Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog ilmudanulamak.blogspot.com

Soalan; ustaz, jika saya ingin menukar emas lama dengan emas baru, bolehkah saya trade in emas lama saya tu di kedai emas, kemudian ambil emas baru dari kedai tersebut dengan tambahan wang bagi harga emas baru itu?

Jawapan;

Pertukaran emas dan perak, jika dengan sama jenis (iaitu emas dengan emas atau perak dengan perak) perlu mematuhi dua syarat;

1. Mesti sama timbangannya (*walaupun yang satu darinya lebih elok dari yang satu lagi, kerana kelebihan sifat tidak diambil kira oleh Syarak untuk mengharuskan tambahan selagi kedua-duanya masih dari jenis yang sama),

2. Mesti secara tunai (tidak boleh bertangguh)

Jika pertukaran berlainan jenis (seperti emas dengan perak, atau emas dengan wang), perlu memenuhi satu syarat sahaja di atas, iaitu; mesti berlaku secara tunai. Adapun sama timbangan/berat tidak disyaratkan, maka boleh berlaku lebihan/kurangan pada tukaran.

Syarat di atas berdalilkan hadis Nabi SAW; "Pertukaran emas dengan emas dan perak dengan perak hendaklah bersamaan dan tunai. Sesiapa menambah atau minta ditambah (timbangan), maka dia melakukan riba di mana yang mengambil dan yang memberi sama-sama (berdosa)" (Soheh Muslim; 1584). Dalam hadis yang lain; "...jika berbeza jenis, juallah (mengikut timbangan) yang kamu kehendaki asalkan secara tunai" (Soheh Muslim; 1587).

Menurut jumhur ulamak (mazhab-mazhab empat); syarat di atas merangkumi juga pertukaran bagi emas/perak yang dijadikan perhiasan yakni yang telah direka-bentuk menjadi gelang, rantai, anting-anting dan sebagainya.

Oleh demikian -merujuk kepada soalan-, jika emas lama itu hendak ditukar direct dengan emas baru, mesti dengan berat yang sama. Tidak harus dikenakan sebarang lebihan/tambahan -sama ada berupa  emas juga atau berupa wang- kerana tambahan itu dianggap riba oleh Syarak (kerana pertukaran berlaku dengan yang sama jenis). Untuk mengelak riba ini, hendaklah pertukaran dibuat dengan wang terlebih dahulu (kerana jika pertukaran bukan dengan yang sama jenis, tidak disyaratkan sama timbangan sebagaimana yang dijelaskan tadi), iaitu emas lama dijual dulu dengan menerima RM (Ringgit malaysia), kemudian dengan RM yang diperolehi itu dibeli emas baru. 

Segelintir ulamak (antaranya Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim) mengecualikan dua syarat tadi bagi emas/perak yang telah menjadi perhiasan. Menurut mereka; emas yang tertakluk dengan syarat-syarat tadi ialah emas dan perak yang menjadi mata-wang (yakni dinar atau dirham). Adapun emas yang direka-bentuk (menjadi perhiasan), ia bukan lagi mata-wang, akan tetapi telah menjadi barangan, maka tidak terikat lagi dengan syarat tadi.

Pandangan yang ditarjih oleh rata-rata ulamak hari ini ialah pandangan jumhur tadi.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. a-Muamalat al-Maliyah fi al-Fiqh al-Islami (Syeikh Diban bin Muhammad ad-Diban), hlm. 273-322.
2. Fiqh Muamalat Harta (Ahmad Adnan Fadzil), hlm. 119.

Selasa, 3 Julai 2018


Soalan; assalamu alaikum ustaz. Boleh ustaz berikan sedikit panduan kepada saya tentang perniagaan secara online. Saya berhasrat untuk menceburinya. Apa yang patut saya pastikan supaya jualan online saya menepati Syariat?


Jawapan;



Islam membuka ruang seluasnya untuk manusia mencipta kaedah baru atau menceburi kaedah-kaedah baru dalam urusan kehidupan mereka. Kerana itu, para fuqahak hari ini mensepakati satu prinsip dalam Syariat iaitu "Hukum asas bagi segala urusan keduniaan adalah harus (yakni dibolehkan) selama tidak ada padanya sebarang larangan Syarak". Dalam perniagaan, antara unsur yang dilarang Syarak ialah;


1. Menjual barang/produk yang ditegah Syariat atau yang memberi mudarat kepada manusia.


2. Gharar; iaitu ketidakjelasan dalam akad, yakni tidak dipastikan dengan betul status barang/produk yang dijual atau harganya atau kedua-dua sekali. Adanya unsur gharar ini akan memberi kerugian kepada mana-mana pihak yang berakad dan menimbulkan pertikaian nanti.


Dalam hadis, dinyatakan; "Nabi SAW menegah jual-beli secara gharar" (Musnad Ahmad; 2752. Abu Daud; 3376. Hadis soheh).


3. Penipuan; dalam segala bentuknya. Sabda Nabi SAW; "Sesiapa menipu, maka dia bukan dari kalanganku" (Soheh Muslim; 102).


4. Riba; khususnya bagi perniagaan emas, perak dan mata wang. Sabda Nabi SAW; "Allah melaknat pemakan riba dan pemberi makan riba" (Soheh al-Bukhari; 5962).


5. Mungkir janji. Sabda Nabi SAW; "Di antara tanda munafik ialah; bila berjanji, ia mungkiri" (Soheh al-Bukhari; 33).


Maka untuk mengelak bisnes online yang dijalankan terlibat dengan unsur-unsur di atas, hendaklah dipenuhi perkara-perkara berikut;


1. Barang/produk yang saudara tawarkan dalam talian itu hendaklah halal


2. Hendaklah dipastikan pembeli berpeluang mengetahui barang/produk yang ditawarkan dengan jelas (jenis dan ciri-cirinya, serta harganya, bayaran khidmat posnya) melalui keterangan bertulis, lebih baik lagi jika berserta gambar atau video penerangan yang mencukupi. Ini untuk memastikan pembeli tidak tersalah memilih barangan yang diminati.


3. Jangan menambah-nambah ciri yang tidak ada pada produk/barangan, kerana itu adalah penipuan. Pembeli berhak memulang barang/produk yang dibeli dan meminta kembali wangnya apabila menyedari ia ditipu.


4. Hendaklah sentiasa memastikan stok masih ada, untuk mengelak dari pembeli membayar untuk barang yang tidak ada, lalu penjual menyalahi hadis Nabi SAW; "Jangan kamu menjual apa yang tidak ada padamu".


5. Jika produk/barang hanya didapatkan apabila ada tempahan pembeli, hendaklah saudara berakad dengan pembeli secara akad SALAM (akad tempahan), iaitu mereka membayar bukan untuk membeli, akan tetapi untuk menempah dan wajib saudara memenuhi tempahan itu mengikut ciri-ciri barang yang ditempah dan dalam tempoh yang dijanjikan.


6. Di antara perkara penting dalam akad Syarak ialah ijab dan qabul, iaitu bahasa persetujuan dua pihak (penjual dan pembeli) untuk berakad jual-beli. Ijab dan qabul mesti jelas dan mesti sama. Bagi perniagaan secara online ini, ijab dan qabul berlaku secara bertulis. Maka perlu disediakan form (borang) untuk diisi oleh pembeli dan pihak saudara hendaklah memberi respon -secara bertulis juga atau melalui telefon- sebaik maklumat belian sampai kepada saudara dan dengan respon itu, akad dikira muktamad.


7. Hendaklah ditentukan kaedah pembayaran dari pembeli dan kaedah untuk saudara mengesahkan pembayaran benar dibuat atau tidak.


8. Saudara berkomitmen penuh untuk memenuhi janji kepada pelanggan dalam menentukan kualiti barang dan keselamatan barang hingga sampai kepada mereka. Saudara bukan sahaja bertindak sebagai penjual, tetapi juga sebagai wakil bagi pihak pelanggan bagi memastikan barang sampai kepada mereka seperti yang dijanjikan.


9. Pembeli diberi hak khiyar oleh Syarak apabila barang/produk sampai kepada mereka. Hak khiyar bermaksud; pilihan untuk membatalkan akad (dengan memulangkan barang dan menuntut kembali wang) jika mendapati ada kecacatan pada barang atau barang yang sampai berbeza dari yang dibeli/ditempah.


Begitulah beberapa panduan bagi saudara yang ingin menceburi perniagaan secara online. Mudah-mudahan perniagaan saudara dimajukan Allah berkat kepatuhan kepada Syariat.


Wallahu a'lam.


Rujukan;

1. at-Tahzib fi Fiqh as-Syafiie (Imam al-Baghawi), 3/282-287.
2. Fatwa dalam laman (www.islamweb.net), fatwa no. 23846.
3. at-Tijarah al-Alatruniyah fi Dhau Ahkam as-Syariah (Dr. Husain Syahatah).
4. al-Masail al-Fiqhiyyah fi at-Ta'amulaat al-Iliktruniyah (Syeikh Hamzah Masyuqah), dalam laman Institusi Fatwa Jordan (https:www.aliftaa.jo), no. 1401.
5. Keputusan Majma' al-Fiqh al-Islami (no. 54/3/6), Sya'ban 1410 / Mac 1990 (di Jeddah).
6. Fiqh Mu'amalat Harta (Ahmad Adnan Fadzil).

Soalan; masyarakat Melayu adalah masyarakat kenduri. Banyak sungguh kenduri yang ada dalam masyarakat Melayu (sebagaimana disebut dalam tajuk, dan mungkin ada yang lain lagi). Adakah semua kenduri itu disyariatkan dalam agama Islam?

Jawapan;

1. Dari kenduri-kenduri yang disebutkan di atas, yang disuruh agama -secara khusus- ialah kenduri nikah. Nabi SAW bersabda kepada Abdurrahman bin 'Auf RA (yang baru berkahwin);

"Buatlah kenduri walaupun seekor kambing" (Soheh al-Bukhari; 2049. Muslim; 3492).

Menurut jumhur fuqahak (termasuk mazhab Syafiie); mengadakan kenduri nikah adalah sunat (digalakkan), tidaklah wajib. Sebagian fuqahak (iaitu Imam Malik, Ahmad dan mazhab Zahiri) berpandangan; wajib mengadakannya oleh yang mampu. 

Hukum memenuhi jemputannya pula, menurut jumhur fuqahak (ternasuk mazhab Syafiie); wajib memenuhi jemputan kenduri nikah jika tiada sebarang keuzuran, kerana Nabi SAW bersabda; "Sesiapa tidak memenuhi ajakan/jemputan kenduri (nikah), maka ia engkar kepada Allah dan RasulNya" (Soheh al-Bukhari; 5177. Muslim; 3521). Namun sebahagian ulamak berpandangan; tidaklah wajib, hanya sunat sahaja memenuhinya.

2. Adapun kenduri-kenduri yang lain (kenduri aqiqah, kenduri khatan, kenduri kesyukuran, jamuan hari raya dan sebagainya) tidaklah disuruh agama, namun jika dilakukan tidak pula dilarang agama, bahkan mendapat pahala jika dengan niat yang baik, kerana memberi makan orang lain secara umumnya amat digalakkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Sabda Nabi SAW; "Tiga perkara dapat mengangkat darjat; memberi salam, menjamu makan (orang lain) dan bangun solat malam" (Sunan at-Tirmizi; 3233. Hadis soheh).

"Sembahlah Tuhan ar-Rahman, jamulah makan dan berilah salam, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera" (Sunan at-Tirmizi; 1855).

Menurut pengarang Tuhfah al-Ahwazi; 'menjamu makan' sama ada atas nama sedekah (iaitu menjamu orang miskin) atau hadiah (iaitu menjamu untuk mengeratkan kasih sayang) atau dhiyafah (menjamu tetamu), semuanya masuk dalam pengertian hadis tersebut (5/269, syarah hadis no. 1854). 

Paling digalakkan ialah memberi makan orang yang memerlukan (orang miskin, penuntut-penuntut ilmu, gelandangan, tetamu dari luar, musafir/pengembara dan sebagainya). Allah berfirman;

"Namun manusia enggan menempuh jalan kesulitan (yang mengangkat darjatnya di akhirat)....iaitu memerdekan hamba, atau memberi makan pada hari kelaparan kepada anak yatim yang karib, atau orang miskin yang terdampar..." (surah al-Balad, ayat 11-16).

3. Menurut  mazhab Syafiie; kenduri-kenduri lain -selain kenduri nikah- hukum melakukannya adalah mustahabbah (digalakkan), namun tidaklah sekuat galakan kepada kenduri nikah. Memenuhi jemputan kenduri selain kenduri nikah itu juga mustahabbah (digalakkan menghadirinya), kerana Nabi SAW bersabda;

"Jika aku dijemput kepada suatu kenduri, pasti aku akan menghadirinya sekalipun yang dihidangkan hanya kaki kambing" (Soheh al-Bukhari; 2568).

Sedia diketahui, Islam amat membenci sifat berlebihan, membazir dan menunjuk-nunjuk. Maka dalam berkenduri, hendaklah dijauhi unsur-unsur yang dibenci Allah itu.

"Makanlah, serta minumlah, dan juga pula kamu melampau, kerana sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampau" (surah al-A'raf, ayat 21).

Rujukan;

1. Kifayatul Akhyar (Imam Taqiyyuddin al-Husni), hlm. 373.
2. ad-Darari al-Mudhiyyah (Imam Muhammad bin 'Ali as-Syaukani), hlm. 580.
3. Tuhfah al-Ahwazi (Imam Muhammad bin Abdurrahman al-Mubarakfuri), 5/269.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Soalan; Assalamu alaikum Ustaz. Saya ada satu soalan..kawan baik sya non muslim (david) ada sorang kawan muslim yg baru meninggal..sya ada bercerita pada David berkenaan amalan2 yg pahalanya berterusan meskipun telah meninggal dunia seperti amalan waqaf.

Soalan sya..apa hukum david mengeluarkan duit utk mewaqafkan sesuatu benda (seperti pokok kurma) bg pihak kawan muslim yg sudah meninggal.adakah amalan itu sah (sebab dilakukan oleh non muslim) dan adakah pahala itu smpi kpd simati?

Mohon pencerahan drpd ustaz. terima kasih banyak ustaz.
 
Jawapan;
 
Bismillah. Masalah tersebut masuk dalam perbahasan ulamak berkenaan wakaf orang kafir untuk kaum muslimin (seperti dia memberi wakaf untuk masjid dsbnya). Menurut para fuqahak (termasuk mazhab Syafiie): pada dasarnya wakaf dari orang kafir zimmi adalah sah. Namun pahala dari pemberiannya itu akan diganti Allah dengan habuan di dunia, adapun di akhirat tiada sebarang pahala untuknya. Terdapat hadis dari Nabi SAW dalam Soheh Muslim menyebutkan; "Adapun orang kafir, kebaikan-kebaikannya untuk Allah akan (dibalas) dengan  dikurniakan makanan untuknya di dunia, namun apabila dia tiba di akhirat tiada lagi sebarang kebaikan untuknya yang akan dibalas" (Soheh Muslim; kitab Sifat al-Qiyamah, 56/2808).
 
Bila dia meniatkan pahala itu untuk saudaranya yang telah mati, insya Allah pahala dari kebaikan wakaf itu akan sampai kepada si mati di barzakh. 
 
Wallahu a'lam.
 
Rujukan;
 
1. al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 44/129. 
2. Ahkam Ghair al-Muslimin Fi  Nidzam al-Waqf al-Islami, Dr. Adam Nuh.

Soalan; Assalamualaikum. Apakah hukum menggunakan wang 'petty cash' company untuk tujuan peribadi (dalam keadaan terdesak) dan kemudian membayar semula.

Jawapan;

Bismillah. Menggunakan wang/harta milik orang lain tanpa izinnya dianggap oleh Syarak sebagai ghasab (merampas). Hukumnya berdosa, wajib memohon ampun dan memulangkan kembali harta yang diambil. Sabda Nabi SAW; "Tidak halal harta seseorang melainkan dengan kerelaan hatinya" (Musnad Ahmad; 20695).

Wallahu a'lam.

Jumaat, 11 Julai 2014

Soalan; 1) saya ingin bertanya apa hukum kalau saya buat tempat letak kereta berbumbung untuk kegunaan persendirian dan family saya sahaja diatas tanah rizab jalan (dlm taman perumahan).

2) apa hukum saya berkebun dan mendatangkan hasil pendapatan tambahan diatas tanah rezab sungai.

Jawapan;

Bismillah. Diboleh mengguna/memanfaat tanah milik kerajaan atau awam dengan beberapa syarat:

1. Tidak terdapat larangan dari pihak kerajaan atau pengurusan awam, kerana mentaati ulil-amri bagi arahan yang tidak menyalahi Syariat adalah wajib. Firman Allah (bermaksud); "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil-amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu" (surah an-Nisa', ayat 59).
 
2. Tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai, seperti mengganggu laluan orang ramai atau sebagainya. Sabda Nabi: "Jangan melakukan kemudaratan (kepada orang lain) dan jangan saling memudaratkan" (Sunan Ibnu Majah; 2340, hadis soheh).

3. Bersedia menyerahkannya kembali bila diperlukan kerajaan atau orang ramai. Ia seperti meminjam barang milik orang lain, bila dituntut oleh tuan empunyanya, wajiblah kita memulangkannya.

Wallahu a'lam.

Selasa, 8 Julai 2014

Soalan;  Assalamualaikum, saya ada mempunyai satu kredit kad konvensional. Tujuan utama saya gunakan kredit kad ialah untuk perniagaan di mana saya mengunakan modal perniagaan dari pengeluaran tunai pada kad kredit saya. Di mana setiap pengeluaran tunai saya dikenakan caj pengurusan sebanyak 5%. Buat masa ini saya belum pernah kena "penalty charges" sebab saya bayar pada tempoh yang ditetapkan.

Persoalan saya adakah penggunaan kredit kad dibenarkan dalam islam? dan apakah hukumnya ke atas denda kelewatan bayar yang dikenakan pihak bank?

Harap persoalan saya dapat dijawab. Sekian.
 
Jawapan;
 
Bismillah. Kad Kredit yang mengenakan faedah lewat bayar telah difatwakan ulamak sebagai haram di sisi Syariat sekalipun pemegang kad berazam membayar dalam tempoh ditetapkan (untuk mengelak dikenakan penalti) kerana dua faktor;(1)

1. Pemegang telah menurunkan tandatangan ketika kontrak/akad untuk membayar denda lewat bayar itu jika berlaku kelewatan membayar darinya, itu merupakan persetujuan untuk bermuamalah secara riba dan dilarang oleh Syarak.

2. Pemegang telah meletakkan dirinya dalam kemungkinan melakukan riba, iaitu apabila benar-benar berlaku kelewatan bayar dalam waktu yang tetapkan.
Para ulamak dalam Persidangan Fiqh Islam Antarabangsa kali ke 12 di Riyadh (bulan Rejab 1421H, bersamaan September 2000) telah memutuskan hukum-hakam berkenaan kad kredit, antara yang diputuskan; tidak harus mengeluar atau mengguna kad kredit yang mengenakan faedah ribawi, sekalipun pemohon kad berhasrat membuat pembayaran pada tarikh yang dibenarkan (bagi mengelak dikenakan faedah tersebut).(2)
Wallahu a'lam.

Nota;

(1) Fatawa as-Syabakah al-Islamiyah (http://www.islamweb.net), no. 2834.
(2) Dinaqal dari; Fatawa Dr. Hussam 'Affanah (http://yasaloonak.net), 12/69.

Isnin, 23 September 2013

Soalan; assalam..ustaz, bolehatau tidak aqad wakalah aqiqah/qurban dlm sms/email/whatsapp dan lain2?  trm ksh ustaz..

Jawapan;

Sebarang akad tidak sah melainkandengan sighah yang jelas. Maksud sighah ialah pernyataan secara zahir darikedua pihak yang  berakad sebagai tandakerelaan mereka untuk melakukan aqad. Ia meliputi ijab (iaitu pernyataan untukberaqad dari pihak yang memulakan akad) dan qabul (iaitu penerimaan/persetujuandari pihak kedua). Sighah (pernyataan) ini boleh berupa percakapan, tulisan, bahasaisyarat yang difahami[1] atau denganperbuatan/tindakan (seperti satu pihak memberi dan satu pihak lagi mengambil).  Secara ringkasnyadapat kita katakan bahawa berakad melalui sms, email dan seumpamanya masukdalam hukum akad melalui tulisan. Para ulamak mengharuskannya dengan syarattulisan itu jelas (tiada kesamaran), benar datang dari pihak berakad danbertujuan akad.[2] Selainitu, kedua pihak yang berakad hendaklah orang yang sah untuk berakad, iaitu; telahbaligh dan beraqal (waras).

Oleh kerana -melalui sms, email dan seumpamanya itu- aqaddilakukan secara berjauhan, qabul dari pihak kedua dikira setelah tulisansms/email dari pihak pertama dibaca dan difahaminya dan ia menyatakanpersetujuannya selepas itu.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyahal-Kuwaitiyyah, 28/160 (perkataan ‘sighah’).
2.  al-Mu’amalaat al-Maliyah-2, as-Syubaily, hlm.76.
3. at-Tijarah al-Iliktroniyah, ‘AliMuhammad Ahmad Abu al-‘Izzi, hlm. 190.
4. Hukm Ijra’ al-‘Uqud bil-Alatial-Hadithah, Dr. al-Farfur (Majallah Majma’ al-Fiqh; 6/593).


[1] Beraqaddengan isyarat hanya harus bagi orang yang tidak mampu bercakap dan menulis.
[2] Harusberakad dengan tulisan sekalipun dapat bercakap. Namun dikecuali akad nikah,tidak harus berakad nikah dengan tulisan selagi pihak yang berakad dapatbercakap.

Jumaat, 6 September 2013

Soalan; Saya terbaca tulisan seseorang yang mendakwamemperjuangkan dakwah sunnah. Dia beranggapan harga minyak dan barang naikbukan menjadi kesalahan kerajaan. Beliau berhujah dengan sebuah hadis, daripadaAnas (bin Malik radhiallahu 'anh), dia berkata: Pada masa Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam, harga barangan asasi naik. Maka para sahabatberkata: “Wahai Rasulullah! Tetapkanlah harga barang untuk kami.” Rasulullahmenjawab:

“Sesungguhnya Allah, Dia-lah yang menetapkan harga, menyempitkan, melapangkandan merezekikan. Sesungguhnya aku berharap ketika aku berjumpa dengan tuhanku(Allah), tidak ada seorangpun yang menuntut kepadaku kerana suatu kezalimanyang menyangkut urusan darah (nyawa) mahupun harta (ekonomi)." [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalamShahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1314 (Kitab al-Buyu’, Bab berkenaanpenetapan harga)]

Betulkah pemahaman beliau tentang hadis tersebut?

