Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog ilmudanulamak.blogspot.com

Soalan; ustaz, adakah boleh kita berpuasa enam sebelum mengqadha puasa Ramadhan yang tertinggal?

Jawapan; 

Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar'ie (seperti wanita yang kedatangan haid di bulan Ramadhan, berbuka kerana sakit, musafit dan sebagainya), harus baginya untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal, kemudian baru berpuasa qadha Ramadhan (sama ada dalam bulan Syamal atau selepasnya), kerana qadha Ramadhan baginya adalah wajib muwassa' iaitu kewajipan yang diberi tempoh masa yang panjang untuk melaksanakanya iaitu hingga sebelum menjelang Ramadhan tahun hadapan (lebih kurang 11 bulan), sedang puasa enam pula tempoh masanya pendek iaitu hanya dalam bulan Syawal sahaja.

Adapun orang yang meninggalkan puasa Ramadhan tanpa ada sebarang uzur Syar'ie (yakni meninggalkan puasa tanpa sebarang keuzuran), wajib dia segera mengqadha puasanya sebaik selepas hari raya. Maka tidak harus dia berpuasa enam sebelum menyelesaikan puasa qadha.

Pandangan di atas adalah sebagaimana pandangan jumhur ulamak (iaitu mazhab Hanafi, Maliki dan Syafiie). Ada juga ulamak (iaitu mazhab Hanbali) berpandangan; diharamkan berpuasa sunat (termasuk puasa enam) melainkan setelah menyelesai puasa qadha Ramadhan.

Walaupun harus (mengikut pandangan jumhur di atas), namun yang terbaik -jika mampu banyak berpuasa dalam bulan Syawal- ialah menyelesaikan dahulu puasa Qadha, baru diikuti dengan puasa enam. Jika tidak mampu, bolehlah berpuasa enam terlebih dahulu dan menganjak puasa qadha ke dalam bulan-bulan yang lain.

Untuk lebih jelas; baca jawapan berkaitan;

NIAT SEKALI; PUASA QADHA DAN PUASA SYAWAL

MENGHIMPUNKAN PUASA ENAM DENGAN PUASA QADHA

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Fatwa Lujnah Fatwa Negara Jordan (http://aliftaa.jo), no. fatwa; 2958.
2. Fatwa Syeikh Khakid bin Abdullah al-Muslih (https://ar.islamway.net/fatwa/33660).
3. Fatwa Syeikh Khalid bin Abdul Mun'im ar-Rifa'ie (https://ar.islamway.net/fatwa/38703).


Jumaat, 29 Jun 2018

Soalan; kalau sedang makan sahur, lepas tu bunyi azan, boeh kah kita terus habiskan makanan tu? Saya confuse sebab ada yang kata boleh teruskan makan walaupun azan.

Jawapan;

Jika diyakini subuh telah masuk (sama ada dengan mendengar azan atau melihat jam), wajib berhenti makan termasuk meluahkan apa yang ada di dalam mulut. Jika ditelan, batal puasa pada hari itu.

Ya, ada yang keliru dengan sabda Nabi SAW; "Jika salah seorang dari kamu mendengar azan, sedang bekas air telah berada di tangannya, janganlah dia letakkan bekas hingga dia selesai minum dari bekas itu" (HR Abu Daud).

Para ulamak menjelaskan, azan yang dimaksudkan itu adalah azan pertama, kerana azan pagi pada zaman Nabi dibuat 2 kali; azan Bilal dan azan Ibnu Ummi Maktum. Azan Bila sebelum masuk waktu subuh. Azan Ibnu Ummi Maktum apabila telah masuk subuh. Nabi SAW bersabda;

"Bila kamu mendengar azan Bilal, teruskan makan dan minum hingga kamu mendengar azan Ibnu Ummi Maktum (maka berhentilah makan)" (HR al-Bukhari dan Muslim).

Rujukan;

1. A - Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya, hlm. 72.

1. Puasa berkualiti apabila kita berjaya mencapai tujuan puasa yang dinyatakan Allah dalam al-Quran iaitu takwa.
"Wahai orang-orang beriman, difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya (dengan puasa itu) kamu dapat bertakwa kepada Allah" (surah al-Baqarah, 183). 

Darjat takwa amat tinggi di sisi Allah. Allah berfirman; "Sesungguhnya orang termulia di kalangan kamu adalah orang yang paling bertakwa" (surah al-Hujuraat, ayat 13).

Kerana itu, syurga tidak diciptakan melainkan untuk orang bertakwa. "Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang bertakwa" (surah Ali Imran, ayat 133).

2. Puasa berkualiti apabila kita menghadapi puasa dengan persediaan jiwa dan jasmani. Kerana itu kita disurah oleh Nabi SAW untuk berniat puasa pada malamnya (sebagai persediaan jiwa) dan bersahur (sebagai persediaan jasmani). Sabda Nabi SAW; 

"Sesiapa tidak berniat puasa pada malam hati sebelum terbit fajar, tidak ada puasa baginya (yakni tidak sah puasanya)" (HR Imam Ahmad, Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah, dari Hafsah RA). 

Baginda bersabda juga; "Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan" (HR al-Bukhari dan Muslim, dari Anas RA).

3. Puasa berkualiti jika kita berjaya mengubah diri melalui penghayatan puasa, iaitu kita muncul sebagai insan yang lebih baik setelah berpuasa. Ini kerana setiap ibadah jika dilakukan dengan betul, akan mendekatkan kita dengan Allah dan apabila semakin dekat dengan Allah akhlak dan keperibadian kita menjadi semakin baik dan cemerlang. Kerana itu Nabi SAW bersabda;

"Seorang yang ketika sedang berpuasa masih  bercakap yang batil dan melakukan perbuatan yang batil, Allah tidak perlu kepada puasanya" (HR al-Bukhari dan Abu Daud, dari Abu Hurairah RA).

4. Puasa berkualiti jika kita berjaya membendung nafsu; nafsu makan, ketamakan kepada dunia, nafsu marah, dengki/iri hati, suka mengumpat, memandang rendah orang lain dan sebagainya. Dengan puasa kita dilatih membendung nafsu makan dan nafsu seks, maka kenapa kita tidak perluaskan kepada nafsu-nafsu yang lain untuk mengawalnya. Orang yang berupaya mengawal nafsu, dia akan berjaya mengharungi kehidupan untuk menuju kepada matlamatnya. Seorang yang dikuasai nafsu, nafsu akan meruntunnya dan akhirnya dia tenggelam dalam lautan nafsu dan tidak berjaya sampai kepada matlamatnya. Allah berfirman;

"Adapun orang yang takut saat dia akan berdiri mengadap Tuhannya nanti (di akhirat) dan dia menahan diri dari menurut hawa nafsunya, maka syurgalah tempat kediamannya" (surah an-Nazi'at, ayat 40-41).

5. Puasa berkualiti jika kita terdidik -melalui puasa- untuk mendahulukan orang lain dari diri sendiri, kerana mementingkan diri termasuk nafsu yang dicela agama. Malah semua ibadat tanda keberkesanannya nampak pada sejauhmana keperihatinan kita terhadap nasib orang lain di sekeliling kita. Dalam al-Quran, Allah pernah menyebutkan tentang orang yang bersolat, namun masih binasa, iaitu orang yang solat sambil lewa, menunjuk-nunjuk dengan solatnya dan tidak terdorong untuk membantu orang susah. 

"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli solat, iaitu mereka yang lalai dari solat mereka, yang bersikap riyak (dalam ibadat atau bawaan mereka), serta mereka enggan memberi pertolongan (kepada orang susah)" (surah al-Ma'un, ayat 4-7).

Kerana itu -sebagai tanda keperihatinan kita kepada orang lain di bulan puasa- kita digalakkan memberi makan orang berpuasa (terutamanya mereka yang miskin). Sabda Nabi SAW;

"Sesiapa memberi makan berbuka kepada kepada orang berpuasa, untuknya pahala orang berpuasa itu tanpa kurang sedikitpun" (HR at-Tirmizi, dari Zaid bin Khalid RA, hadis hasan sahih).

Begitulah sebahagian rahsia puasa. Jika kita rajin merenung ibadat-ibadat yang disyariatkan Allah, kita akan mendapati banyak rahsia di sebalik ibadat yang diperintahkan Allah agar kita melakukannya. Kita akan menjadi insan yang hebat hasil dari didikan ibadat-ibadat itu, lantas kita berterima kasih kepada Allah kerana mewajibkan kita melakukannya. Dengan penuh kerelaan kita melakukannya tanpa ada rasa terpaksa, kerana kita tahu ibadat-ibadat itu faedahnya adalah untuk kita walapun niat kita ketika melakukannya adalah kerana Allah.

MAKAN SELEPAS WAKTUIMSAK

Soalan; jika saya masih makan ketika waktu imsak telah tiba,adakah puasa saya batal?

Jawapan;

Waktumula berpuasa ialah apabila terbitnya fajar sodiq (yakni masuknya waktu solatsubuh). Di dalam al-Quran, Allah membenarkan kita untuk makan hinggalahterbitnya fajar (sodiq), setelah itu barulah disuruh memulakan puasa. FirmanAllah (bermaksud); “dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitamiaitu  fajar (sodiq). Kemudiansempurnakanlah puasa hingga (datang) malam (iaitu terbenam matahari)…” (surah al-Baqarah, ayat 187).

Adapun waktu imsak yangditetapkan oleh pihak berkuasa agama (biasanya 10 minit sebelum masuk waktusubuh) hanyalah tanbih (peringatan) sahaja, iaitu untuk memperingatkan orangyang hendak berpuasa bahawa waktu untuk mula berpuasa sudah amat hampir. Maka orangyang masih menikmati makanan ketika waktu imsak itu tidaklah terbatal puasanyaasalkan ia berhenti makan sebelum masuk waktu solat subuh.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1.      Tafsir al-Jalalain (surahal-Baqarah, ayat 187).

2.      Fatawa Syeikh Mustafa al-Zarqa,hlm. 172-173. 

DalamSoheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan;

أَنَّالنَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ
“Nabi SAW berbekam ketika beliau sedang berpuasa” (Sohehal-Bukhari; 1938).

Hadisini menjadi dalil bagi keharusan berbekam ketika sedang berpuasa. Proses bekammelibatkan pengeluaran darah dari badan. Dengan merujuk hukum berbekam itu,para ulamak hari ini mengharuskan orang berpuasa menderma darah atau menjalankanujian darah kerana ia juga membabitkan proses yang sama (iaitu pengeluarandarah dari tubuh).

Namunkeharusan tersebut bersyarat, iaitu tidak dikhuatiri tubuh menjadi lemah hinggaterpaksa berbuka puasa. Jika ada kekhuatiran tersebut, dilarang berbekam ataumenderma darah atau menjalankan ujian darah, kecuali jika darurat (yaknikeadaan terpaksa). Dalam Soheh al-Bukhari juga, terdapat hadis dari Tsabital-Bunani yang menceritakan; pernah ditanya kepada Anas bin Malik RA (sahabatNabi); ‘Adakah kamu semua (para sahabat) memakruhkan berbekam kepada orangberpuasa?’. Dia menjawab; “Tidak, kecuali jika boleh melemahkannya” (Sohehal-Bukhari; 1940).


Menurutpenjelasan Imam an-Nawawi; “Keharusan berbekam oleh orang berpuasa merupakanpandangan mazhab Syafiie, Imam Malik dan Abu Hanifah, serta jumhur para sahabatdan kebanyakan fuqahak” (lihat; al-Majmuk, 6/349).

Soalan; Saya ada mendengarada hadis berkata; “sahur itu membawa barakah”. Apa maknanya ustaz?

Jawapan;

Ya,terdapat hadis dari Nabi SAW yang menyebutkan;

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

 “Bersahurlah kerana dalam sahur itu adabarakah” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik RA Bulughul-Maram,hadis no. 616).


Perkataan ‘berkat’atau ‘barakah’ banyak disebut oleh Allah di dalam al-Quran dan juga oleh NabiSAW di dalam hadis-hadisnya. Dari segi makna bahasa Arab, al-barakah (البركة) bermaksud; ziyadah (tambah), numuw(tumbuh), sa’adah (kebahagiaan) dan kathratul-khair (banyakkebaikan).[1] Dari segi makna Syarak, barakahbermaksud terdapatnya limpahan kebaikan Ilahi (Allah) pada sesuatu. Maka suatuyang diberkati bermaksud; suatu yang dilimpahi kebaikan dari Allah.[2]

Khusus bagi sahur, menurut Imam Ibnu Daqiq al-‘Id; barakah pada sahur merangkumi aspek ukhrawi danduniawi;
1.   Aspek ukhrawi(yakni faedah akhirat); sahur itu adalah sunnah Nabi SAW. Setiap pengamalansunnah membawa barakah iaitu pahala dan tambahan pahala dari Allah di akhirat.
2.   Aspek duniawi; sahur memberi kekuatan kepadatubuh untuk menghadapi ibadah puasa, menyenangkan tubuh,tidak memaksanya di luar kemampuannya.
(Lihat; Ihkamal-Ahkam syarh ‘Umdatil Ahkam, Imam Ibnu Daqiq al-‘Id, 2/9).

Menurut Imam an-Nawawi; keberkatan sahur –selaindari memberi kekuatan untuk menghadapi ibadah puasa-, adajuga ulamak menyebutkan; keberkatan sahur ialah kerana ia membangkitkan manusiapada waktu yang mulia, iaitu waktu turunnya rahmat Allah dan dimakbulkan doadan istighfar (yakni waktu dari tengah malam hingga sebelum terbit fajar). Mudah-mudahanorang yang bangun bersahur dapat melanjutkan amalannya dengan mengambil wudhukdan bersolat sunat atau amalan bersahur itu akan membiasakannya untuk berjaga malamuntuk beribadah dengan berzikir, berdoa dan bersolat malam (Lihat; Syarah SohehMuslim, al-Imam an-Nawawi, 7/206).

Memandangkan banyakbarakah dan kebaikan yang akan diperolehi dari bersahur, maka Nabi SAW amatmenggalakkan kita bersahur sekalipun dengan makanan yang sedikit;

تَسَحَّرُوا وَلَوْ بِجَرْعَةِ مَاءٍ
“Bersahurlahwalaupun dengan seteguk air” (Hadis riwayat Imam Ibnu Hibban dan Abu Ya’la dariAnas bin Malik RA. Hadis ini telah disohehkan oleh Ibnu Hibban. Lihat; Tuhfahal-Ahwazi, hadis no. 642). 

Wallahu a’lam,



[1]Mukhtar as-Sihhah. Al-Qamus al-Muhit. Dr. Mustafa al-Bugha (Syarah al-Bukhari,hadis no. 1037).
[2] Al-Mufradaat(Imam Ar-Raghib al-Asfahani).

Soalan; Orang yang tidak mengerjakan solat lima waktu, bagaimana dengan puasanya? adakah sah? dan adakah diterima Allah?

Jawapan;

Dari segi ilmu fiqh,ibadah yang dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukunnya, ibadatitu dikira sah (gugur kewajipan dari pelakunya dan tidak perlu lagi diulangi). Namun,ibadat yang sah dari segi fiqh, belum tentu diterima Allah (yakni diberipahala), kerana di dalam al-Quran dan hadis ada disebutkan factor-faktor luaranyang menyebabkan amalan ditolak (tidak diberi pahala). Sebagai contohnya, NabiSAW bersabda;

مَنْأَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَلَيْلَةً
“Sesiapa bertemu tukangtilik, lalu bertanyakan sesuatu (dari tilikan), tidak akan diterima solatnyaselama 40 malam” (Soheh Muslim; 2230/125. Dari beberapa isteri Nabi RA).

MenurutImam an-Nawawi; maksud ‘tidak diterima solatnya’ ialah; tidak ada pahalauntuknya sekalipun solatnya dikira (iaitu gugur kefardhuan darinya dan tidakperlu lagi dia mengulanginya) (lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi,14/227, hadis no. 2230/125).

Khususberkaitan dengan orang yang meninggalkan solat, Nabi SAW bersabda;

مَنْتَرَكَ صَلاَةَ العَصْرِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ
“Sesiapameninggalkan solat asar (dengan sengaja), sesungguhnya rosaklah amalannya”(Soheh al-Bukhari; 553.Dari Buraidah RA).

Menurut ulamak; maksud ‘rosaklahamalannya’; batal pahala amalannya (lihat; Minhatul Bari syarh Soheh al-Bukhari,Syeikh Zakaria al-Ansari, 2/268, hadis no. 553).

Jika meninggalkan satu solatsahaja amalan sudah binasa/rosak, bagaimana dengan  meninggalkan kesemua solat. Maka hadis di atasperlu menjadi peringatan kepada orang yang melakukan kebaikan (termasuk puasa)namun enggan solat, kemungkinan besar kebaikan mereka ditolak oleh Allah selamamereka tidak bertaubat (dengan kembali mengerjakan solat).

Apatahlagi puasadiperintahkan Allah dengan tujuan agar orang yang berpuasa bertakwa kepadaAllah (lihat; surah al-Baqarah, ayat 183). Tanda ketakwaan yang paling dasar –setelahsyahadah- ialah mengerjakan solat lima waktu. Jika kita berpuasa kerana takwa,tidak akan tergamak kita meninggalkan solat kerana kewajipan solat lebih besardari kewajipan puasa. Di awal surah al-Baqarah, Allah menyebutkan antara ciriorang bertakwa ialah; ‘Orang-orang yang sentiasa mendirikan solat’ (lihat; ayat3).

Wallahu a’lam.


Ahad, 28 Mei 2017

Soalan; apa kayu ukur bagi puasa saya, adakah ia sempurna atau tidak? diterima Allah atau tidak diterima?

Jawapan;

Berdasarkan beberapa ayat al-Quran dan hadis, kita dapat menyimpulkan tip-tip (petua) untuk mencapai puasa yang sempurna seperti berikut;
 
1.      Berpuasalah untuk memenuhituntutan iman, bukan hanya kerana adat atau kebiasaan berpuasa. Di dalamal-Quran, sebelum Allah menyuruh kita berpuasa, Dia memanggil kita terlebihdahulu dengan panggilan iman iaitu ‘Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkanke atas kamu puasa…” (lihat surah al-Baqarah, ayat 183). Nabi SAW jugabersabda; “Sesiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan kerana mengharapkanganjaran (di sisi Allah), akan diampunkan segala dosanya yang lalu” (Sohehal-Bukhari; 38. Dari Abu Hurairah RA).

2.      Berpuasalah dengan mengharap danmenghitung-hitung pahala di sisi Allah. Nabi SAW bersabda dalam hadis tadi; “Sesiapaberpuasa Ramadhan kerana iman dan kerana mengharap ganjaran (di sisi Allah)…”.Para ulamak mengsyorkan kepada kita agar sentiasa membaca hadis-hadis soheh tentangfadhilat amalan, supaya kita sentiasa mengingati ganjaran yang bakal kitaperolehi dari amalan yang kita kerjakan dan itu memberi semangat kepada kitauntuk terus beramal dan sentiasa memperelokkannya agar mendapat ganjaran yangsempurna. Khusus tentang puasa, hadis-hadis yang memperkatakan fadhilat puasacukuplah banyak.

3.      Pelajari tentang hakikat puasaagar kita dapat berpuasa dengan wajah sebenar mengikut yang dikehendaki Allahdan dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Apa sahaja ibadah adalah mustahil untukkita melakukannya dengan betul dan sempurna tanpa kita mengetahui hakikatnya.Kerana itu para ulamak menegaskan; “العلم يسبق العمل” (ilmumendahului amal).

4.      Mengetahui tujuan puasa danberusaha mencapainya. Bagi setiap ibadah, ada tujuan atau sasaran yang disebutAllah untuknya di dalam al-Quran atau al-Hadith untuk kita capai. Solat –sebagaicontohnya-, tujuannya ialah mengingati Allah. “Dan dirikanlah solat untukmengingatiku” (surah Toha, ayat 14). Apa tujuan puasa? Untuk mencapai takwa.Dalam ayat yang menyebutkan tentang kewajipan puasa tadi (iaitu ayat 183, darisurah al-Baqarah), Allah menegaskan di hujungnya; “…..agar (dengan puasa itu)kamu bertakwa (kepada Allah)”.

