1. Rukun qiyas ada empat;

a) Masalah asal

b) Hukum bagi masalah asal

c) Illah hukum

d) Masalah baru (yang hendak diqiyaskan hukumnya ke atas masalah asal)

- Adapun hukum bagi masalah baru, ia tidak termasuk dalam rukun qiyas, akan tetapi ia dianggap buah atau hasil dari qiyas.

2. Beza hikmah dan illah (sebab hukum); hikmah ialah maslahah yang ingin dicapai oleh Syarak dengan mensyariatkan hukum. Adapun illah ialah suatu sifat/ciri yang nyata dan tetap yang dibina hukum di atasnya, yakni hukum terikat dengannya sama ada hendak ada atau tiada. Hukum terikat dengan illah, bukan terikat dengan hikmah. 

3. Maka ciri-ciri illah ialah;

a) Bersifat nyata, yakni dapat dipastikan pada masalah asal dan juga pada masalah cabang/baru

b) Bersifat tetap, yakni ia tidak berbeza mengikut indiviu-individu atau situasi-situasi atau sebagainya, kecuali perbezaan yang sedikit (maka diabaikan).

c) Bersifat munasabah. Contohnya; sifat memabukkan adalah munasabah untuk menjadi illah bagi pengharaman arak kerana dengan terbinanya hukum di atas illah tersebut selari dengan hikmah Syariat iaitu menjaga akal. 

d) Bersifat boleh mejangkau; yakni boleh dipindahkan kepada masalah-masalah lain.

e) Hendaklah illah itu tidak didapati telah diabaikan oleh Syariat. Contohnya "persamaan sebagai anak", illah ini tidak boleh dipakai untuk menghukum agar disamakan pembahagian dalam faraid antara anak lelaki dan anak perempuan, kerana syarak telah memutuskan hak anak lelaki sekaliganda hak anak perempuan, maka illah persamaan dalam masalah ini telah digugurkan oleh Syarak, maka tidak boleh lagi diambil kira bagi hukum tersebut.

4. Jalan-jalan untuk mengenal pasti illah ada empat;

a) Melalui nas sendiri

b) Melalui ijtihad, antara dengan kaedah;

i) Sabr wa taqsim; sabr bermakna ikhtibar, taqsim bermakna penyenaraian, iaitu seorang mujtahid menyenaraikan sifat-sifat yang ada kemungkinan boleh menjadi illah hukum, kemudian menguji satu persatu dengan membuang sifat yang tidak memenuhi ciri-ciri illah tadi hinggalah menemui satu sifat yang memenuhi semua ciri/kriteria illah tadi.

ii) Melakukan tanqih al-manat (al-'illah), takhrij al-manat dan tahqiq al-manat. Tanqih al-manat ialah menapis illah. Takhrij al-manat; mengeluar/mengistibat illah. Tahqiq al-manat; mengaplikasikan illah ke atas masalah baru.

 

Rujukan;

al-Wajiz, Abdul Karim Zaidan, m.s. 218.

c)