Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog ilmudanulamak.blogspot.com

Isnin, 12 Mei 2014

HUKUM TAHI CICAK DAN TAHI ANJING KERING

Soalan.
Assalamualaikum.
1, semasa solat terkena /terpijak tahi cicak kering,bagaimana dengan solatnya.
2, terpijak tahi anjing kering.perlukah samak/sertu.

Mohon penjelasan.terima kasih.

Jawapan;Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah,

1. Segala jenis tahi adalah najis. Apabila terkena pakaian, wajib dicuci sebelum memakainya ketika solat. Jika menyedari ada najis pada pakaian setelah solat, solat batal dan wajib diulang semula. Jika ingin memakai pakaian itu, wajib membasuh kawasan yang dikenai najis, kemudian baru memakainya untuk solat. Najis hanya dimaafkan jika terlalu sedikit, payah dijaga dan sukar dielakkan. Najis yang dianggap sedikit ialah yang tidak kelihatan oleh mata, contohnya; lalat yang hinggap di baju kita. Kemungkinan ada najis yang dibawanya, namun najis itu dimaafkan kerana tidak dilihat oleh mata, lagipun sukar menjaga lalat dari menghinggap kita. Adapun tahi cicak, ia dapat dilihat oleh mata, kerana itu dikira banyak dan tidak dimaafkan. Maka wajiblah diulangi semula solat.

Itu adalah menurut mazhab Syafiie. Sebahagian ulamak (antaranya mazhab Maliki) berkata; najis dikira banyak apabila melebihi saiz satu dirham . Jika kurang dari saiz itu, dikira sedikit dan dimaafkan. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 40/114).

2. Menurut ulamak; najis ketika kering tidak akan berpindah kepada orang/objek yang menyentuhnya. Maka apabila kita menyentuh najis ketika kita kering dan najis itu juga kering, tidak dituntut kita membasuh anggota/pakaian kita yang menyentuh najis itu kerana pemindahan najis tidak berlaku. Maka apabila pakaian kita terkena tahi cicak kering (atau kita memijaknya), memadai dengan kita membuangnya dan tidak wajib kita membasuh pakaian/pakaian kita. Hukum yang sama bagi kes terpijak tahi anjing kering.Namun jika tahi kering itu melekat pada pakaian atau anggota kita dan kita hanya menyedarinya selepas solat, solat kita dikira batal kerana kita solat dalam keadaan membawa najis. Hendaklah dibuang najis kering itu, kemudian ulang semula solat.

Wallahu a’lam.

Rabu, 18 September 2013

Soalan; assalam..ustaz,apakahhukum makan daging landak..? ianya juga buas dan bertaring..trm ksh.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah,wassolatu ‘ala Rasulillah.

Yang dilarang oleh hadisialah binatang buas bertaring yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkamdan membunuh mangsanya. Saya tidak pasti apakah landak mempunyai gigi taringyang berfungsi sebegitu. Adapun pandangan para ulamak tentang landak adalah sepertiberikut;

1. Mazhab Hanafi danHanbali; haram memakannya kerana ia tergolong dalam binatang-binatang merayap/merangkakyang dipandang keji (khabaith), iaitu satu kelompok dengan tikus. Dalamal-Quran Allah berfirman (dengan maksud); “Dan dia (yakni Nabi Muhammad SAW)mengharamkan ke atas kamu yang keji-keji” (surah al-A’raf, ayat 157).

2. Mazhab Maliki dan Syafiie;harus memakannya kerana walaupun ia dari jenis merangkak, namun tidak dipandangkeji oleh manusia, kerana itu ia tidak termasuk dalam ayat tadi. Dalam kitabHayah al-Hayawan al-Kubra –kitab turas yang membincangkan tentang haiwan-haiwan-,pengarangnya (ad-Dumairi, wafat 808 hijrah) menjelaskan; Imam Syafiie berkata; “Landakhalal dimakan kerana orang-orang Arab memandangnya sebagai makanan yang elok/baik”(2/361). Diantara kaedah dalam mazhab Syafiie -dalam menentukan jenis haiwan yang halaldan yang haram-; “Setiap haiwan yang dipandang elok/baik oleh orang Arab makaia adalah halal, kecuali terdapat dalil Syarak yang mengharamkannya”.[1]

Ada diriwayatkan Nabi SAWbersabda; “Landak adalah dari binatang-binatang yang keji” (Musnad Imam Ahmad;5954. Sunan Abu Daud; 3799. Dari Abu Hurairah RA). Namun ulamak-ulamak hadismenegasnya; sanad hadis ini adalah dhaif kerana terdapat beberapa rawi yangmajhul[2], tidak boleh dijadikan hujjah dalam hukum-hakam. Kerana itu para ulamakmasih berikhtilaf tentangnya (landak). Ulamak yang berpandangan dia binatangyang baik/elok, mereka menghalalkannya. Yang berpandangan dia binatang yangkeji, mereka mengharamkannya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mausu’ahal-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/144 (perkataan “at’imah”).
2. Kifayatul Akhyar, hlm.522-523.
3. Hayah al-Hayawanal-Kubra, Muhammad bin Musa ad-Dumairi, 2/361.
4. al-Fiqh al-Manhaji,3/69.


[1] Kifayatul Akhyar, hlm. 522-523. Namunorang Arab yang menjadi rujukan dalam masalah ini ialah;
a) Orang-orangArab yang hidup pada zaman Nabi SAW.
b) Yanghidup/tinggal di bandar dan kawasan yang subur atau yang berhampiran dengannya.Ini kerana orang-orang Arab yang tinggal di kawasan pedalaman dan hidupberpindah-randah kebiasaan mereka memakan apa sahaja binatang yang melata danmerangkak.
c) Yangmempunyai tabi’at yang bersih.
d) Dirujukketika musim subur dan senang (yakni bukan ketika musim kebuluran dan melaratyang menyebabkan mereka terpaksa makan apa sahaja yang ada).
(Lihat;Kifayatul Akhyar, hlm. 522-523dan Al-Fiqh al-Manhaji; 3/69).

[2] Lihat; Bulughul-Maram, Imam Ibnu hajar(kitab al-At’imah; 1365) dan Tahqiq Musnad Ahmad, Syeikh Syu’aib al-Arnaut danbeberapa ulamak yang lain (hadis no. 8954).

Soalan; salam ustaz, boleh tolong jelaskan kepada sayatentang korban nazar dan bagaimanakah sesuatu korban itu boleh menjadi korbannazar.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.

Hukum asal ibadah korban menurut jumhur ulamak (termasukmazhab Syafiie) ialah sunat muakkad iaitu sunat yang amat dituntut dan makruhmeninggalkannya bagi yang mampu. Ia berubah menjadi wajib apabila dinazarkan. Nazarbermaksud; seorang mukallaf dengan pilihannya sendiri telah melafazkan ucapanuntuk mewajibkan ke atas dirinya suatu amalan yang asalnya tidak wajib (iaitusunat sahaja), dengan ucapannya itu amalan tersebut menjadi wajib atas dirinya.Ucapan nazar itu boleh dengan bahasa nazar itu sendiri seperti berkata; ‘Jikasembuh sakitku, aku bernazar untuk bersedekah” dan boleh juga dengan bahasalain yang mewajibkan ke atas diri seperti berkata; “Jika Allah menyembuhkansakitku, wajib atas diriku bagi Allah sedekah dengan nilai sekian sekian”.

Bagi ibadah korban, ia menjadi nazar apabila seorangberkata; “Aku bernazar untuk berkorban pada tahun ini”, atau berkata; “Wajib keatas diriku bagi Allah berkorban pada tahun ini” atau berkata; “Jika sakitkusembuh, wajib atas diriku untuk berkorban pada tahun ini”. Bagi lafaz terakhir(iaitu “jika sakitku sembuh, wajib atas diriku berkorban”) korban hanya menjadiwajib jika perkara yang diikat dengan korban itu benar-benar berlaku (dalam kesini; sembuh dari sakit). Ia dinamakan nazar muqayyad (iaitu nazar berkait). Adapunnazar dengan lafaz sebelumnya dinamakan nazar mutlak (nazar bebas).

Nazar wajib dilaksanakan kerana Allah berfirman (yangbermaksud); “(Di antara sifat orang-orang yang baik/taat ialah) mereka memenuhinazar mereka…” (surah al-Insan, ayat 7). Nabi SAW bersabda; “Sesiapa bernazaruntuk mentaati Allah (yakni bernazar untuk melakukan suatu amalan ketaatan),hendaklah dia mentaati Allah (dengan melaksanakan nazarnya itu)” (Sohehal-Bukhari; 6696, dari ‘Aisyah RA).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/78(perkataan ‘udhhiyah’), 40/136 (perkataan ‘nazr’).

Selasa, 10 September 2013

Soalan;  assalamualaikum wr.wb pak ustad saya mau tanya bagaimana hukumnyadaging gajah dan kuda untuk di makan...,,????

Jawapan;

Bismillah, walhadulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Daging gajah

Menurut jumhur ulamak (mazhab Hanafi, Syafi’ie danHanbali); daging gajah haram dimakan kerana ia tergolong dalam binatangbertaring.  Abu Tsa’labah al-Khusyani RAmenceritakan; “Nabi SAW telah melarang kami dari memakan daging haiwan yangbertaring dari binatang-binatang buas” (Soheh al-Bukhari; 5530, 5780. SohehMuslim; 1932).

Maksud bertaring ialah haiwan yang menggunakan gigi taringnya untukmenerkam dan membunuh mangsanya (an-Nihayah. Al-Majmu’). Di antara contoh yangdisebut ulamak bagi binatang-binatang jenis ini ialah; anjing, kucing, singa,harimau, serigala, gajah, kera dan seumpamanya (lihat; Nailul-Autar,as-Syaukani; 1/131. Al-Majmu’, an-Nawawi; 9/14. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyahal-Kuwaitiyyah; perkataan “At’imah”).

Menurut mazhab Maliki; haiwan-haiwan yang haram dimakanhanyalah yang disebut keharamannya di dalam al-Quran (antaranya surah al-An’am,ayat 145), iaitu; “bangkai, darah dan daging babi”. Binatang-binatang yang tidakdisebut dalam ayat ini tidaklah haram memakannya. Adapun binatang-binatang yangbertaring tadi; makruh memakannya kerana dilarang oleh hadis. Jadi, menurutmazhab Maliki; larangan Nabi SAW dalam hadis tadi adalah larangan makruh, bukanlarangan haram (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah).

2. Daging kuda

Daging kuda halal memakannya kerana kehalalannya telahsabit dari hadis-hadis Nabi SAW. Asma binti Abu Bakar RA menceritakan; “Kamipernah menyembelih seekor kuda pada zaman Nabi SAW dan memakannya” (Sohehal-Bukhari; 5510, 5519).  Jabir binAbdullah RA menceritakan; “Nabi SAW menegah kami dari memakan daging kaldaipada hari Khaibar dan membenarkan kami memakan daging kuda” (Soheh al-Bukhari;5520. Muslim; 1941).

Wallahu a’lam.