Laman Info Agama Anda

zakat

SYARAT-SYARAT PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI AKAUN

Soalan; Assalamualaikum ustad. saya nak tanya; bolehkah saya keluarkan duit zakat melalui secara transfer kepada orang yang memerlukan?

Jawapan; 

Pengeluaran/pembayaran zakat hari ini boleh secara pemberian terus atau dengan pindahan ke dalam akaun penerima yang layak atau akaun pihak yang menguruskan zakat (baitul Mal atau sebagainya). Namun sebelum pindahan wang dilakukan perlu dipastikan beberapa perkara;

Baca Selanjutnya ...

CARA MENGIRA ZAKAT EMAS PERHIASAN

Soalan; ustaz, adakah barang emas yang saya pakai dikenakan zakat? Bagaimana cara mengira zakatnya?

 
Jawapan;
 
Menurut jumhur ulamak (mazhab Maliki, Syafiie dan Hanbali); emas yang dipakai wanita sebagai perhiasan -walaupun dipakai sekali dalam setahun- tidak dikenakan zakat, kecuali jika berlebihan barulah dikenakan zakat. Maksud berlebihan ialah yang melebihi kadar yang biasa dipakai oleh wanita-wanita setempat (yakni kadar uruf setempat), iaitu yang diputuskan oleh fatwa negeri-negeri seperti berikut;
 
1. Selangor; 800 gram
2. Wilayah Pesekutuan; 800 gram emas
3. Johor; 850 gram emas
4. Pulau Pinang; 250 gram
5. Sabah; 152 gram.
6. Negeri Sembilan; 200 gram
7. Kedah; 85 gram
8. Perak; 500 gram
9. Trengganu; 850 gram
10. Melaka; 180 gram
11. Kelantan; tiada 'uruf (* Emas Yang Dipakai Dalam Masa Setahun Walaupun Melebihi 85gram Tidak Dikenakan Zakat)
12. Pahang; 500 gram
13. Perlis; tiada penetapan 'uruf (Semua pemilik emas yang melebihi nisab 85 gram emas dikenakan zakat).
 
Yang perlu dikira dalam penentuan kadar uruf itu ialah emasnya sahaja, tidak termasuk batu permatanya. Maka jika perhiasan emas yang dimiliki dan dipakai melebihi kadar di atas (mengikut negeri masing-masing) wajiblah dikeluarkan zakat ke atas kadar berlebihan bila cukup tempoh tahunannya. Kadar yang wajib dikeluarkan ialah; 2.5%. 

Contohnya; bagi wanita yang tinggal di Selangor, katalah dia memiliki emas yang dipakai yang berat keseluruhan; 900 gram, maka perkiraan zakatnya ialah;


* 900 gram emas (berat emas yang dipakai) - 800 gram emas (iaitu kadar pemakaian uruf) = 100 gram (perhiasan yang masuk dalam hitungan zakat). 

Kadar zakat dikenakan; 100 gram x harga semasa emas x 2.5 %.
Katakanlah; harga semasa emas bagi 1 gram ialah RM 245, maka kadar zakatnya ialah;
100 gram emas x RM 245 x 2.5% = RM 612.50.

Adapun perhiasan emas yang tidak dipakai dalam setahun -walaupun sekali- ia mengambil hukum emas simpanan dan wajib dibayar zakat iaitu dengan dihitung bersama emas-emas yang lain jika ada (dinar emas, jongkong emas, emas perhiasan yang berlebihan tadi dan sebagainya) dan aset kewangan yang lain (saham, wang simpanan dan sebagainya) dan dikeluarkan zakatnya 2/5% jika nilai keseluruhannya menyamai atau melebihi 85 gram emas (iaitu kadar nisab zakat emas).


Huraian di atas adalah mengikut pandangan jumhur mazhab. Adapun menurut mazhab Hanafi, keseluruhan emas dikenakan zakat termasuk perhiasan sama ada perhiasan yang dipakai atau disimpan, yang berada dalam kadar 'uruf tadi atau yang berlebihan.


Rujukan;
 
1. Zakat Selangor (http://www.zakatselangor.com.my/jenis-jenis-zakat/zakat-harta/zakat-emas-perak/).
2. Wilayah Persekutuan (https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-zakat/zakat-emas)
3. Zakat Johor (http://www.maij.gov.my/?page_id=110).
4. Zakat Pulau Pinang (https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/2013-06-30-10-54-31/jenis-zakat/zakat-emas-perak).
5. Zakat Sabah (https://appszakat.sabah.gov.my/jenis_zakat.php).
6. Zakat Negeri Sembilan (https://www.mains.gov.my/v1/zakat/kutipan/jenis-zakat/zakat-emas-dan-perak).
7. Zakat Kedah (https://www.zakatkedah.com.my/zakat-emas-dan-perak/).
8. Zakat Perak (http://www.maiamp.gov.my/maiamp2/index.php/zakat/kalkulator/kalkulator-zakat-emas-perak.html).
9. Zakat Terengganu (http://www.maidam.gov.my/index.php/index.php/perkhidmatan-kami/pungutan-zakat/384-zakat-emas).
10. Zakat Melaka (http://www.izakat.com/index.php?option=com_content&view=article&id=7&Itemid=12&lang=bm).
11. Fatwa zakat emas Perlis (http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=66:muamalat-nilai-emas-yang-boleh-dihukum-pakaian&catid=34:fatwa-muamalat&Itemid=92).

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries