Dari segi kefahaman, tujuan Syariat itu cukup jelas dan tidak sukar difahami. Namun untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan, timbul beberapa cabaran, antaranya keluasan skop maslahah dan mafsadah boleh menyebabkan berlaku pertindihan atau pertembungan antara sesama maslahah, atau sesama mafsadah atau antara maslahah dan mafsadah. Maka untuk memastikan tujuan Syariat itu dapat dilaksanakan dengan sempurna, adil dan saksama, pertembungan dan pertindihan tersebut perlulah diselesaikan mengikut panduan yang digariskan oleh para fuqahak. Dalam makalah ini selain mengupas maksud maslahah dan mafsadah, penulis turut memberi fokus kepada isu pertembungan dan pertindihan antara maslahah dan mafsadah, iaitu menjelaskan panduan yang digariskan fuqahak untuk menangani isu tersebut jika berlaku. Penulis akan bermula dengan menjelaskan maksud maslahah dan mafsadah, diikuti dengan menerangkan dhabit (garis panduan) bagi ciri-ciri maslahah yang diakui Syariat dan berikutnya membentangkan panduan tersebut. Di akhir makalah penulis akan membuat rumusan.

Muat-turun makalah dariĀ AKADEMIA.