Soalan; Bolehkah berrzikir degan menggerakanbibir dan lidah tetapi ada kala nya tidakterkekuar suara. Mohon pencerahan. Terima.kasih.....
JAWAPAN;
Menurut Imam al-Nawawi dalam al-Azkar;“Berzikir boleh dengan hati dan boleh dengan lidah. Zikir terbaik ialah yangmenggabungkan hati dan lidah secara bersama. Jika ingin berzikir dengan salahsatu darinya sahaja, maka zikir dengan hati lebih afdhal" (al-Azkar, hlm. 9).
"Adapun zikir-zikiryang disyariatkan di dalam solat dan ibadah-ibadah lainnya -sama ada yang wajibatau yang disunatkan- tidak terhitung sebagai zikir melainkan dengan dilafazkansekira-kira dapat didengar oleh diri sendiri sekiranya tiada masalah padapendengarannya” (al-Azkar, hlm. 12).
Merujuk kepada soalan; lafaz-lafaz zikir yangdisyariatkan membacanya -dalam solat, selepas solat, zikir pagi dan petang,sebelum tidur dan sebagainya- mesti dengan sebutan lidah dan mengeluarkan suarasekurang-kurangnya yang dapat didengari diri sendiri. Dikecualikan bagi orangyang mengalami masalah pendengaran, maka memadai dengan sebutan lidah walaupuntanpa didengar telinga.
Wallahu a’lam.
Rujukan;