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Hadis tersebut tidak dipertikai kesahihannya, Namun ustaz tersebut memahami hadis secara fardie, tanpa memahaminyasecara bersama dengan hadis-hadis yang lain, begitu juga tidak melihatlingkungan hadis dan illahnya. Imam Ibnu Taimiyyah sendiri (begitu jugamuridnya Ibnul Qayyim) memfatwakan; at-tas’ir (kawalan harga) oleh kerajaandibolehkan –malah dituntut- pada waktu-waktu tertentu  (rujuk; al-Hisbah, Ibnu Taimiyyah, hlm. 21. Majmu’al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 28/75). Nabi SAW sendiri  –walaupun dalam hadis tadi enggan melakukantas’ir-, namun baginda sendiri pernah menyuruhnya.

Nabi SAW pernah bersabda berkenaan hamba yang dimilikibeberapa tuan (satu pihak dari tuannya ingin membebaskannya dan pihak lain tidakingin membebaskannya kecuali dengan bayaran), kata Nabi SAW; “Sesiapa yang memerdekakan bahagiannya dari seoranghamba, jika ia memiliki wang yang membolehkannya membayar harga hamba itusepenuhnya, hendaklah ditetapkan untuk hamba itu harga misil (yakni hargasebanding), kemudian dibayar harga itu kepada rakan-rakan kongsinya mengikutkadar pemilikan masing-masing supaya hamba itu dapat bebas di tangannya. Jikaia tidak memiliki wang untuk membeli hamba itu, hamba itu merdeka sekadar yangdimerdekakannya sahaja (yakni menjadi hamba muba’adh; hamba merdeka separuh)”(Soheh Muslim; 1501/1, dari Ibnu ‘Umar RA).

Hadis ini menunjukkan arahan tas’ir (penetapan harga)dari Nabi SAW, kerana baginda menetapkan hamba itu dinilai dengan harga misil.Baginda tidak berkata; hendaklah rakan-rakan kongsinya menetapkan hargamengikut yang mereka mahu kerana hamba itu adalah milik mereka bersama. Hadisini menunjukkan bahawa tas’ir bukanlah haram sepenuhnya, ada ketikanya iadisyariatkan kerana jika haram sepenuhnya sudah tentu Nabi SAW tidak akanmelakukannya. Antara factor keharusan tas’ir ialah apabila diperlukan untukmaslahah masyarakat, sebagaimana kaedah; “maslahah awam diutamakan darimaslahah khusus”. Jika peniaga-peniaga menetapkan harga yang tidak munasabahsemata-mata ingin mengaut untung lebih dan tindakan mereka menekan masyakatpengguna, pada ketika itu para ulamak memberi fatwa; harus kerajaan masukcampur untuk menjaga maslahah masyarakat. Walaupun tindakan kerajaan menafikanhak segolongan masyarakat (iaitu para peniaga) untuk mendapat keuntungan besartetapi penafian itu demi menjaga maslahah yang lebih besar iaitu masyarakatumum. Amalan Nabi SAW tadi membenarkan tindakan ini.

Imam Ibnul Qayyim menjelaskan; “Arahan Nabi SAW supayahamba itu dinilai mengikut harga misil (tidak boleh dijual dengan nilai lebihdari itu) itu adalah tas’ir pada hakikatnya. Maka jika Syarak (iaitu Nabi SAW)mengharuskan tas’ir untuk maslahah khusus (iaitu maslahah seorang hamba; untuk memudahkanpembebasannya dengan menetapkan harga misil supaya dapat dibeli oleh orang yangingin membebaskannya), maslahah orang ramai untuk menjamin mereka dapat memiliki(barang-barang keperluan mereka) adalah lebih besar dari itu” (rujuk; al-Turuqal-Hukumiyyah, Ibnul Qayyim, hlm. 217-218. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyahal-Kuwaitiyyah; 11/310, perkataan; ‘Tas’ir’).

Kerajaan dalam situasi di atas menjadi penimbang antaradua pihak iaitu antara peniaga dan pengguna, antara maslahah khusus danmaslahah umum. Kerajaan tidak boleh sewenang-wenang melakukan tas’ir tanpa adamaslahah yang lebih besar kerana ia akan menzalimi satu pihak tanpa hak. Namundalam kes harga minyak, ia membabitkan kerajaan sendiri. Kerajaan yang memilikiminyak dan kerajaan yang bertindak sebagai peniaga (menjualnya kepada rakyat),maka  tiada siapa yang dizalimi jikakerajaan melakukan tas’ir ke atas harga minyak demi menjaga kebajikanrakyatnya. Maka penggunaan hadis tadi oleh ustaz tersebut bagi kes harga minyakadalah tidak kena pada tempatnya. Namun kita jelaskan juga di sini untukmembetulkan kekeliruannya.

Wallahu a’lam.

Rabu, 4 September 2013

Soalan; ASSALAMUALAIKUM. PENYERTAAN 1 BAHAGIAN (KORBAN=LEMBU) RM400.00 CONTOH.;- JADI JIKA SI AHMAD INGIN AMBIL 1 BAHAGIAN, BAGAIMANAKAHCARA YG SEPATUTNYA DARI MULA BELIAU MENYERAHKAN WANG KEPADA PIHAK PENGURUSANSESEBUAH MASJID SEHINGGALAH PADA HARI PENYMBELIHAN. SAYA MOHON USTAZ JELASKANCARA YG SEBETULNYA IAITU CARA BELIAU LAFAZ SEMASA PENYERAHAN WANG ( UNTUK 1BAHAGIAN/LEMBU), ADAKAH PERLU BELIAU MEYATAKAN SECARA LAFAZ ATAU SEKADARBERNIAT DAN ADAKAH BELIAU PERLU LAFAZ PADA PIHAK PENGURUSAN MASJID MEWAKILKANSEPERTI SAYA MEWAKILKAN PIHAK PENGURUSAN MASJID UNTUK MEMBELI LEMBU. SEMASAHARI PENYEMBELIHAN ADAKAH BELIAU PERLU MEWAKILKAN PADA NIAT PADA SI PENYEMBELIHATAU SEKADAR NIAT SENDIRI SEMASA PENYEMBELIH MENYEMBELIH BINATANG. MOHONPENJELASAN, TERIMA KASIH.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah,wassolatu ala Rasulillah.

1. Pastikan al-wakil (pihak orang yang menerima perwakilan) merupakan orangyang dipercayai dan mampu melaksanakan ibadah yang dimaksudkan (iaitu ibadah korban)atau mampu menguruskannya.

2. Melakukan akad taukil (penyerahan) dengan bahasa yang jelas, seperti berkatakepada al-wakil tadi; "Ini duit RM400, belikan untukku binatang korban (1tompok darinya) dan laksanakan korban bagi pihakku". Jika taukil (penyerahan)turut membabitkan pengagihan daging korban, nyatakan sama; "....danmengagihkannya bagi pihakku kepada yang berhak/layak menerimanya". Jikaada borang disediakan, mengisi borang bersama penyerahan wang sudah memadaisebagai taukil (penyerahan).

3. Kemudian hendaklah al-wakil menerima taukil (penyerahan) tadi dengan lafazdarinya (seperti ia berkata; 'aku terima') atau dengan perbuatan (sepertimenerima wang dan borang tanpa berkata apa-apa).

4. Walaupun telah menyerahkan perlaksaan ibadah korban kepada orang lain, namundisunatkan kepada al-muwakkil (orang yang menyerah) untuk turut hadirmenyaksikan penyembelihan korbannya dilakukan. Ini sebagaimana sabda Nabi SAWkepada Fatimah RA; “Pergilah kepada binatang korban kamu dan saksikanlah diakerana sesungguhnya dengan titisan pertama darah yang jatuh darinya akanmenyebabkan diampunkan untukmu segala dosa kamu yang lalu” (Mustadrak al-Hakim;7525, dari Abu Sa’id al-Khudri RA).

5. Jika ia dapat hadirsama, hendaklah ia berniat korban ketika melihat binatang korbannya di sembelih.Boleh juga jika ia menyerahkan niat kepada penyembelih. Disunatkan juga ketika melihatbinatang korbannya disembelih, ia membaca;

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهُ رَبِّ الْعَالَمِينَلَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanyauntuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya, dengan yang demikian itulahaku diperintahkan, dan aku adalah dari kalangan orang-orang yang berserah dirikepada Allah” (Mustadrak al-Hakim; 7524, dari ‘Imran bin Hushain RA).

6. Jika ia tidak dapathadir sama, akad taukil tadi sudah memadai sebagai niat korban bagi dirinya.Tinggal lagi orang yang melaksanakan penyembelihan korban bagi pihak orang lainhendaklah ia berniat korban bagi pihak mereka.  

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh Ibadah Korban,Ustaz Ahmad Adnan Fadzil (terbitan; IMAN FIRDAUSI ENTERPRISE).

Isnin, 2 September 2013

Soalan; assalammualaikum ust...berkaitan petikan ust tentang pelaburan dlm perniagaan....sy mengajak kawan2 untuk melabur dalam perniagaan yg sy akan usahakan...dan sy menjanjikan dividen tahunan 10% dri nilai pelaburan...namun dividen itu adlah sy beranggapan hanya sbg hadiah penghargaan kpd mereka dalam perniagaan runcit sy ni.....adakah situasi ini diizinkan syarak ustaz....mohon pencerahan ...trima kasih ust...

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Pelaburan dengan menjanjikan keuntungan tetap dalam jangka masa tententu, peratus yang dijanjikan dinisbahkan kepada modal pelaburan, bukan kepada perolehan untung pelaburan, pelaburan sebegitu tidak menepati Syariat kerana ia berkonsepkan riba walau apa nama sekalipun diberikan kepada keuntungan tersebut (dividen, bunga, untung, hibah atau sebagainya) kerana ukuran hukum bukan melihat kepada nama/istilah semata-mata, tetapi melihat kepada apa yang realiti di sebalik nama/istilah itu.

Adapun jika seseorang berhutang dari rakannya, kemudian ketika membayarnya ia memberi suatu hadiah/saguhati kepada rakannya itu sebagai perhargaan atau terima kasih, itu dibenarkan (malah digalakkan) kerana ia tidak dijanjikan dan tidak disyaratkan terlebih dahulu.

Wallahu a'lam.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Soalan; Assalamualikum ustaz. Saya setuju melabursejumlah wang dlm perniagaan yg diushakan kawan saya. Persetujuan telah dibuatkedua2 belah pehak tempoh pelaburan selama 2 tahun dan maksimum 5 tahun dgnjumlah keuntungan tetap 3% dibayar sebuln hingga habis tempoh perjanjian sayaakan menerima jumlah pelaburan asal. Apakah boleh saya melabur dan hukumnyapelaburan yang sebegini harap ustaz jelaskan

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap pada setiap bulan (atau dalamtempoh tertentu), tanpa tertakluk kepada untung-rugi yang dikongsi bersama,pelaburan itu tidak sah di sisi Syariat kerana ia berunsurkan riba. Hal initelah disepakati para ulamak. Jadi 3% yang dijanjikan pada setiap bulan ituadalah riba dan tidak halal. Kecualilah jika 3% yang dijanjikan itu dinisbahkankepada keuntungan dan tertakluk kepada untung rugi syarikat atau perniagaanterbabit (yakni tiada keuntungan yang akan diberikan jika syarikat/perniagaanmengalami kerugian pada bulan tertentu), maka ia sah di sisi Syariat. Itudilihat dari aspek pembahagian keuntungan. Perlu juga dilihat dari aspek-aspeklain seperti produk yang diperniagakan (adakah halal?), bentuk perkongsian dansebagainya untuk memastikan keseluruhannya sah mengikut syariat.

Wallahu a'lam.

Khamis, 29 Ogos 2013

Soalan; As salam saya ada soalan... najis itu haram. Apakah hukum memakan makanan yang asalnya dari najis haiwan contoh biji kopi yangtelah dimakan oleh musang dan najiis musang tadi mengeluarkan balik biji kopitersebut lalu diambil dan di proses semula di jadikan kopi...kopi luwak.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.

Ada beza antara najis dan mutanajis. Najis bermaksud benda najis, adapunmutanajjis bermaksud benda yang terkena najis (yakni benda yang suci, namunterkena najis). Najis tidak dapat disucikan/dibersihkan kerana zatnyasendiri adalah najis, sedang mutanajjis dapat disucikan dimana apabila dibuangnajis darinya akan kembalilah ia kepada asalnya iaitu suci. Kopi luwak beradadalam kategori kedua (mutanajjis). Ia asalnya adalah dari buah kopi yang suci,dimakan musang luwak, kemudian biji kopi yang tidak dapat dihadam oleh ususnyakeluar bersama tahinya. Biji kopi itu diambil dan dibersihkan dari najis musangitu dan kemudian diproses menjadi serbuk kopi. Oleh kerana ia mutanajjis, makaia kembali kepada hukum asalnya (iaitu suci) apabila prosespenyucian/pembersihan dilakukan.

Kehalalan kopi luwak telah difatwakan oleh Majlis Ulamak Indonesia (MUI) danMajlis Fatwa  Kebangsaan Malaysia (rujuk;http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-meminum-kopi-luwak-musang).

Wallahu a'lam.