Laman Info Agama Anda

Soal Jawab

UMUR HAIWAN UNTUK KORBAN

Dalam hadis, Nabi SAW bersabda; "Jangan kamu menyembelih (untuk korban) melainkan musinnah" (HR Muslim; 1963).
.
Menurut ulamak; musinnah bermaksud tsaniyyah iaitu haiwan ternakan (yakni unta, lembu/kerbau dan kambing/biri-biri) yang telah luruh gigi depan. Dari segi umurnya (menurut ulamak);
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 

BEBERAPA PERSOALAN TENTANG AQIQAH BAYI

Soalan: as salam ustaz, saya ingin bertanyakan soalan; jika anak saya no 2 sudah berumur 3 tahun perempuan belum buat aqiqah lagi dan anak no 3 saya lelaki berumur 9 bulan juga belum saya buat aqiqah juga, boleh kah saya lakukan aqiqah mereka bersama, manakala yang lelaki boleh kah saya buat kan sebahagian dahulu untuknya. terima kasih ustaz.

Jawapan:

1. Aqiqah menjadi tanggungjawab penjaga (yakni orang yang wajib menanggung nafkah bayi; yakni bapa, ibu, datuk dan sebagainya) selama bayi belum mencapai usia baligh. Apabila bayi telah baligh dan belum diaqiqahkan, tidak dituntut lagi ke atas penjaganya untuk melakukan aqiqah. Menurut mazhab Syafiie; digalakkan ke atas individu yang mengetahui dirinya belum diaqiqahkan ketika kecilnya untuk melakukan sendiri aqiqah bagi dirinya.

Anas RA menceritakan; "Sesungguhnya Nabi SAW melakukan aqiqah untuk dirinya selepas baginda diutuskan menjadi Nabi" (Musnad al-Bazzar; 7281. al-Mu'jam al-Awsat, at-Tabrani; 994).

2. Aqiqah sebaiknya dilakukan ketika bayi berusia 7 hari dari hari lahirnya. 'Aisyah RA menceritakan; "Nabi SAW melakukan aqiqah untuk cucunya Hasan dan Husain pada hari ketujuh. Pada hari itu juga baginda memberi nama mereka dan menyuruh dicukur kepala mereka" (Soheh Ibnu Hibban; 5311. Isnadnya hasan).

Jika terlepas hari ke 7, bolehlah dibuat bila-bila masa selagi anak belum baligh. Oleh kerana anak puan yang ke 2 dan ke 3 itu telah melepasi hari ke 7 masing-masing, maka tidak ada halangan untuk dibuat aqiqah serentak untuk mereka, tetapi dengan syarat untuk setiap anak seekor kambing sekurang-kurangnya

3. Untuk anak lelaki disunatkan dua (2) ekor kambing, namun kalau dibuat seekor sahaja pun memadai. Nabi SAW walaupun baginda mensunatkan dua ekor kambing untuk anak lelaki, namun baginda hanya buat seekor sahaja untuk cucu baginda Hasan dan Husain; seekor untuk Hasan dan seekor untuk Husain. Boleh juga dibuat berperingkat; dibuat seekor dulu, kemudian seekor lagi bila mampu.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Fiqh Menyambut Kelahiran Bayi & Fiqh Aqiqah, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil.

BEZA AQIDAH DAN IMAN

Soalan; apa beza aqidah dan iman? Apakah keduanya sama atau ada perbezaan?

Jawapan; 

Aqidah merujuk kepada keyakinan atau kepercayaan yang terikat kukuh dalam hati. Sebagaimana kalimah aqad, ia berpunca dari kata dasar aqada (عقد) yang bermaksud; mengikat atau menyimpul. Aqad ialah ikatan ijab dan qabul di antara dua pihak yang berakaي. Aqidah pula ialah ikatan keyakinan yang tersimpul dam terjalin kemas di dalam hati.

Baca Selanjutnya ...

RAHSIA BASMALAH (باسم الله الرحمن الرحيم)

Soalan; apa rahsia Basmalah sehingga kita disuruh membacanya setiap kali ingin melakukan urusan yang baik?

Jawapan;

باسم الله والحمد لله والصلاة على رسوال الله، أما بعد:

Rahsia Basmalah dapat dilihat dari dua segi;

1. Fadhilat-fadhilat tentangnya yang disebut Nabi SAW.

2. Pegertian yang terkandung dalam lafaz Basmalah itu sendiri.

Baca Selanjutnya ...

APAKAH NERAKA TELAH ADA SEKARANG?

Soalan; adakah neraka telah wujud sekarang, atau hanya akan diwujudkan Allah di akhirat nanti?

Jawapan;

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman;

فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَٰفِرِينَ 

“Maka peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir” (surah al-Baqarah, ayat 24).

Baca Selanjutnya ...

RAHSIA MENDAPAT JAGAAN ALLAH

Soalan; apa yang perlu kita lakukan supaya kita sentiasa dijaga oleh Allah?

Jawapan;

بسم الله، والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله؟

Dalam surah al-Baqarah, Allah SWT memberi panduan kepada kita;

فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ

"Maka ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku" (surah al-Baqarah, ayat 152).

Baca Selanjutnya ...

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries