Laman Info Agama Anda

LAFAZ TAHMID PALING BAIK?

Soalan; apakah sighah atau ungkapan tahmid terbaik?

Jawapan;

Menurut Imam al-Bulqini -sebagaimana yang dinaqal Imam al-Suyuti dalam kitabnya al-Iklil-; sighah (ungkapan) tahmid paling sempurna ialah; 

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ  ٢

“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam” (surah al-Fatihah, ayat 2).

Kerana sighah tersebut merupakan pembuka kitab Allah (al-Quran) dan penutup doa ahli syurga;

دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Do'a mereka (yakni ahli syurga) di dalamnya (syurga) ialah: "Subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam". Dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin" (surah Yunus, ayat 10).

Maka apabila seseorang bersumpah untuk bertahmid dengan tahmid paling baik, lalu dia mengucapkan sighah tahmid tersebut, dia dikira telah mengotakan sumpahnya.

Rujukan;

  1. al-Iklil fi Istinbat al-Tanzil, Imam Jalaluddin al-Suyuti, m.s. 14.

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries