Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog ilmudanulamak.blogspot.com


Soalan; saya melihat ada orang mengambil wudhuk denganmencelup tangannya ke dalam bekas air yang kecil (timba, cebok, gayung dansebagainya). Adakah sah wudhuknya? Tidakkah air itu akan menjadi musta’mal?

Jawapan;

1. Mengambil wudhuk denganmencebuk air dengan tapak tangan dari bekas air itulah cara wudhuk Nabi SAW.Cara itulah yang terbaik jika dapat dipraktikkan kerana ia paling menjimatkanair.

Para sahabat (antaranyaSaidina ‘Usman RA, Abdullah bin Zaid RA, Ibnu ‘Abbas RA dan sebagainya)menceritakan; Nabi SAW semasa mengambil wudhuk, baginda akan bermula dengan menuangair (dari bekas) untuk membasuh tangannya tiga kali, kemudian baginda akan  mencebuk air dari bekas dengan tangan kanannya(atau kedua tangannya) untuk berkumur dan menyedut air ke dalam hidung, membasuhmuka, tangan hingga siku, kepala dan kaki, yakni bagi setiap anggota wudhukcebukan air berasingan (Soheh al-Bukhari; 159, 164. 186. Muslim; 226, 235).

2. Kebanyakan ulamakmazhab Syafiie memfatwakan; hendaklah disertakan niat Ightiraf ketikamencebuk dengan tangan itu untuk mengelak air dalam bekas kecil menjadi musta’mal.Menurut mazhab Syafiie dan Ahmad; air musta’mal tidak lagi sah digunakan untuk bersuci.Niat I’tiraf ialah meniatkan tangan sebagai pencebuk atau pemindah air. Cukup niatitu hadir dalam hati sahaja, tidak perlu dilafazkan (lihat; Nihayah al-Muhtajdan Mughni al-Muhtaj).

Namun ada juga ulamak mazhabSyafiie (antaranya Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dan Imam Ibnu al-Attar) berpandangan;tidak perlu  niat ightiraf itu,kerana tidak ada sahabat menceritakan Nabi SAW melakukannya atau menyuruhnya(lihat; Fathul Bari dan Al-‘Uddah).

3. Bagi jumhur Fuqahak(antaranya Imam Malik, az-Zuhri, al-Auza’ie, Abu Tsur dan Imam Daud) yangberpandangan; air musta’mal masih sah digunakan untuk menyucikan hadas, perbahasantentang niat ightiraf tadi tidak timbul.

4. Walaupun kitamenyatakan cara Nabi itu adalah terbaik, tidaklah bermakna kita berpandangan; mengambilwudhuk terus dari pili tidak baik dan dilarang. Tidak dinafikan bahawamengambil terus dari pili/paip lebih mudah bagi orang hari ini. Namun hendaklahelak pembaziran air, iaitu dengan mengecil air yang keluar; sekadar yangdiperlukan sahaja.

Sentiasalah ingat bahawaNabi SAW hanya menggunakan satu cupak air sahaja untuk wudhuknya (Sohehal-Bukhari; 201. Muslim; 325). Iaitu lebih kurang 1 liter air.

Rujukan;

1.      Tuhfah al-Muhtaj (Imam Ibnu Hajaral-Haitami), 1/70.
2.      Mughni al-Muhtaj (Imam al-Khatibas-Syirbini), 1/124.
3.      Fathul Bari (Imam Ibnu Hajaral-Asqalani), 1/269.
4.      Syarah Soheh Muslim (Imaman-Nawawi), 3/125.
5.      Al-‘Uddah syarh ‘Umdatil Ahkam(Imam Ibnu al-Attar), 1/93 dan 99.
6.      Mausu’ah Masail al-Jumhur (Dr.Muhammad Na’im Sa’ie), 1/40.