Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog ilmudanulamak.blogspot.com

Rabu, 10 Ogos 2022

Soalan; jika anak mendapat wang pampasan kemalangan, apakah bapa atau ibu boleh menggunakan wang tersebut untuk diri mereka?

Jawapan;

Mengikut hukum umum, tidak harus mengambil harta orang lain tanpa izinnya. Sabda Nabi SAW:

لَا ‌يَحِلُّ ‌مَالُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إلَّا بِطِيبِ نَفْسِهِ
"Tidak halal harta seseorang melainkan dengan kerelaan hatinya" (HR al-Daruqutni. Nailul-Autar: 2425)

Namun ada pengecualian bagi harta anak di mana Nabi SAW bersabda kepada anak; 
.
‌أَنْتَ، ‌وَمَالُكَ ‌لِأَبِيكَ
"Kamu dan harta kamu adalah bagi bapa kamu" (Musnad Ahmad; 6902, Sy al-Arnaut; hasan lighairihi).

Berdalilkan hadis ini, diboleh bagi bapa mengambil atau menggunakan harta anak, namun -menurut ulamak- keharusan itu terikat dengan beberapa syarat;
1. Bapa memerlukan, 
2. Jangan sampai memudaratkan anak
3. Jika anak memerlukan, maka dia lebih berhak bagi harta itu,
4. Bapa mengambil untuk dirinya, bukan untuk diberikan kepada orang lain. 
(al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah).
.
Oleh kerana hadis hanya menyebut bapa, para ulamak khilaf tentang ibu. Sebahagian berkata; keharusan itu untuk bapa sahaja (berpegang dengan zahir hadis). Ada berkata; ibu seperti juga bapa, malah lebih dhaif dari bapa. 
.
Wallahu a'lam. 
.

Rabu, 1 September 2021

Sila baca jawapannya dalam laman baru ilmudanulamak.com. Sila klik.

Jumaat, 23 Oktober 2015

Soalan; Assalamu alaikum Ustaz. Saya nak tanya hukum beri nafkah kpd ibu-ayah tu wajib kan sbg anak laki..nafkah tu mesti dlm bentuk keperluan asas ke? (duit/pakaian lain2)..atau bole dlm bentuk lain? Sya tahu ayah-ibu sya takde masalah dgn duit..duit dorang pun lagi byk drpd sya..dan anak2 lain pun ada bg sumbangan sikit pd ayah-ibu. Jadi selama ni sya bagi dlm bentuk lain..sya belikan ayahibu sebuah kereta yg selesa utk kegunaan mereka..bulan2 sya yg bayar duit kereta ke bank..
Soalan sya, adakah sya telah dikira menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kpd ayahibu sya?..atau sya tetap juga kena bg cash walaupun sedikit?..
Mohon pencerahan drpd Ustaz ya. Terima kasih byk2.
 
Jawapan; 
 
Bismillah. Nafkah kepada ibu/bapa menjadi wajib ke atas anak jika ada dua syarat;
1. Ibu/bapa miskin (memerlukan saraan)
2. Anak mampu/berada.

Jika ibu/bapa kaya (berada, tidak memerlukan saraan dari orang lain), tidaklah wajib anak menafkahi mereka. Begitu juga, jika anak miskin tidaklah dia diwajibkan menafkahi mereka kerana seseorang tidak dibebani oleh Syarak dengan sesuatu di luar kemampuannya.

Sekalipun tidak wajib dinafkahi kerana mereka kaya (berada), namun jika anak ingin menafkahi/menyarai mereka atas dasar sukarela kerana ingin berbakti kepada mereka, itu adalah langkah yang baik dan digalakkan oleh Syarak kerana ia termasuk dalam pengertian Birru walidain (berbuat baik dan berbakti kepada dua ibu-bapa) yang disuruh oleh al-Quran dan hadis.

Bagi ibu/bapa yang wajib dinafkahi, ukuran nafkah ialah al-kifayah (yakni kadar yang menciukupi keperluan mereka). Ia merangkumi makanan asasi, lauk, pakaian, tempat tinggal, rawatan/ubatan dan sebagainya yang diperlukan. 
 
Wallahu a'lam.
 
Rujukan;
1. al-Fiqh as-Syafiie al-Muyassar, Syeikh Sayyid bin 'Abdillah at-Tidi, 211-212.
2. Hasyiyah al-Baijuri, 2/191.
 

Rabu, 7 Mei 2014

SUAMI ENGGAN BERKERJA DAN MENGABAIKAN NAFKAH

Soalan

Apakah hukum nya kalau seorang suami yg masih muda dan cergas lagi menggangur. Beliau tidak langsung mahu mencari pekerjaan sunnguh pun sang isteri sudah berkali2 menasihatkan dia untuk cari apa saja kerja tidak kira pendapatan atau gaji nya kecil dari gaji istri. Sang isteri yang bekerja terpaksa membiayai semua perbelanjaan rumah dan anak termasuk makan minum suaminya walau pun pendpatan isteri kecil.

Jawapan;

Bismillah,

1. Apabila seorang lelaki telah berkahwin dan berkeluarga, wajib dia menanggung nafkah isteri (*sekalipun isteri kaya atau bergaji) dan juga anak-anaknya mengikut yang sepatutnya, merangkumi tempat tinggal, belanja makan, pakaian dan sebagainya dari keperluan hidup.

Sabda Nabi SAW; “Ketahuilah bahawa hak mereka (yakni isteri-isteri kamu) ke atas kamu (yakni yang mesti kamu tunaikan) ialah kamu menyediakan dengan baik (keperluan) makanan dan pakaian untuk mereka” (Sunan at-Tirmizi; 1163, dari ‘Amru bin al-Ahwash RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh). 

Oleh itu, amat perlu seorang suami mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan yang membolehkannya menunaikan kewajipan memberi nafkah tersebut. 

2. Isteri sekalipun kaya dan bergaji, tidak dituntut menanggung nafkah dirinya dan keluarga (termasuk membiayai perbelanjaan rumah dan anak-anak) kerana itu adalah tanggungjawab suami. Suami tidak berhak memaksa isteri membelanjakan wangnya atau gajinya untuk perbelanjaan keluarga, kecuali dengan kerelaan isteri untuk membantu suami. Keengganaan isteri dalam hal ini tidak dianggap nusyuz.

 3. Atas sebab pengabaian nafkah oleh suami, isteri berhak menuntut cerai dari suami atau membuat tuntutan kepada Qadhi.

 Wallahu a’lam.

Isnin, 16 September 2013

Soalan; Assalamualaikum. Sy ada sedikit kekeliruantentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, sy pernah memberitahu suami bahawasy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan bebansuami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian.Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkatdan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayarbil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yangmengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila symemberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkitbahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteridlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitubelanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya diatas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda NabiSAW; “Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakniisteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya” (SohehMuslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA). Menurut ulamak;maksud rezki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempattinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1]Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteridan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak”.[2]

2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atasdasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlumenyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut samamenanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalamperkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal inisuami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secarabaik kepada isteri. Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagitermampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberidua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Inisebagaimana sabda Nabi SAW –tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yangmembelanjai suami dan anak-anaknya-; “Untuknya dua pahala; pahala qarabah(mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah” (Soheh al-Bukhari; 1466.Muslim; 1000).

3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluarberkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suamimelainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagianpendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepadakeizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengansyarat tersebut. Nabi SAW bersabda; “Orang Islam terikat dengan syarat (yangdipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal ataumenghalalkan yang haram” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Aufal-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]

Wallahu a’lam.


[1]Mirqaat al-Mafatih, Syeikh ‘Ali al-Qari (5/1772). Mir’aat al-Mafatih,al-Mubarakfuri (9/25).
[2]Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi (8/184).
[3]Fatawa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (2686).

Jumaat, 13 September 2013


Soalan; salam ustaz, sy nak tanyasoalan, siapakah yang wajib bertanggungjawab (dari segi nafkah) ke atas anak2yang kematian bapa? ibu masih ada tetapi kurang kemampuan

Jawapan;

Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah,

Dalam surah al-Baqarah (ayat 233) Allah menegaskan; “Dankewajipan bapa ialah menanggung nafkahdan pakaian mereka dengan cara yang berpatutan…Ahli waris pun (berkewajipan)seperti itu juga”.

Berdasarkan ayatini para ulamak menyimpulkan bahawa; kewajipan nafkah asalnya tertanggung diatas bahu bapa. Jika bapa tidak mampu atau mati, nafkah si anak ditanggung olehwaris-waris si anak (iaitu kerabat-kerabatnya yang akan mewarisi darinya)merangkumi ibunya sendiri, datuknya, neneknya, saudaranya, bapa saudaranya dansebagainya lagi yang dapat mewarisi darinya. Jika waris ramai, tanggungannafkah wajib dikongsi mengikut kadar pewarisan masing-masing. Sebagaicontohnya; jika si anak hanya mempunyai nenek dan saudara lelaki sahaja, makanenek wajib menanggung 1/6 nafkahnya dan saudara lelaki pula nafkah selebihnyaiaitu mengikut kadar pewarisan mereka. Ini merupakan pandangan mazhab Hanbaliberdalilkan ayat di atas.

Menurut mazhabSyafiie; nafkah anak wajib di tanggung oleh usul-usulnya (iaitu bapa, ibu,datuk, nenek hingga ke atas) dengan didahulukan usul lelaki ke atas usulperempuan. Selama masih ada usul lelaki (bapa, datuk hingga seterusnya), nafkahtidak ditanggung oleh usul perempuan (ibu, nenek hingga seterusnya). Bagi anakyang kematian bapa atau bapanya tidak mampu, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuknya,diikuti oleh bapa kepada datuknya hinggalah seterusnya ke atas. Yang lebihdekat didahulukan dari yang jauh. Jika si anak mempunyai datuk dan juga bapakepada datuknya, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuk kerana ia lebih dekat.Jika sama-sama dekat (seperti si anak mempunyai datuk sebelah bapa (iaitu bapakepada bapanya) dan juga datuk sebelah ibu (iaitu bapa kepada ibunya), kewajipannafkah dikongsi bersama. Apabila tidak ada lansung datuk atau datuk yang adatidak mampu, barulah kewajipan nafkah berpindah kepada usul-usul perempuan(iaitu ibu atau nenek atau yang lebih atas).

Perlu disebutkan;kewajipan menanggung nafkah orang lain tertakluk kepada kemampuan. Jika tidakmampu, tidaklah seseorang itu dibebani oleh Syarak untuk menanggung nafkahorang lain sedang nafkahnya sendiri tidak tertanggung. Hal ini telah disepakatiulamak. Maksud kemampuan itu ialah mempunyai lebihan setelah ditolak keperluandiri sendiri sama ada dari hartanya sedia ada atau dari pendapatannya. SabdaNabi SAW; ““Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu.Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untukahli kerabat kamu. Jika ada suatu lebihan lagi setelah itu, maka untuk beginidan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (SohehMuslim; 997, dari Jabir RA).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mausu’ahal-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 41/79, 41/81 (perkataan ‘nafaqah’).
2. Hasyiyahal-Baijuri ‘Ala Ibnu Qasim, 2/192.
3. Raudhatuat-Thalibin, Imam an-Nawawi, 8/56-57.