Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog mutiara-sunnahnabi.blogspot.com

Nabi SAW bersabda;

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ، وَلَا تَمَاثِيلُ
“Para malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan patung-patung” (Soheh Muslim; 2106/87. Dari Abi Talhah al-Ansari RA).

Sabda Nabi SAW; "Sesungguhnya aku juga manusia. Apabila kamu bertikai di hadapanku, barangkali sebahagian kamu lebih pandai berhujjah dari sebahagian yang lain, lalu aku putuskan untuknya mengikut apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku putuskan untuknya sesuatu (yang bukan haknya tetapi) hak saudaranya, janganlah ia ambil kerana aku memotong untuknya potongan dari neraka" (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah; 36488, dari Ummu Salamah RA).

ANJING; AYAT-AYAT AL-QURAN DAN BEBERAPA HADIS SOHEH TENTANGNYA

Di dalam al-Quran, anjing disebut pada 2 tempat;

1. Surah al-A’raf (ayat 176). Maksud ayat; “Kalau Kami kehendaki, nescaya Kami angkat darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti hawa nafsunya. Maka perumpamaannya seperti anjing; jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan juga lidahnya. Begitulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir”.

2. Surah al-Kahfi (ayat 22). Maksud ayat; “(Sebahagian dari) mereka akan berkata; ‘(Bilangan Ashabul Kahfi itu) ialah tiga orang, yang keempat adalah anjing mereka’, dan (setengahnya) pula berkata: ‘(Bilangan mereka) adalah lima orang, yang keenam adalah anjing mereka’, sebagai tekaan terhadap perkara yang gaib. Dan (setengah lain lagi) berkata: ‘(Bilangan mereka) ialah tujuh orang, yang kelapan adalah anjing mereka’…”.

Hadis-hadis pula;

(1) Nabi SAW juga bersabda; "Tidak halal harta milik seorang muslim melainkan dengan keredhaan hatinya" (Dari Hanifah ar-Raqasyi RA. Musnad Ahmad; 20695. Syu'abil Iman, al-Baihaqi; 5105. Status hadis; soheh lighairi).

"Tidak halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya (*tidak bertegur sapa, bermasam muka, memutus hubungan) lebih tiga hari. Orang terbaik dari kedua mereka ialah yang mula-mula memberi salam" (HR al-Bukhari, dari Abu Ayyub RA). 

*Muhasabah; adik beradik tak bercakap bertahun-tahun kerana berebut harta pusaka. Ada yang dulu sama-sama berniaga, sekarang saling kata mengata dan berprasangka. Satu kampung, tapi berbelas tahun tak bertegur sapa kerana berbeza fahaman politik. Bapa pulau anak kerana kawin lari, masih tak terima anak walaupun dah lahir cucu. Adakah kes-kes sebegini dikecualikan dari sabda Nabi SAW tersebut. "Baginda Nabi SAW masih mesra dengan Abu Talib hingga akhir hayat Abu Talib walaupun tak sama aqidah".

Dari Ibnu ’Abbas –radhiyallahu ’anhu- menceritakan; ”Rasulullah –sallallahu ’alaihi wasallam- berkhutbah kepada orang ramai semasa hari Haji Perpisahan, di mana baginda bersabda; ”Sesungguhnya Syaitan telah kecewa untuk disembah di bumi kamu, namun ia berpuas hati untuk ditaati dalam perkara selain (ibadah) itu dari perkara yang kamu pandang kecil dari amalan-amalan kamu. Maka berjaga-jagalah wahai manusia. Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Sesungguhnya setiap muslim ialah saudara bagi muslim yang lain. Semua orang Islam adalah bersaudara. Tidak halal bagi seseorang dari harta saudaranya kecuali apa yang diberinya dari kerelaan hatinya. Janganlah kamu berlaku zalim. Janganlah kamu berpatah-balik kepada kekafiran selepas kematianku menyebabkan sesama kamu akan saling berbunuhan”.
(Riwayat Imam al-Hakim dalam al-Mustadrak. Hadis ini adalah soheh. Lihat; kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111. Lihat juga; Soheh at-Targhib wa at-Tarhib, Syeikh Nasiruddin al-Albani, hadis no. 40).