Laman Info Agama Anda

Soal Jawab

SYARAT PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA SECARA SALING MEREDHAI ANTARA WARIS-WARIS

Soalan; adakah harus pembahagian harta pusaka si mati dilakukan secara saling meredhai antara ahli-ahli waris (secara sepakat) dengan tidak mengikut bahagian yang ditetapkan Syarak?

Baca Selanjutnya ...

HUKUM MLM; Majlis Fatwa Mesir

Ikuti penjelasan fatwa tentang MLM, oleh Syeikh Dr Syauqi Allam, mufti Negara Mesir.

HUKUM ASB TERKINI

Jawapan dari Pengerusi Badan Penasihat Syariah PNB; Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. Baca biodata beliau; (klik)

HUKUM JUAL-BELI EMAS PERHIASAN SECARA ANSURAN

Fatwa mufti Mesir (Sohibussamahah Syeikh Dr Syauqi 'Allam).

Soalan; Apakah hukum jual-beli emas perhiasan secara ansuran?

Jawapan;

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله.

Emas yang ditempat menjadi perhiasan tidak dilarang menjualnya secara ansuran mengikut hukum Syarak, karena dengan ditempa menjadi perhiasan ia telah terkeluar dari kedudukannya sebagai mata wang dan berubah menjadi barang tempaan (yakni perhiasan atau barangan). Oleh demikian, ia tidak termasuk dalam larangan hukum yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadisnya; "(Jual-beli) emas dengan emas (hendaklah tunai dan sama)” (kerana larangan tersebut dikhususkan kepada emas yang bersatus mata-wang (yakni dinar)).

Wallahu a'lam.

Rujukan fatwa;

(1) فتاوى فضيلة الشيخ شوقي علام مفتي الديار المصرية (https://youtu.be/OdZ5Wh1JW90)

Ulasan saya;

Terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam isu ini. Jumhur ulamak berpandangan; keseluruhan emas dan juga perak sama ada berupa mata-wang (yakni dinar dan dirham) atau perhiasan atau jongkong tertakluk dengan peraturan jual-beli barang/harta ribawi sebagaimana yang ditetapkan Nabi SAW dalam hadis-hadisnya, iaitu mesti berlaku pertukaran secara tunai (secara lani, tidak bertangguh) dan sama/setara (jika pertukaran yang sama jenis). Namun sebilangan ulamak -antaranya Imam al-Baji, al-Kamal bin al-Humam, Ibnu Taimiyah, Ibnul Qayyim dan ditarjihkan oleh Darul Iftak Mesir- berpandangan; ketetapan tersebut hanya bagi emas dan perak yang berstatus mata-wang (yakni berupa dinar atau dirham). Adapun emas dan perak yang tidak lagi berbentuk mata wang, ia tidak lagi tertakluk dengan hukum tersebut kerana ia sudah bersifat barangan. Melihat situasi/realiti emas dan perak dalam dunia hari ini yang tidak dipakai lagi sebagai mata-wang, maka menurut pandangan ini, emas dan perak hari ini tidak lagi tertakluk kepada ketetapan hukum pertukaran barang/harta ribawi tadi, akan tetapi tertakluk dengan hukum pertukaran harta/barang-barang biasa iaitu boleh dilakukan secara bertangguh atau ansuran.

Wallahu a'lam.

Rujukan; Fatawa Syar'iyyah Mu'ashirah, Dr Muhammad Ibrahim al-Hafnawi, m.s. 343 (Dar al-Hadith, Cairo, 2009).  

HARTA PUSAKA TIDAK DIKETAHUI STATUS HALAL ATAU HARAMNYA?

Soalan; jika seseorang itu mewarisi harta dari ahli keluarganya yang mati, namun dia tidak tahu dari mana si mati memperolehi harta itu (dari sumber halal atau haram?), apa yang perlu dia lakukan?

Jawapan;

Syeikh al-Hifnawi (faqih al-Azhar, pakar usul fiqh) menjelaskan dalam fatwanya; harta si mati yang tidak diketahui sumbernya (sama ada dari sumber halal atau sumber haram) namun tidak terdapat sebarang tanda/bukti/keterangan ia datang dari sumber yang haram, status harta itu dihukumkan halal dengan sepakat para fuqahak.

Jika harta warisan itu diketahui bersumber dari yang haram sepenuhnya seperti dari riba, perniagaan produk/barangan yang diharamkan Syariat atau sebagainya, para waris hendaklah menjauhi harta tersebut dengan menginfakkanya kepada kebajikan kaum muslimin.

Jika hanya sebahagian sahaja dari harta itu bersumberkan yang haram, hendaklah bahagian yang haram itu dikeluarkan dari perwarisan dengan diinfakkan seperti tadi, dan harta selebihnya menjadi hak para waris. Jika berlaku keraguan pada kadar yang haram itu, hendaklah dilakukan ijtihad (yakni usaha pemeriksaan untuk mengenal-pasti kadar haram itu) dan dikeluarkan kadar yang diperolehi melalui ijtihad itu dari perwarisan.

Jika si mati semasa hayatnya diketahui ada melakukan pekerjaan melibatkan pengambilan harta orang lain secara zalim (yakni sebahagian dari hartanya adalah dari sumber zalim), namun tidak diketahui kadarnya, terdapat dua pandangan dari fuqahak;

(1) Pandangan perrtama; wajib dilakukan ijtihad (pemeriksaan untuk mengenal-pasti kadar harta zalim itu) dan dikeluarkan dari perwarisan dengan diinfakkan kepada kebajikan kaum musliimin.

(2) Pandangan kedua; para waris tidak dituntut memeriksa harta tersebut. Dosa kezaliman membabit harta tersebut ditanggung si mati.

Beliau (yakni Syeikh al-Hifnawi) mentarjih pandangan pertama mengambil kira dari sudut sikap warak dan juga sebagai langkah membersihkan si mati. Seorang pernah mengajukan soalan kepada Imam Ahmad; bapaku mati dan ada meninggalkan harta, namun semasa hayatnya dia pernah bermuamalat (yakni berniaga atau berkonsi) dengan rakan muamalah yang dibenci agama. Imam Ahmad menjawab; sisihkan dari harta itu kadar keuntungan (dari muamalah terlarang) tersebut. Mengulas jawapan Imam Ahmad itu, Imam al-Ghazali berkata; pandangan Imam Ahmad itu soheh (benar), dari pandangan itu difahami bahawa perlu dilakukan pemeriksaan terhadap kadar harta yang haram dan dikeluarkan dari pusaka.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

(1) Fatawa Syar'iyyah Mu'ashirah, Syeikh Dr Muhammad Ibrahim, al-Hifnawi, m.s. 364 (soalan no. 285) dan m.s. 365 (soalan no. 288).

HUKUM AMBIL UPAH BAIKI PAGAR TOKONG

 

Soalan; saya berkerja sebagai tukang. Saya mendapat permintaan kaum Cina untuk baiki pagar tokong. Apa hukum saya menerima permintaan tersebut?

Jawapan;

بسم الله والحمد لله والصلاة على رسول الله، أما بعد:

Apa sahaja manfaat/khidmat yang bersifat umum (yakni menjadi keperluan umum manusia, bukan bersifat ritual agama), dibolehkan kita (orang Islam) memberi khidmat kita kepada sesiapa sahaja sekalipun kepada orang bukan Islam. Membaiki pagar (rumah, kediaman atau seumpamanya) tergolong dalam manfaat dari jenis tersebut. Dalam fatwa dari Mufti Mesir (Syeikh Dr Fathi 'Allam) dinyatakan; dibolehkan seorang muslim mengambil upah melakukan suatu pekerjaan di gereja asalkan perkerjaan tersebut dari jenis yang dihalal Syariat seperti membuat pendawaian eletrik, kerja-kerja pertukangan kayu dan binaan dan sebagainya, iaitu dengan mentarjih pandangan fuqahak mazhab Hanafi, Hanbali dan Imam al-Zarkasyi (dari mazhab Syafiie) yang membolehkannya.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

(1) Fatwa Mufti Mesir boleh dirujuk di laman; https://amrkhaled.net/Story/1041512/

Gambar Kredit : https://peoplepostinsider.com/2020/12/02/tokong-sam-seng-keong-tokong-bersejarah-dan-tertua-di-kuala-pilah/

 

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries