Laman Info Agama Anda

HUKUM ASAL BAGI BENDA-BENDA DI BUMI

Soalan; apa hukum asal bagi benda-benda dan objek-objek di bumi mengikut pandangan Syarak?

Jawapan; 

Di dalam al-Quran terdapat ayat menegaskan segala yang terdapat di atas muka bumi diciptakan Allah untuk manusia;

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا

"Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu" (surah al-Baqarah, ayat 29).

Menurut Imam al-Suyuti, berdalilkan ayat ini maka hukum asal bagi semua perkara adalah harus kecuali yang terdapat dalil Syarak mengharamkannya (al-Iklil, m.s. 15).

Maka berdasarkan penghujahan tersebut, apabila berdepan dengan permasalahan atau isu-isu baru dalam masalah duniawi, yang perlu disemak dan dikaji ialah apakah terdapat larangan Syarak terhadapnya. Jika tidak ditemui sebarang larangan Syarak, ia kekal di atas hukum asal tadi iaitu harus.

Rujukan;

(1) al-Iklil fi Istinbat al-Tanzil, Imam al-Suyuti, m.s. 15.  

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries