Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog ilmudanulamak.blogspot.com

Rabu, 2 Oktober 2013

Soalan; Boleh atau tidak ibu bapa membuat ibadah qurbanuntuk anak yang belum baligh. Ada terbaca syarat untuk korban hendaklahmencapai akil baligh dan berakal.

Jawapan;

Menurut mazhab Syafiie; wali (penjaga)[1]dibolehkan untuk melakukan korban bagi anak jagaannya yang masih kecil (belumbaligh), dengan syarat binatang korban datang dari hartanya (yakni dibelidengan wangnya, bukan wang si anak). Dia seolah menghadiahkan binatang itukepada si anak, kemudian melakukan korban bagi pihaknya, maka untuknya pahalahadiah dan untuk si anak pula pahala korban. Adapun melakukan korban denganmengambil dari harta si anak, tidak dibolehkan.

Secara umum, hukum melakukan ibadah korban untuk oranglain –menurut mazhab Syafiie- adalah seperti berikut;

1. Melakukan korban untuk orang yang telah meninggal; terdapatkhilaf di kalangan ulamak dalam mazhab Syafiie sendiri. Sebahagian ulamakberpendapat; dibolehkan kerana ia sebahagian dari sedekah dan telah ijmak paraulamak bahawa sedekah bagi pihak si mati adalah sah, berguna untuknya dan sampaipahala kepadanya. Sebahagian ulamak berpendapat; berkorban untuk si mati hanyasah jika dengan pesanan/wasiat darinya. Jika tanpa pesanan/wasiatnya, tidak sahkorban untuknya.

2. Melakukan korban untuk orang yang masih hidup yangtelah baligh (termasuk anak); tidak sah korban untuknya melainkan dengankeizinannya.

3. Melakukan korban untuk anak yang belum baligh; hukumnyaseperti di atas tadi.

4. Melakukan korban untuk diri sendiri, tetapimenyertakan orang lain dalam pahalanya (yakni meniatkan pahalanya untuk oranglain sama), juga dibolehkan.

Rujukan;

1. al-Majmuk, Imam an-Nawawi, 8/299.
2. Mughni al-Muhtaj, 6/137.
3. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/80(perkataan ‘udhiyah’), 45/197 (perkataan ‘walad’).


[1] Iaitubapa atau datuknya (al-mausu’ah).

Rabu, 18 September 2013

Soalan; ustaz, ingin penjelasan berkenaan hukummemberi daging korban kepada orang kafir. Adakah harus? Adakah hilang pahalakorban? Terima kasih.

Jawapan;

Terdapat beza pandangan antara ulamak dalam masalah diatas;

Pandangan pertama; daging korban tidak harus diberikankepada orang bukan Islam sekalipun kafir zimmi. Ia khusus untuk orang Islamsahaja. Pandangan ini merupakan mazhab Syafiie.[1]Menurut Imam Malik dan al-Laith; makruh memberinya kepada orang bukan Islam[2].

Pandangan kedua; harus memberi daging korban kepada orangkafir zimmi. Pandangan ini merupakan mazhab Imam Abu Hanifah, Hasan al-Basri, AbuTsur dan mazhab Hanbali. Pandangan ini juga ditarjih oleh Imam Nawawi dalamkitabnya al-Majmu’. Menurut pandangan ini; daging binatang korban adalahmakanan, maka sebagaimana harus memberi makan orang kafir zimmi, maka harusjuga memberi daging korban kepada mereka kerana ia sebahagian makanan. Selainitu, dikiaskan juga kepada keharusan memberi sedekah kepada orang kafir zimmi. Namunmenurut mereka; yang harus diberikan ialah dari korban sunat sahaja. Adapundari korban wajib (iaitu korban nazar), tidak harus diberi dagingnya melainkankepada orang-orang fakir dari kaum muslimin sahaja (iaitu menyamai hukum zakatdan kaffarah sumpah).

Pandangan ulamak semasa; Syeikh Ibnu Usaimin (ulamakbesar Arab Saudi) menegaskan; dibolehkan memberi daging korban kepada orangkafir dengan syarat bukan orang kafir yang memusuhi orang Islam. Dalilnya ialahfirman Allah (bermaksud);  “Allah tidakmelarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang (kafir) yangtidak memerangi kami dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampunghalamanmu. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu dari menjadikan merekasebagai kawanku orang-orang (kafir) yang dalam urusan agama dan mengusir kamudari kampong halamanmu dan membantu orang lain untuk mengusirmu. Sesiapamenjadikan mereka sebagai kawan, mereka itulah orang yang zalim” (surahal-Mumtahanah, ayat 8-9).[3]

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 8/316.
2. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 9/450.
2. al-Iqna’, Syeikh as-Syirbini, 1/593.
3. Fatawa Nur ‘Ala ad-Darb, Ibnu Usaimin; 13/2.


[1]Lihat; al-Iqna’, Syeikh as-Syirbini, 1/593.
[2]Menurut Imam al-Laith; makruh memberi daging korban kepada orang bukan Islam,kecuali jika daging itu dimasak kemudian dijemput orang bukan Islam untukmenikmatinya bersama orang Islam, tidaklah makruh (al-Majmu’, 8/316).
[3]Fatawa Nur ‘Ala ad-Darb, Ibnu Usaimin; 13/2.

Soalan; salam ustaz, boleh tolong jelaskan kepada sayatentang korban nazar dan bagaimanakah sesuatu korban itu boleh menjadi korbannazar.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.

Hukum asal ibadah korban menurut jumhur ulamak (termasukmazhab Syafiie) ialah sunat muakkad iaitu sunat yang amat dituntut dan makruhmeninggalkannya bagi yang mampu. Ia berubah menjadi wajib apabila dinazarkan. Nazarbermaksud; seorang mukallaf dengan pilihannya sendiri telah melafazkan ucapanuntuk mewajibkan ke atas dirinya suatu amalan yang asalnya tidak wajib (iaitusunat sahaja), dengan ucapannya itu amalan tersebut menjadi wajib atas dirinya.Ucapan nazar itu boleh dengan bahasa nazar itu sendiri seperti berkata; ‘Jikasembuh sakitku, aku bernazar untuk bersedekah” dan boleh juga dengan bahasalain yang mewajibkan ke atas diri seperti berkata; “Jika Allah menyembuhkansakitku, wajib atas diriku bagi Allah sedekah dengan nilai sekian sekian”.

Bagi ibadah korban, ia menjadi nazar apabila seorangberkata; “Aku bernazar untuk berkorban pada tahun ini”, atau berkata; “Wajib keatas diriku bagi Allah berkorban pada tahun ini” atau berkata; “Jika sakitkusembuh, wajib atas diriku untuk berkorban pada tahun ini”. Bagi lafaz terakhir(iaitu “jika sakitku sembuh, wajib atas diriku berkorban”) korban hanya menjadiwajib jika perkara yang diikat dengan korban itu benar-benar berlaku (dalam kesini; sembuh dari sakit). Ia dinamakan nazar muqayyad (iaitu nazar berkait). Adapunnazar dengan lafaz sebelumnya dinamakan nazar mutlak (nazar bebas).

Nazar wajib dilaksanakan kerana Allah berfirman (yangbermaksud); “(Di antara sifat orang-orang yang baik/taat ialah) mereka memenuhinazar mereka…” (surah al-Insan, ayat 7). Nabi SAW bersabda; “Sesiapa bernazaruntuk mentaati Allah (yakni bernazar untuk melakukan suatu amalan ketaatan),hendaklah dia mentaati Allah (dengan melaksanakan nazarnya itu)” (Sohehal-Bukhari; 6696, dari ‘Aisyah RA).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/78(perkataan ‘udhhiyah’), 40/136 (perkataan ‘nazr’).

Ahad, 8 September 2013

Soalan; ASSALAMUALAIKUMUSTAZ. SAYA ADA BACA MENGENAIORANG YANG NAK BUAT KORBAN  MAKA JANGAN POTONG RAMBUT DAN KUKU. BILA MULA ORANG ITU TIDAK BOLEHBERBUAT DEMIKIAN DAN SAMPAI BILA. MOHONPENJELASAN.TERIMA KASIH.

Jawapan;

Bismillah,walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.

Disunatkan orang yang ingin melaksanakan korban untuktidak memotong kukunya, mencukur/memotong rambut dan juga mencukur/mencabutbulu pada badannya sama ada bulu ketiak, bulu ari-ari, misai, janggut dansebagainya apabila masuk bulan Zulhijjah dari hari pertamanya hinggalah setelahkorbannya dilaksanakan. Jika dilakukan hukumnya adalah makruh. Ini berdalilkan sabdaNabi SAW; “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah (yakni mengetahui masuknyabulan Zulhijjah), sesiapa dari kamu yang ingin melakukan ibadah korbanhendaklah dia menahan (menangguh) dari (membuang/memotong) bulu/rambut dan kuku-kukudi badannya hingga ia melaksanakan korbannya” (Soheh Muslim; 1977/41, dari UmmuSalamah RA).

Menurut SyeikhIbrahim al-Marwaruzi; hukum anggota-anggota badan yang lain sama seperti hukumrambut/bulu dan kuku (yakni makruh dibuang sebelum dilaksana korban).

Menurut ulamak; hikmahtegahan ini ialah supaya keampunan Allah yang datang melalui ibadah korban ituakan meliputi seluruh tubuhnya termasuklah rambut, bulu-bulu badan, kuku dansebagainya.

Menurut SyeikhMansur Ali Nashif;  ia juga dituntut dariahli keluarga orang yang melakukan korban supaya keampunan Allah yang sempurnaitu turut merangkumi mereka (at-Taj al-Jami’, 3/115).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 8/284.
2. Sabilal-Muhtadin, hlm. 908.
3. At-Taj al-Jami’, Syeikh Mansur Ali Nashif; 3/115.
4. Mirqaat al-Mafatih, bab al-Udhiyah.

Soalan; ASSALAMUALAIKUM USTAZ. BOLEHKAHDAGING KORBAN WAJIB/NAZAR/WASIAT DI AGIHKAN KEPADA ORANG KAYA.

MOHON PENJELASAN,TERIMA KASIH.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatuala Rasulillah.

Masalah di atas terdapat khilaf dikalangan ulamak;

1. Menurut mazhab Syafiie dan Hanafi;korban wajib (dengan sebab nazar atau sebagainya) wajib disedekahkan kesemuanyaiaitu dengan diberikan keseluruhan daging korban kepada fakir miskin dalamkeadaan mentah, tidak boleh dimakan oleh orang yang melakukan korban dan ahlikeluarganya dan tidak boleh diberikan kepada orang kaya.

Namun mazhab Maliki dan Hanbali; korbanwajib tidak ada beza dengan korban sunat dari segi pengagihan dagingnya, iaituboleh dimakan sama oleh orang yang melakukan korban dan keluarganya dan bolehdiberikan kepada orang kaya.

2. Korban yang dilakukan bagi pihakorang telah mati (dengan wasiat darinya atau tidak) juga sama hukumnya seperti tadi di sisi mazhab Syafiie danHanafi; keseluruhan dagingnya menjadi hak fakir miskin, iaitu wajibdisedekahkan kepada mereka, tidak boleh dinikmati oleh orang yang melaku korbandan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya. Adapun di sisi mazhab Maliki danHanbali; ia sama seperti daging korban yang lain, cuma pahalanya sahaja pergikepada si mati.

Untuk penjelasan lebih lengkap tentang cara pengagihan daging korban, sila baca jawapan saya sebelum ini; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2006/12/cara-terbaik-mengagihkan-daging-korban.html).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyahal-Kuwaitiyyah, 5/103-104 (perkataan ‘udhiyah’).
2. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu,Dr. Wahbah az-Zuhaili.