Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog ilmudanulamak.blogspot.com

Jumaat, 11 Julai 2014

Soalan; Asallamulaikum ustaz): nak tanya ni..AKU nak mendalami ilmu islam ni, tapi BOLEH tak hanya dengan belajar melalui laman sosial tanpa bersua muka,((contohnya aku sedang bertanya dengan ustaz sekarang ni..)) apakah Hukumnya??

Jawapan;

Bismillah. Menuntut ilmu boleh dengan apa saja cara; membaca dari buku, mengadap guru secara lansung atau bertanyakan ulamak. Namun pastikan sumber ilmu itu benar, agar ilmu yang diperolehi juga benar. Imam Ibnu Sirin pernah memesan; "Ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agama kamu" (Soheh Muslim, mukadimahnya). Oleh itu, sebelum membaca buku, pastikan siapa penulisnya, dan sebelum merujuk ke laman sosial, pastikan siapa pengendalinya. Wallahu a'lam.

Soalan; saya ada satu soalan, tadi sy terjumpa di facebook. seorang hamba Allah ini screen shot status ssorang hamba Allah yang lain yang menulis ayat al-quran dalam rumi.
mcm ni gambar yang saya bagi. Hamba Allah tersebut mengatakan bahawa haram membaca ayat al-quran selain dari bahasa arab. adakah benar? dan bagaimana pula sekiranya seseorang itu baru hendak mengenal dan membaca al-quran rumi? adakah ianya berdosa? kerana saya pernah tanya seseorang, dia cakap tak apa. tapi jangan terlalu bergantung sangat dengan al-quran rumi.

Jawapan;

Bismillah. Para ulamak telah memfatwakan haram menulis al-Quran dengan tulisan selain Arab (seperti tulisan rumi dan sebagainya) kerana ia boleh merubah bunyi al-Quran, sekaligus merubah maknanya. Sebagai contoh dalam surah al-Ikhlas bertulisan rumi di atas; apabila kalimah "الله الصمد" (bermaksud; Allah tempat bergantung") dituturkan dengan "Allahus-Samad" kerana mengikut bacaannya dalam rumi, maknanya menjadi "Allah adalah yang berterusan" atau "Allah adalah baja". Perhatikan perbezaan makna yang terlalu menyimpang. Keadaan yang serupa akan berlaku kepada banyak kalimah lagi di dalam al-Quran jika dibenarkan penulisannya dengan rumi, kemudian dibaca oleh orang yang tidak mengetahui bahara Arab.

Imam Ibnu Hajar menegaskan dalam Fatwanya; "Para ulamak telah ijmak melarang menulis al-Quran mengikut lafaz hijaiyyah (yakni tidak mengikut resam uthmani), maka lebih-lebih lagilah dilarang menulis al-Quran dengan bahasa 'ajam (yakni bahasa bukan Arab), di sampingi penulisan al-Quran dengan bahasa bukan Arab itu akan menyebabkan berlaku perubahan pada lafaz al-Quran yang bersifat mukjizat...." (al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/38).

Syeikh az-Zurqani dalam kitabnya Manahil al-'Irfan menjelaskan; "Para ulamak kita telah melarang penulisan al-Quran dengan huruf bukan 'Arab...Lujnah Fatwa al-Azhar bila ditanya tentang penulisan al-Quran dengan huruf-huruf Latin, maka jawapan yang diberikan; 'Tidak diragui bahawa huruf-huruf Latin yang sedia diketahui (hari ini) tidak memiliki beberapa huruf yang menepati bahasa Arab, maka ia tidak dapat memenuhi dengan sempurna fungsi huruf-huruf bahasa Arab. Maka jika ditulis al-Quran dengan huruf-huruf Latin itu akan berlaku kekurangan/kecacatan dan perubahan pada lafaznya, dan ekoran darinya akan berlaku perubahan makna dan merosakkan maknanya...Telah ijmak para ulamak sekelian bahawa sebarang tindakan terhadap al-Quran yang yang membawa kepada pemindaan kepada lafaznya atau merubah maknanya, ia dilarang sama sekali dan haram secara putus...." (Manahil al-'Irfan, 2/134).

Wallahu a'lam.

Khamis, 3 Oktober 2013

Soalan; assalamu alaikum, ustaz. Saya ada mengambil anakangkat dari kecil. Bolehkah saya buat aqiqah untuknya? terima kasih

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.

‘Aqiqah anak pada hukum asalnya dituntut dari orang yang menanggungnafkah si anak (iaitu bapa atau datuknya. Bagi anak luar nikah, aqiqahnya dilakukanoleh ibu kerana ibunya yang wajib menanggung nafkahnya). Jika hendak dilakukanoleh orang lain, hendaklah dengan keizinan mereka. Tanpa keizinan mereka,aqiqah itu tidak dikira. Itulah yang menjadi pandangan jumhur ulamak termasukmazhab Syafiie.

Ada juga ulamak berpandangan; asalkan berlaku sembelihan untuksi anak dengan niat aqiqah sudah dikira aqiqah untuknya tanpa diambil kirasiapa melakukannya. Ini berdalilkan sabda Nabi SAW; “Anak kecil dipertaruhkandengan aqiqahnya, iaitu disembelih (ternakan) untuknya pada hari ke 7, diberinama dan dicukur kepalanya” (Jami’ at-Tirmizi; 1522, hasan soheh). Dalam hadisini Nabi SAW hanya menyebutkan ‘disembelih (ternakan) untuknya’ tanpa Nabimenentukan siapa sepatutnya melakukannya, maka dengan berlakunya sembelihan denganniat aqiqah, terhasillah aqiqah untuk si anak sekalipun dilakukan orang asing(Fathul-Bari; 9/595. Subulussalam; 2/542).

Merujuk kepada soalan saudara, jika bapa atau datuk anakitu masih hidup, seeloknya saudara meminta keizinan mereka untuk melakukanaqiqah untuknya. Jika mereka sudah tiada, tidak dapat dikesan atau sukardihubungi sekalipun masih ada, bolehlah saudara melakukan aqiqah untuknyadengan memakai pandangan kedua tadi. Insya Allah ia menambah lagi amalkebajikan saudara untuk anak itu selain kesudian saudara menjaga danmembelanya.

Rujukan;

1. Sabilal-Muhtadin, hlm. 912.
2. Fathul-Bari, 9/595.
3. Subulus-Salam;
3. Fatawa as-Syabakah al-Islamiah, no; 111169, 15671.