Laman Info Agama Anda

Soal Jawab

PANDUAN PERNIAGAAN ONLINE

Soalan; assalamu alaikum ustaz. Boleh ustaz berikan sedikit panduan kepada saya tentang perniagaan secara online. Saya berhasrat untuk menceburinya. Apa yang patut saya pastikan supaya jualan online saya menepati Syariat?

Baca Selanjutnya ...

CARA MENUKAR EMAS LAMA DENGAN EMAS BARU

Soalan; ustaz, jika saya ingin menukar emas lama dengan emas baru, bolehkah saya trade in emas lama saya tu di kedai emas, kemudian ambil emas baru dari kedai tersebut dengan tambahan wang bagi harga emas baru itu?

Baca Selanjutnya ...

WAKAF WANG TUNAI

Soalan; ustaz, jika kita memberi wang dengan niat wakaf, iaitu wang itu dilaburkan, kemudian keuntungannya disalurkan kepada fakir miskin atau mana-mana pihak yang ditentukan pewakaf, adakah cara itu dibolehkan?

Baca Selanjutnya ...

CARA MEWAKILKAN IBADAH KORBAN

Soalan; ASSALAMUALAIKUM. PENYERTAAN 1 BAHAGIAN ( KORBAN=LEMBU) RM400.00 CONTOH.;- JADI JIKA SI AHMAD INGIN AMBIL 1 BAHAGIAN, BAGAIMANAKAH CARA YG SEPATUTNYA DARI MULA BELIAU MENYERAHKAN WANG KEPADA PIHAK PENGURUSAN SESEBUAH MASJID SEHINGGALAH PADA HARI PENYMBELIHAN. SAYA MOHON USTAZ JELASKAN CARA YG SEBETULNYA IAITU CARA BELIAU LAFAZ SEMASA PENYERAHAN WANG ( UNTUK 1 BAHAGIAN/LEMBU), ADAKAH PERLU BELIAU MEYATAKAN SECARA LAFAZ ATAU SEKADAR BERNIAT DAN ADAKAH BELIAU PERLU LAFAZ PADA PIHAK PENGURUSAN MASJID MEWAKILKAN SEPERTI SAYA MEWAKILKAN PIHAK PENGURUSAN MASJID UNTUK MEMBELI LEMBU. SEMASA HARI PENYEMBELIHAN ADAKAH BELIAU PERLU MEWAKILKAN PADA NIAT PADA SI PENYEMBELIH ATAU SEKADAR NIAT SENDIRI SEMASA PENYEMBELIH MENYEMBELIH BINATANG. MOHON PENJELASAN, TERIMA KASIH.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Pastikan al-wakil (pihak orang yang menerima perwakilan) merupakan orang yang dipercayai dan mampu melaksanakan ibadah yang dimaksudkan (iaitu ibadah korban) atau mampu menguruskannya.

2. Melakukan akad taukil (penyerahan) dengan bahasa yang jelas, seperti berkata kepada al-wakil tadi; "Ini duit RM400, belikan untukku binatang korban (1 tompok darinya) dan laksanakan korban bagi pihakku". Jika taukil (penyerahan) turut membabitkan pengagihan daging korban, nyatakan sama; "....dan mengagihkannya bagi pihakku kepada yang berhak/layak menerimanya". Jika ada borang disediakan, mengisi borang bersama penyerahan wang sudah memadai sebagai taukil (penyerahan).

3. Kemudian hendaklah al-wakil menerima taukil (penyerahan) tadi dengan lafaz darinya (seperti ia berkata; 'aku terima') atau dengan perbuatan (seperti menerima wang dan borang tanpa berkata apa-apa).

4. Walaupun telah menyerahkan perlaksaan ibadah korban kepada orang lain, namun disunatkan kepada al-muwakkil (orang yang menyerah) untuk turut hadir menyaksikan penyembelihan korbannya dilakukan. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW kepada Fatimah RA; “Pergilah kepada binatang korban kamu dan saksikanlah dia kerana sesungguhnya dengan titisan pertama darah yang jatuh darinya akan menyebabkan diampunkan untukmu segala dosa kamu yang lalu” (Mustadrak al-Hakim; 7525, dari Abu Sa’id al-Khudri RA).

5. Jika ia dapat hadir sama, hendaklah ia berniat korban ketika melihat binatang korbannya di sembelih. Boleh juga jika ia menyerahkan niat kepada penyembelih. Disunatkan juga ketika melihat binatang korbannya disembelih, ia membaca;

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهُ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya, dengan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah dari kalangan orang-orang yang berserah diri kepada Allah” (Mustadrak al-Hakim; 7524, dari ‘Imran bin Hushain RA).

6. Jika ia tidak dapat hadir sama, akad taukil tadi sudah memadai sebagai niat korban bagi dirinya. Tinggal lagi orang yang melaksanakan penyembelihan korban bagi pihak orang lain hendaklah ia berniat korban bagi pihak mereka.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh Ibadah Korban, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil (terbitan; IMAN FIRDAUSI ENTERPRISE).

Diambil dari blog; ilmudanulamak.blogspot.com

KORBAN UNTUK ORANG TELAH MATI; hukum dan pengagihan dagingnya

Soalan; assalamu alaikum ustaz, buat korban untuk orang telah meninggal, boleh atau tidak?

Jawapan; 

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Berkorban untuk orang mati (yakni atas namanya), hukumnya diikhtilafkan oleh ulamak; 

Pandangan pertama (jumhur ulamak; terdiri dari mazhab Hanafi, Hanbali dan sebahagian fuqahak mazhab Syafiie); berkorban untuk orang telah mati adalah sah dan sampai pahala kepadanya (dengan izin Allah) sekalipun tanpa wasiat darinya. 

Pandangan kedua (sebahagian fuqahak mazhab Syafiie); berkorban orang yang telah mati tidak sah melainkan dengan wasiat (pesanan) darinya ketika hidup. Jika tanpa wasiat darinya, tidak sah korban untuknya dan tidak sampai pahala kepadanya. Pandangan inilah yang dipertegaskan dalam kitab-kitab mazhab Syafiie yang mutakhir (al-Minhaj, Kifayatul Akhyar, Mughni al-Muhtaj dan sebagainya).

Pandangan ketiga (mazhab Maliki); berkorban untuk orang yang telah mati adalah sah, namun hukumnya makruh (tidak digalakkan).

Wallahu a'lam.

Rujukan; https://www.aliftaa.jo/Question.aspx?QuestionId=2774#.Xwu7920zbIU

Untuk membaca lebih lanjut pandangan mengikut mazhab Syafiie, sila layari; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2006/12/hukum-melakukan-korban-untuk-orang-yang.html

 

Pengagihan daging korban

Menurut mazhab Syafiie; daging korban untuk orang yang telah mati keseluruhannya wajib disedekahkan kepada fakir miskin bagi pihak si mati. Tidak harus orang yang melakukan korban memakan darinya dan begitu juga tidak harus dihadiahkan (kepada orang-orang berada) (Mughni al-Muhtaj, 4/365). Mazhab Hanafi turut berpandangan yang sama.

Namun menurut mazhab Maliki dan Hanbali; hukumnya sama seperti daging korban yang lain (yakni harus dimakan, disedekahkan dan dihadiahkan). Cuma pahala korban sahaja yang sampai kepada si mati.

Untuk membaca lebih lanjut, layari; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2013/09/cara-pengagihan-daging-korban-nazar-dan.html.

Wallahu a'lam.

 

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries