Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog ilmudanulamak.blogspot.com

Rabu, 16 Februari 2022

Soalan; Assalamu'alaikum Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, guru yg saya muliakan krn ALLAH TA'ALA.

Mohon pencerahan mengenai solat jama'/qasr dan status bermukim dan musafir :

Jika kita ada dua rumah satu di Perlis satu di Selangor dan kita selang seli berada di kedua tempat,  adakah keduanya dianggap kediaman di mana apabila sampai shj dari pemusafiran dah x boleh jama'/qasr?

Dgn kata lain, adakah sebaik tiba dari pemusafiran di kedua rumah berkenaan status kita otomatik menjadi bermukim?

Atau adakah rumah yg kita tinggal lebih lama tu sahaja yg dianggap kediaman manakala rumah kita dok balik sekali sekala tu dah x dianggap kediaman?

JAWAPAN;

Orang yang ada dua rumah, jika dia tinggal menetap di satu rumah dan satu rumah lagi dia hanya bertandang ke situ sekali sekala sahaja, maka rumah pertama yang dikira tempat mastautinnya (yakni kediaman tetapnya). Di situ tidak harus dia menjamakkan dan mengqasarkan solat. Adapun di rumah satu lagi, jika ia bertandang ke situ, harus baginya jamak dan qasar solat jika jarak dari rumah pertamanya ke situ melebihi 2 marhalah (90KM) dan dia tidak berhasrat/berniat menetap di situ 4 hari penuh (tidak termasuk hari tiba dan hari akan keluar). Jika dia berhasrat tinggal di situ 4 hari penuh, tidak harus lagi dia melakukan jamak dan qasar sebaik sampai di situ kerana dia telah menjadi muqim (yakni orang yang tinggal di satu tempat dalam tempoh yang lama).

Adapun jika ia tinggal di kedua-dua tempat/rumah (yakni berulang alik), maka kediaman mastautinnya ialah di rumah paling lama dia menetap di situ. Jika tempoh menetapnya di kedua-dua rumah adalah sama, maka hendaklah dilihat pula di rumah mana menetap isteri dan anak-anaknya, maka rumah itu di kira/dianggap kediaman mastautinnya. Jika di kedua-dua tempat terdapat isteri dan anak-anaknya, maka kedua-dua rumah itu dikira kediaman mastautinnya dan tidak harus dia melakukan jamak dan qasar sebaik tiba di kedua-dua kawasan kediaman tersebut. Yakni, dia hanya dibolehkan jamak dan qasar dalam perjalanan sahaja jika jarak di antara dua kawasan itu mencapai 2 marhalah (90 KM).

Wallahu a'lam.

Rujukan;

Khamis, 21 Mei 2020

Jawapan; menurut ulamak, syarat khatib hendaklah seorang lelaki. Maka jika jamaah wanita bagi solat hari raya itu diimamkan oleh seorang lelaki, sunat dia menyampaikan khutbah hari raya untuk mereka. Namun jika diimamkan oleh wanita, tidak disunatkan dia berkhutbah. Memadai dengan tazkirah atau nasihat jika hendak dilakukan.
.
Imam Qalyubi menjelaskan; "Jika jemaah wanita (bagi solat hari raya itu) diimamkan seorang wanita, tidak (disunatkan) dia berkhutbah untuk mereka. Jika salah seorang dari mereka sekadar menyampa nasihat/peringatan -bukan berkhutbah- dibolehkan" (Hasyiyah Qalyubi wa al-'Umairah 'ala Syarh al-Mahalli, 1/305).
.
Wallahu a'lam.

Jawapan; ya, disunatkan seseorang (lelaki) menyampaikan khutbah setelah solat hari raya jika solat dilakukan berjamaah termasuk yang dilakukan di rumah, rombongan musafir atau sebagainya. Dalam kitab Mughni al-Muhtaj dinyatakan; 

"Disunatkan menyampaikan 2 khutbah setelah solat hari raya bagi yang melakukannya berjamaah sebagai mengikuti sunnah Nabi SAW dan Khulafak Rasyidin, tanpa dibezakan bagi maksud berjamaah itu antara orang-orang musafir dan selain mereka. Malah (disunatkan khutbah tersebut) sekalipun jika solat ditunaikan diluar waktunya (qadha)" (Mughni al-Muhtaj, al-Khatib al-Syirbini, 1/423).
.
Dalam mazhab Syafiie, khutbah solat hari raya mesti dengan dua khutbah, tidak cukup satu khutbah. Dijelaskan dalam kitab yang sama; "Jika hanya satu khutbah sahaja, tidak cukup (untuk mendapat pahala sunat berkhutbah tadi)" (1/423).
.
Oleh kerana hukum khutbah sunat sahaja, maka tidaklah menjejaskan solat hari raya jika dilakukan tanpa khutbah. Maka bagi suami atau ketua keluarga yang tidak mampu berkhutbah, memadai dengan mengerjakan solat sahaja bersama keluarga.
.
Wallahu a'lam.
.

Soalan; Assalamualaikum Ustaz mohon beri sedikit pencerahan berkenaan hukum solat jumaat bila hari raya jatuh hari jumat?

Jawapan;

Para ulamak berbeza pandangan dalam masalah tersebut;

1) Menurut ulamak-ulamak mazhab Imam Ahmad (Hanbali); apabila hari raya jatuh pada hari jumaat, gugur kewajipan jumaat dari keseluruhan lelaki yang telah menghadiri solat hari raya sama ada mereka masyarakat tempatan (yakni yang tinggal dalam kawasan didirikan jumaat) atau dari pedalaman (yakni tinggal di luar kawasan jumaat). Jadi yang wajib ke atas mereka semua ialah melakukan solat zohor menggantikan jumaat.

Mereka berdalilkan hadis dari Zaid bin Arqam RA yang menceritakan; "Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi SAW -yang kebetulan jatuh pada hari jumaat-, maka baginda memberi kelonggaran kepada solat jumaat, di mana baginda berkata; "Sesiapa ingin melakukan solat jumaat, lakukanlah" (HR Abu Daud (1070) dan Ibnu Majah (1310) dengan sanad yang baik (al-Majmu'; 5/559).

Dalam hadis lain, baginda bersabda; "Telah berhimpun pada hari ini dua raya (yakni raya 'ied dan raya jumaat), maka sesiapa ingin (untuk tidak menghadiri jumaat), maka solat hari rayanya mencukupi sebagai ganti jumaatnya. Adapun kami, maka kami tetap akan melakukannya" (Sunan Abu Daud; 1073, . Sunan Ibnu Majah; 1311, 1312. Hadis jayyid biyawahidihi).

2) Menurut mazhab Hanafi; tidak gugur jumaat dari keseluruhan mereka (yakni masyarakat tempatan dan yang dari pedalaman), yakni walaupun mereka telah menghadiri solat hari raya pada paginya, wajib pula menghadiri solat jumaat pada tengaharinya kerana solat jumaat adalah ibadat yang berbeza dari solat hari raya di mana ia adalah wajib, sedang solat hari raya sunat sahaja.

3) Menurut mazhab Syafiie; kewajipan solat jumaat yang jatuh pada hari raya hanya gugur dari orang pedalaman sahaja, yakni apabila mereka telah menghadiri solat hari raya pada paginya, tidak wajib lagi mereka menghadiri solat jumaat pada tengaharinya, kerana (pada zaman dahulu) menimbulkan kesukaran untuk berulang alik dua kali dari pedalaman ke kota. Adapun bagi masyarakat tempatan (yang tinggal dalam kawasan didirikan jumaat), kewajipan solat jumaat tidak gugur dari mereka, yakni wajib mereka menghadiri solat jumaat sekalipun pada paginya mereka telah menghadiri solat hari raya serta khutbahnya.

Mazhab Syafiie berdalilkan hadis dalam Soheh al-Bukhari yang menceritakan; pada zaman Saidina Usman RA pernah hari raya jatuh pada hari jumaat, maka beliau berkata dalam khutbahnya; "Wahai hadirin sekelian, telah berhimpun dua raya pada hari kamu ini (yakni raya 'ied dan raya jumaat), maka sesiapa dari kamu yang datang dari kampung/pedalaman yang ingin menunggu solat jumaat, silakanlah. Sesiapa yang ingin pulang, silakanlah. Aku mengizinkannya untuk kamu" (Soheh al-Bukhari; 5572).

Kesimpulannya, melihat kepada realiti hari ini, hanya ada dua pandangan bagi masalah tersebut;

1) Pandangan pertama (mazhab Hanbali); gugur solat jumaat bagi orang yang telah menghadiri solat hari raya. 

2) Pandangan kedua (jumhur ulamak; antaranya mazhab Hanafi dan Syafiie); kewajipan solat jumaat tidak gugur sekalipun solat hari raya dihadiri. Adapun pembahagian penduduk tempatan dan dari pedalaman (yang disebut mazhab Syafiie), pembahagian itu tidak wujud lagi hari ini, kerana ketika ini masjid jumaat wujud dalam setiap qariah (meliputi bandar, pekan dan kampung/pedalaman). 

Rujukan;

1. al-Majmuk (Imam an-Nawawi); 5/557-560.
2. Mausu'ah Masail al-Jumhur (Dr. Muhammad Na'im Sa'ie), 1/222.
3. Fahul Bari (Imam Ibnu Hajar al-Asqalani), 11/114.
4. 'Aunul Ma'bud (al-Allamah Muhammad Syamsul Haqq al-Azim Abadi), 2/429.
5. as-Syarh al-Kabir (Imam Ibnu Qudamah), 2/194.
6. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami (Dr. Wahbah az-Zuhaili), 1/256.
7. Rahmatul Ummah (Syeikh Muhammad bin Abdirrahman ad-Dimasyqi), hlm. 54.


SOLAT SUNATISYRAQ

Sabda Nabi SAW;

مَنْ صَلَّى الغَدَاةَفِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّىرَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Sesiapa menunaikan solatsubuh berjamaah, kemudiannya dia duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbitmatahari, kemudian dia bersolat pula dua rakaat, maka amalannya itu pahalanyaseumpama pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yangsempurna” (Sunan at-Tirmizi; 586.  DariAnas RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan gharib).

Menurutulamak; solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebaik terbit matahari itu ialahsolat sunat isyraq.[1]Namun para ulamak berbeza pandangan dalam menentukan; adakah solat isyraq itusolat tersendiri atau tergolong dalam solat dhuha?

1.Pandangan pertama; ia adalah solat tersendiri, bukan solat dhuha. Dilakukan sebanyakdua rakaat, dengan niat solat sunat isyraq, bermula waktunya sebaik sesudah terbitmatahari (isyraq) dan meninggi kira-kira segalah iaitu setelah berlalu masadilarang solat dan tamat waktunya bila matahari agak meninggi (yakni waktunyatidak berlanjutan sebagaimana waktu dhuha, iaitu sehingga matahari berada ditengah langit). Pandangan ini dikeluarkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnyaIhya’ Ulumiddin dan merupakan pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafiie.[2]

2.Pandangan kedua; ia bukan solat tersendiri, akan tetapi solat dhuha, iaitu solatdhuha paling awal, yang dilakukan apabila matahari telah meninggi kadar segalah(iaitu kira-kira 20 minit selepas terbit matahari) iaitu setelah keluar waktumakruh solat,[3]dan hendaklah dilakukan dengan niat solat dhuha.[4]  Dalam mazhab Syafiie, pandangan inidisebutkan oleh Imam ar-Ramli (Ahmad bin Hamzah ar-Ramli) dalam fatwanya[5],dan turut ditarjih oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam Fatawa Kubranya,al-Malibari dan ad-Dumyati.[6] Diantara dalil yang menyokong pandangan yang kedua ini ialah lafaz hadis mengikutImam at-Tabrani di mana Nabi SAW bersabda;

مَنْ صَلَّى صَلَاةَالصُّبْحِ فِي مَسْجِدِ جَمَاعَةٍ يَثْبُتُ فِيهِ حَتَّى يُصَلِّيَ سُبْحَةَ الضُّحَى،كَانَ كَأَجْرِ حَاجٍّ، أَوْ مُعْتَمِرٍ تَامًّا حَجَّتُهُ وَعُمْرَتُهُ
“Sesiapamenunaikan solat subuh di masjid secara berjamaah, (kemudian) dia kekal didalam masjid sehingga menunaika solat sunat dhuha, pahalanya sepertiorang yang mengerjakan haji dan umrah secara sempurna” (al-Mu’jam al-Kabir,at-Tabrani; 7663. Dari Abu Umamah RA).[7]

Turutdinaqalkan dari Ibnu ‘Abbas RA yang menyebutkan; solat isyraq adalah solatdhuha.[8]

Wallahu a’lam.




[1]Mirqaat al-Mafatih (Syeikh ‘Ali al-Qari), 2/770, hadis no. 971.
[2]Lihat; fatawa al-Kubra (Imam Ibnu Hajar), 1/188. Hasyiyah al-Jamal, 1/485. Hasyiyahal-Bujairmi ‘ala al-Khatib, 1/420. Fathul Mu’in, hlm. 164.
[3]Mirqat al-Mafatih, Syeikh ‘Ali al-Qari, 2/770, hadis no. 971. Tuhfah al-Ahwazi,Syeikh al-Mubarakfuri, 3/506.
[4] Fatawaal-Kubra (Imam Ibnu Hajar al-Haitami), 1/177.
[5] KataImam ar-Ramli; “Yang muktamad, solat isyraq adalah solat dhuha (Fatawaar-Ramli, hlm.124). Lihat juga; Hasyiyah al-Jamal, 1/485.
[6]Lihat; Imam al-Malibari dalam kitabnya Fathul Mu’in (hlm. 164) dan ad-Dumyatidalm I’anatu at-Tolibin, 1/393.
[7] Tuhfahal-Ahwazi, Syeikh al-Mubarakfuri, 3/506. Bughyat al-Muttawwi’ (Syeikh MuhammadBazamul), hlm. 103.
[8]Kifayatu al-Akhyar, hlm. 88. Bughyat al-Muttawwi’, hlm. 101.


GALAKAN BERTERAWIH BERSAMA IMAM HINGGA TAMAT

Sabda Nabi SAW;

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَكُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ

“Sesiapaberqiyam (Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya),akan ditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam” (Sunanat-Tirmizi; 806. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh).


Abu Zar RA menceritakan; Nabi SAW bangunberibadah bersama kami pada malam ke 5 (sebelum tamat Ramadhan, iaitu malam ke25 Ramadhan) hingga ke pertengahan malam. Lalu kami berkata kepada baginda; ‘WahaiRasul Allah, jika engkau dapat menambah lagi solat bersama kami pada malam inialangkan baiknya’. Lantas baginda bersabda (kepada mereka); “Orang yang berqiyam(Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya), akanditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam” (Sunan at-Tirmizi;806).

Menurut ulamak; hadis ini menjadi dalil bagikelebihan solat terawih berjamaah, dan galakkan kepada orang yang berterawihbersama imam untuk menyelesaikan keseluruhan terawihnya bersama imam (sama adaimam bersolat 11 rakaat atau 23 rakaat atau sebagainya), supaya ia mendapatkelebihan umpama bersolat sepanjang malam yang disebut oleh hadis di atas.

Berkata Imam Ahmad; ‘Hendaklah dia (yakniorang yang berqiyam Ramadhan bersama imam itu) mengerjakan solat bersama orangramai (yakni para makmum yang lain) hingga dia berwitir bersama mereka dantidak pulang hinggalah imamnya selesai dari solat’ (Tuhwah al-Ahwazi, 3/236).

Maka berpandukan  taujihat dari hadis dan huraian ulamak diatas, sebaiknya orang yang ingin bersolat terawih dengan 11 rakaat sahaja,mereka tidak bermakmumkan imam yang solat 23 rakaat dan pulang sebelum imammenyelesaikan terawihnya. Sebaiknya mereka mencari masjid atau mushalla yangmengerjakan terawih hanya 11 rakaat sahaja, supaya dapat berterawih bersamaimam dari awal hingga akhirnya, agar berpeluang mendapat fadhilat yang disebutoleh Nabi SAW dalam hadis di atas.

Wallahu a’lam..

Rujukan;

1.   Fatawa Syeikh Soleh al-Munajjid (https://islamqa.info/ar/153247).
2.   Tuhfah al-Ahwazi (Syeikh al-Mubarakfuri), 3/228,236).


Soalan; orang yang pengsan atau komaberhari-hari, adakah dia wajib mengqadha solat dan puasa yang dia tinggalkansemasa sedang koma/pengsan itu?

Jawapan;

1. Orang yang sedang dalam koma/pengsan gugur kewajipan ibadat darinya (termasuk solat dan puasa). Adapun tentang qadha, maka bagi ibadat puasa, telah ijmak sekelian ulamak bahawa koma/pengsan tidak menggugurkan kewajipan mengqadha puasa. Maka orang yang tertinggal puasanya kerana koma/pengsan dia wajibmengqadha semua puasa yang ditinggalnya semasa sedang koma/pengsan itu apabila ia sembuh dari sakitnya (yakni tersedar dari koma/pengsannya). 

Jika komanya berterusan hingga saat kematiannya, hendaklah digantikan puasanya dengan fidyah sebagaimana sabda Nabi SAW; "Jika seseorang itu sakit dalam bulan Ramadhan, kemudian mati tanpa sempat menggantikan puasanya, maka hendaklah diberi makan (kepada orang miskin) bagi pihaknya dan tidak ada qadha atasnya" (Sunan Abu Daud; 2401, dari Ibnu 'Abbas RA).

2. Adapunsolat, maka para fuqahak berbeza pandangan seperti berikut;

a)  Menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Maliki danSyafiie)[1];orang yang koma atau pengsan tidak dituntut mengqadha solat yang luput darinyasepanjang tempoh koma/pengsannya, kecuali jika ia tersedar pada suatu waktusolat ketika waktu masih ada (maka wajiblah dia menunaikan solat tersebut). Saidatina‘Aisyah RA menceritakan; ‘Dia bertanya Nabi SAW berkenaan seorang lelaki yang pengsan,lalu menyebabkan dia meninggalkan solat (adakah wajib dia mengqadha solatnya?’.Maka baginda menjawab; “Tidak dituntut dia mengqadha solatnya, kecuali diapengsan dan tersedar ketika waktu solat masih ada, maka wajiblah diamengerjakan solat tersebut” (Sunan ad-Daruqutni; 1860. As-Sunan al-Kubra,al-Baihaqi; 1820).

b) MenurutImam Abu Hanifah; jika jumlah solat yang tertinggal semasa koma/pengsan itu kurangdari lima solat, wajiblah dia mengqadhanya. Namun jika lebih dari 5 solat(iaitu 6 dan ke atas), tidaklah dituntut lagi dia mengqadha solat-solatnya.

c) Menurutmazhab Hanbali; orang koma/pengsan wajib mengqadha ke semua solat yang diatinggalkan semasa sedang koma/pengsan sama ada bilangan banyak atau sedikit,berdalilkan amalan sahabat Nabi SAW iaitu ‘Ammar RA yang pengsan selama tigahari. Apabila ia sedar dari pengsannya, dia mengqadha ke semua solat yangditinggalnya dalam tiga hari itu. Pandangan yang sama turut di riwayatkan darisahabat Nabi bernama Samurah bin Jundab RA.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1.   Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/267-268.
2.   Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 3/7 (kitab as-Solah) dan 6/872 (kitab as-Shaum).




[1] Imaman-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya al-Majmu’; “Sesiapa hilang akalnya dengansebab yang tidak diharamkan (Syarak) seperti menjadi gila atau koma/pengsanatau hilang akal dengan sebab sakit atau meminum suatu ubat kerana keperluanatau dipaksa meminum suatu minuman yang memabukkan hingga hilang akalnya, tidakwajib solat atasnya dan bila ia tersedar, tidak diwajibkan qadha solat atasnyasama ada singkat atau lama tempoh gila dan pengsannya itu. Inilah yang menjadimazhab kami (mazhab Syafiie)…. Namun jika hilang akal itu dengan sebab suatu yang diharamkanseperti dia meminum arak dengan sengaja, dengan tahu dan dengan pilihan sendiri(tanpa paksaan) atau meminum suatu ubat -yang diketahuinya boleh memabukkan- tanpaada keperluan hingga menyebabkan akalnya hilang, tidak sah solatnya ketika itudan bila akalnya kembali (yakni dia tersedar), wajib dia mengqadha solatnya  (al-Majmu’, 3/6).

Selasa, 25 Oktober 2016

Soalan; sedikit sambungan soalan ustaz, mengenai rukun qauli semasa salam pertama, adakah wajib qauli setakat assalamualaikum atapun sampai habis assalamualaikum warahmatullah.

Jawapan;

Sekurang-kurang memberi salam ialah; Assalamu alaikum. Paling sempurna; Assalamu alaikum warahmatullah. Hadis dari Ibnu Mas'ud RA menceritakan; Nabi SAW memberi salam ke kanan dan ke kiri, dengan melafazkan;

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
(Sunan at-Tirmizi; 295. Sunan Abu Daud; 996. Hadis hasan soheh).

Menurut mazhab Syafiie, tidak disunatkan menambah; wabarakaatuh. Sebahagian ulamak (mazhab Hanbali) membolehkan tambahan; wabarakaatuh, berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin RA yang menceritakan;

صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ»، وَعَنْ شِمَالِهِ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ»
"Aku solat bersama Nabi SAW, maka baginda memberi salam ke kanannya dengan melafazkan; Assalamu 'alaikum warahmatullah wabarakaatuh, dan ke kiri dengan lafaz; Assalamu alaikum warahmatullah" (Sunan Abu Daud; 997).

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Minhaj at-Tolibin, Imam an-Nawawi.
2. Mughni al-Muhtaj, Syeikh al-Khatib as-Syirbini.
3. Kasysyaf al-Qina' 'an Matn al-Iqna', Syeikh Mansur al-Bahuti (1/361).

Soalan; Salam ustaz. Mohon bertanya ustaz.
Mengenai menoleh ketika memberi salam dalam solat. http://fiqh-am.blogspot.my/2009/06/solat-memberi-salam.html?m=1Saya musykil apakah dalil boleh untuk tidak menoleh dan memadai jika hanya memandang ke hadapan. Saya pernah terbaca riwayat dari perlakuan isteri Nabi S.A.W tapi adakah dalil lain mengenai hal ini ustaz? Terima kasih ustaz
Jawapan;

Terdapat hadis dari 'Aisyah RA yang menceritakan; "Nabi SAW memberi salam dengan sekali salam sahaja ke arah hadapannya" (Sunan at-Tirmizi; 296. Sunan Ibnu Majah; 919).

Berdalilkan hadis ini, dibolehkan memberi salam dalam solat sekali sahaja tanpa menolah ke kanan dan ke kiri. Namun yang sempurna ialah memberi salam dua kali; kali pertama dengan berpaling ke kanan dan kali kedua dengan berpaling ke kiri, berdalilkan hadis dari Ibnu Mas'ud RA yang menceritakan;

"Rasulullah SAW memberi salam (dengan menoleh) ke kanan dan ke kirinya hingga pipi baginda yang putih dapat dilihat (oleh orang yang solat dibelakangnya)" (Sunan at-Tirmizi; 295. Sunan Abu Daud; 996).

Wallahu a'lam.

Soalan; jika saya masuk kedalam masjid dan azan sedang berkumandang. Mana yang terbaik; saya terus solattahiyyatul masjid atau saya menjawab azan terlebih dulu, kemudian baru lakukansolat tahiyyatul masjid?

Jawapan; Sebaiknya jawablahazan terlebih dahulu dan membaca doa setelah azan, setelah itu barulah lakukansolat tahiyyatul masjid supaya kita dapat menghimpunkan kedua-dua fadhilat;iaitu fadhilat menjawab azan dan fadhilat melakukan solat tahiyyatul masjid. Kadar masa menjawab azan adalah singkat sahaja, maka tidak luput solat tahiyyatul masjid apabila seorang yang memasuki masjid berdiri seketika untuk menjawab azab sebelum melakukan solat tahiyyatul masjid (Kasyfu al-Ltsam, 1/39).
 
Dikecualikanpada hari jumaat apabila kita sampai ke masjid ketika azan kedua, makasebahagian ulamak berkata; sebaiknya kita terus saja melakukan solat tahiyyatulmasjid (tanpa menunggu untuk menjawab azan) agar kita dapat mendengar khutbahdari awal kerana mendengar khutbah lebih utama dari menjawab azan. Inilah yangdifatwakan oleh mazhab Hanbali. Sebahagian ulamak berkata; yang afdhal kitalakukan sebagaimana yang dinyatakan awal tadi iaitu kita menjawab azan terlebihdahulu, kemudian baru lakukan solat tahiyyatul masjid agar kita memperolehi duafadhilat. Pandangan inilah yang difatwakan oleh mazhab Syafiie.

Rujukan; 

1. Kasyfu al-Litsam (Syeikh Zainul 'Abidin bin Muhammad al-Fatoni), 1/39.
2. Fatawa as-Syabakah al-Islamiyyah (http://www.islamweb.net),no. fatwa; 33483, 1503.