak mahu mengalihnya.Namun di dalam kubur, pastikan ia mengadap ke qiblat…” (al-Muhalla, Ibnu Hazm,3/405).

3. Adapun cara menghadapkannya ke arah qiblat itu ada duacara;
a) Membaringkannya di atas rusuk kanan dengan muka dandada menghadap ke arah qiblat, iaitu sebagaimana kedudukan mayat dalam kubur.Jika tidak dapat di atas rusuk kanan, di atas rusuk kiri dengan muka dan dada kearah qiblat.
b) Atau; membaringkannya di atas belakang dengan kakimengadap ke kiblat dan kepala ditinggikan sedikit (iaitu dengan meletakkanlapik dibawahnya) supaya muka kelihatan mengadap ke qiblat.

Mana-mana satu dari dua cara di atas boleh dilakukan.Namun para ulamak khilaf pada menentukan mana yang terbaik. Jumhur ulamak(merangkumi mazhab Maliki, Hanafi dan kebanyakan ulamak mazhab Syafiie)menyukai cara (a). Jika tidak boleh cara (a), baru cara (b). Imam Abu Muhammadal-Juwaini dan Imam al-Ghazali menyukai cara (b). Berkata; Imam al-Haramain;cara (b) lah yang biasa dilakukan manusia. (Rujukan; al-Majmu’, Imam an-Nawawi,5/116. Hasyiyah al-‘Adawi, 1/407).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 5/116.
2. Hasyiyah al-‘Adawi, Abul Hasan al-‘Adawi al-Maliki, 1/407.
3. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 2/286.
4. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 2/80(perkataan; ‘ihtidhar’), 10/299 (perkataan ‘tahwil’).
5. al-Fawakih ad-Dawani, Ahmad bin Ghanim al-Maliki,1/283.
6. al-Muhalla bil Atsar, Ibnu Hazm, 3/405.


[1] Sebelum nampaktanda-tanda hendak mati, makruh mengalihkannya ke arah kiblat kerana iamenyakiti orang sakit (al-Fawakih ad-Dawani, Ahmad bin Ghanim al-Maliki,1/283).