Laman Info Agama Anda

APAKAH NERAKA TELAH ADA SEKARANG?

Soalan; adakah neraka telah wujud sekarang, atau hanya akan diwujudkan Allah di akhirat nanti?

Jawapan;

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman;

فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَٰفِرِينَ 

“Maka peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir” (surah al-Baqarah, ayat 24).

Mengulas ayat ini, Imam al-Suyuti berkata; ayat ini menjadi dalil bahawa neraka telah pun ada sekarang.

Imam al-Qurtubi turut menegaskan, itulah pendapat yang benar yang menepati hadis-hadis Nabi SAW, antaranya hadis riwayat Imam Muslim dari Ibnu Mas'ud RA yang menceritakan; satu hari ketika kami sedang bersama Nabi SAW tiba-tiba baginda terdengar satu bunyi jatuhan (yang turut didengar sahabat-sahabat bersama baginda). Lantas baginda beertanya; 'Tahukah kamu bunyi apa itu?'. Jawab sahabat; Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Baginda menjelaskan;

هَذَا حَجَرٌ رُمِيَ بِهِ فِي النَّارِ مُنْذُ سَبْعِينَ خَرِيفًا فَهُوَ يَهْوِي فِي النَّارِ الْآنَ حَتَّى انْتَهَى إِلَى قَعْرِهَا، وفي رواية: «هَذَا وَقَعَ فِي أَسْفَلِهَا ‌فَسَمِعْتُمْ ‌وَجْبَتَهَا»

"Itu adalah (bunyi dari) seketul batu yang dilontar ke neraka sejak 70 tahun yang lalu, ia menjunam ke dalam neraka dan baru sekarang tiba di dasarnya", dalam satu riwayat; "sekarang ia tiba di dasarnya, maka kamu mendengar bunyi jatuhnya' (Soheh Muslim; 2844/31).

Rujukan;

(1) al-Iklil, m.s. 15. 

(2) Tafsir al-Qurtubi, 1/237.

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries