Laman Info Agama Anda

SYARAT-SYARAT PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI AKAUN

Soalan; Assalamualaikum ustad. saya nak tanya; bolehkah saya keluarkan duit zakat melalui secara transfer kepada orang yang memerlukan?

Jawapan; 

Pengeluaran/pembayaran zakat hari ini boleh secara pemberian terus atau dengan pindahan ke dalam akaun penerima yang layak atau akaun pihak yang menguruskan zakat (baitul Mal atau sebagainya). Namun sebelum pindahan wang dilakukan perlu dipastikan beberapa perkara;

1) Penerima layak menerima zakat (tergolong dalam asnaf-asnaf zakat)

2) Akaun dipastikan betul-betul akaun penerima zakat

3) Jika melalui pihak pengurusan zakat, pastikan pihak yang betul dan akaun yang betul.

2) Perlu niatkan zakat ketika pindahan dibuat.

Dalam fatwa yang dikeluarkan oleh Majma' al-Fiqhi al-Islami (Perhimpunan Fiqh Islam) diputuskan; "Di antara bentuk penerimaan yang diiktiraf dari segi Syarak dan juga uruf (kebiasaan masyarakat hari ini) ialah dengan melalui pemindahan ke dalam akaun". Maka berdasarkan fatwa ini, apabila sahaja wang zakat telah masuk ke dalam akaun penerima zakat, maka dihukumkan si penerima telah menerimanya dan gugur tanggungan zakat dari pembayar. 

Wallahu a'lam.

Rujukan;

(1) Laman fatwa; islamweb.net, no fatwa; 241747.

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries