Sabda Nabi SAW;
مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَكُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
“Sesiapaberqiyam (Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya),akan ditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam” (Sunanat-Tirmizi; 806. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh).
menceritakan; Nabi SAW bangunberibadah bersama kami pada malam ke 5 (sebelum tamat Ramadhan, iaitu malam ke25 Ramadhan) hingga ke pertengahan malam. Lalu kami berkata kepada baginda; ‘WahaiRasul Allah, jika engkau dapat menambah lagi solat bersama kami pada malam inialangkan baiknya’. Lantas baginda bersabda (kepada mereka); “Orang yang berqiyam(Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya), akanditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam” (Sunan at-Tirmizi;806).
Menurut ulamak; hadis ini menjadi dalil bagikelebihan solat terawih berjamaah, dan galakkan kepada orang yang berterawihbersama imam untuk menyelesaikan keseluruhan terawihnya bersama imam (sama adaimam bersolat 11 rakaat atau 23 rakaat atau sebagainya), supaya ia mendapatkelebihan umpama bersolat sepanjang malam yang disebut oleh hadis di atas.
Berkata Imam Ahmad; ‘Hendaklah dia (yakniorang yang berqiyam Ramadhan bersama imam itu) mengerjakan solat bersama orangramai (yakni para makmum yang lain) hingga dia berwitir bersama mereka dantidak pulang hinggalah imamnya selesai dari solat’ (Tuhwah al-Ahwazi, 3/236).
Maka berpandukan taujihat dari hadis dan huraian ulamak diatas, sebaiknya orang yang ingin bersolat terawih dengan 11 rakaat sahaja,mereka tidak bermakmumkan imam yang solat 23 rakaat dan pulang sebelum imammenyelesaikan terawihnya. Sebaiknya mereka mencari masjid atau mushalla yangmengerjakan terawih hanya 11 rakaat sahaja, supaya dapat berterawih bersamaimam dari awal hingga akhirnya, agar berpeluang mendapat fadhilat yang disebutoleh Nabi SAW dalam hadis di atas.
Wallahu a’lam..
Rujukan;
1. Fatawa Syeikh Soleh al-Munajjid (https://islamqa.info/ar/153247).
2. Tuhfah al-Ahwazi (Syeikh al-Mubarakfuri), 3/228,236).