5.      Hendaklah menyedari bahawa semasaberpuasa kita sedang berada dalam ibadah. Tempoh puasa adalah panjang iaitudari mula masuk waktu subuh hinggalah tiba maghrib (terbenam matahari), iaitukira-kira 13 jam. Sepanjang tempoh itu kita sebenarnya berada dalam ibadah. Makajagalah ucapan dan tingkah laku kita sepanjang hari berpuasa itu kerana kitadalam ibadah. Nabi SAW sendiri mengingatkan kita; “Puasa itu tidak hanyamenahan dari makan dan minum, akan tetapi juga menahan dari ucapan sia-sia dankotor. Maka jika ada sesiapa mencela kamu atau menjahilkan kamu (jangan kamumembalasnya), akan tetapi jawab kepadanya; ‘Aku sedang berpuasa, aku sedangberpuasa’” (Soheh Ibnu Khuzaimah; 1996. Dari Abu Hurairah RA. Isnadnya soheh).Sebaliknya hendaklah kita banyak berzikir, beristighfar dan berdosa semasasedang berpuasa. Nabi SAW bersabda; “Ada tiga manusia yang tidak akan ditolakdoa mereka oleh Allah; (salah seorang dari mereka ialah) orang yang berpuasahinggalah ia berbuka” (Sunan at-Tirmizi; 3598. Dari Abu Hurairah RA. Hadishasan).

Wallahu a’lam.

Soalan; ustaz, kalau saya berpuasa pada 10 Muharram sahaja, tanpa berpuasa sehari sebelumnya iaitu 9 Muharram, adakah puasa 'Asyura saya diterima?

Jawapan;

Disunatkan kita berpuasa pada kedua-dua hari tersebut (9 Muharram dan 10 Muharram). Sunat puasa pada 10 Muharram berdalilkan hadis dari Abu Qatadah RA yang menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya berkenaan puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram). Lalu baginda menjawab;

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
“Puasa di hari ituakan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Hadis riwayat Imam Muslim; 1162/197).

Sunat puasa pada tanggal 9 Muharram pula berdalilkan hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan; TatkalaRasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar parasahabat turut berpuasa, mereka bertanya; ‘Ya Rasulullah! Bukankah ia (yakni‘Asyura itu) merupakan hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara? Lalubaginda bersabda; "Jika Tahun akan datang, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa padatanggal 9 (Muharram)". Berkata Ibnu ‘Abbas; ‘Belum sempat tiba tahun hadapan,Rasulullah SAW telah wafat’” (Soheh Muslim; 1134/133).

Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu harike 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi SAW telah berpuasa pada hari ke 10dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9. 

Tujuan berpuasa pada hari ke 9 ialah untuk berbeza dengan amalan orang-orang Yahudi dan Nasara yang hanya berpuasa pada hari ke 10. Menurut ulamak; boleh juga hari ke 9 itu diganti dengan hari ke 11 (yakni berpuasa pada 10 Muharram dan 11 Muharram), berdalilkan hadis Nabi SAW;

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، وَصُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَبُو بَعْدَهُ يَوْمًا
"Berpuasalah pada 'Asyura, akan tetapi hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Yahudi, iaitu dengan kamu turut berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya" (Riwayat Imam Ahmad dalam Fadhail as-Sihabah; 1951. Musnad al-Bazzar; 5238. Dari Ibnu 'Abbas RA).

Ada kalangan ulamak menggalakkan berpuasa pada ketiga-tiga hari itu (9, 10 dan 11 Muharram), antaranya Imam Syafiie yang menyebutnya dalam kitabNya al-Umm (Lihat; Asna al-Matalib Syarh Raudh at-Talib, 1/431 dan Mughni al-Muhtaj, 2/184).

Jika kita hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja, adakah puasa kita diterima? Menurut Imam Syafiie; tidak mengapa jika hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja (1) (Lihat; Fahul Mu'in, hlm. 59 dan I'anatu at-Talibin, 2/301).

Kesimpulannya, dibolehkan kita berpuasa pada hari 'Asyura sahaja (10 Muharram), namun yang terbaik ialah kita berpuasa juga pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram.

Wallahu a'lam.

Nota;

(1) Sebahagian ulamak berkata; makruh berpuasa pada 10 Muharram sahaja tanpa berpuasa sehari sebelumnya (9 Muharram) atau sehari selepasnya (11 Muharram), antara mereka ialah ulamak mazhab Hanafi (lihat; al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 11/12).

Rujukan;

1. A-Z Soal-Jawab Puasa, Solat Terawih, Zakat Fitrah & Hari Raya, Ahmad Adnan Fadzil, hlm. 126.
2. Asna al-Matalib Syarh Raudh at-Talib, Syeikh Zakaria al-Ansar, 1/431.
3. Mughni al-Muhtaj, Syeikh al-Khatib al-Syirbini, 2/184.
4. Fathul Mu'in, hlm. 59.
5. I'anatu at-Talibin, Syeikh Abu Bakar ad-Dumyati, 2/301.


Soalan; ustaz, apakah terdapat puasa yang disunatkan pada awal muharram?

Jawapan;

Kelebihan berpuasa pada 1 muharram secara khusus tidak disebut oleh Nabi SAW dalam hadis-hadisnya, namun kelebihan berpuasa dalam bulan muharram secara umum ada disebut oleh baginda;
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِالْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
“Puasayang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yangpaling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Soheh Muslim; 1163/202). 

Menurut ulamak; berdasarkan hadis ini, kita digalakkan banyak berpuasa dalam bulan Muharram.

Sebahagianulamak berkata; kelebihan bulan Muharram itu adalah kerana di dalamnya ada hari‘Asyura (10 muharram). AbiQatadah RA menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpuasa padahari ‘Asyura? Baginda menjawab;
 يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
“Puasa di hari ituakan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Soheh Muslim; 1161/197).

Namun menurut Imam al-Qurthubi; ‘Kelebihan bulan Muharram adalahkerana ia merupakan awal tahun. Apabila seseorang menyambut awal tahunnyadengan berpuasa, adalah diharapkan Allah akan mencukupkannya pada bulan-bulanselebihnya. Puasa adalah antara amalan hamba yang terbaik (kepada Allah) danpernah disebut oleh Nabi SAW sebagai dhiya’ (ضياء) yang bermaksud cahaya’(Dinaqal dari kitab; Raudhatul-Muttaqien Syarh Riyadhus-Salihien, jil. 3, hlm. 182).

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, 8/55.
2. Raudhatul-Muttaqien Syarh Riyadhus-Salihien, Syeikh Abdul Qadier 'Irfan, 3/182.
3. Al-Wajiz, Syeikh‘Abdul-Aziem Badawi, hlm. 206.

Soalan; Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"?

Jawapan;

Ya, harus diniatkan sekali mengikut fatwa sebahagian ulamak (antaranya Syeikh 'Atiyah Saqar dalam buku fatawanya; Min Ahsan al-Kalam). Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya.

Apabila berlaku pertembungan antara puasa qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;

a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa enam.

b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.

c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah menurut ulamak mazhab Syafiie; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, automatik (dengan sendiri) akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.

Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c).

Jawapan berkaitan; MENGHIMPUNKAN NIAT PUASA ENAM DENGAN PUASA QADHA

Untuk info tentang puasa enam, sila layari; (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-6-hari-syawal.html).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh ‘Atiyah Saqar, 2/22-23.
2. Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 213-214.
3. Fatawa al-Kalim at-Tayyib, Syeikh Dr. Ali Jumaat, 1/99.

Soalan; Adakah harus menghimpunkan niat puasa enam hari di bulan Syawal dengan puasa Qadha’ iaitu satu puasa untuk dua niat/tujuan?

Jawapan;

Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan; “Jika seseorang itu mampu menunaikan puasa qadha yang tertanggung atasnya terlebih dahulu (kerana berbuka pada bulan Ramadhan), kemudian baru dia berpuasa enam, itulah yang paling baik (afdhal) kerana Rasulullah SAW bersabda;

دَيْنُ اللهُ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَىَ
“Hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan” (HR Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas RA).

Boleh juga menghitung puasa enam itu bersama dengan puasa qadha yang dilakukan dalam syawal itu mengikut pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafiie[1]. Namun yang paling baik ialah mengasingkan kedua-duanya (yakni dilakukan berasingan) untuk mengelak pertikaian dari mazhab-mazhab lain, di samping dapat memperbanyakkan amal soleh.

Dan dibolehkan juga baginya untuk mendahulukan puasa enam dalam bulan syawal dan menangguhkan puasa qadha ke bulan-bulan yang lain sebelum tibanya Ramadhan yang baru”.

[1] Lihat dalam al-Majmu’, 3/235.

Jawapan berkaitan; NIAT SEKALI; PUASA QADHA DAN PUASA ENAM

Wallhu A’lam.

Rujukan;

1. Al-Kalimu at-Thayyib; Fatawa ‘Ashriyyah, Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah, hlm. 99.
2. Rujuk juga; Fatawa Min Ahsan al-Kalam, Syeikh Atiyah Saqar, 2/22-23.