Beli Sekarang RM 12

Penghantaran:

Semenanjung : RM 8.00 (bagi 2 buku pertama).

Sabah & Sarawak : RM 16.00 (bagi 2 buku pertama).

Imam al-Nawawi Rhm (wafat 676 hijrah) banyak menghasilkan karya-karya dalam pelbagai bidang Islam Islam, namun terdapat satu karyanya yang ramai orang tidak mengetahuinya, iaitu "المقاصد النووية" (al-Maqasid al-Nawawiyah).

Karya ini memiliki nilai dan kepentingannya yang tersediri, kerana ia menggariskan ilmu-ilmu fardhu 'ain yang mesti dijadikan tujuan dan matlamat oleh setiap individu muslim dalam proses menuntut ilmu. Hanya dengan memenuhi ilmu-ilmu ini manusia dapat sampai kepada keredhaan Allah dan sekaligus mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Ada 7 maqsid (tujuan) yang digariskan penulis (Imam al-Nawawi);

Maqsid 1; Aqidah & asas-asas Hukum

Maqsid 2; Hukum-hakam Toharah

Maqsid 3; Hukum-Hakam Solat

Maqsid 4; Hukum-Hakam Zakat

Maqsid 5; Hukum-hakam Puasa

Maqsid 6; Hukum-hakam Haji

Maqsid 7; Asas-asas jalan Tasawwuf

Penutup; Jalan menuju Allah 

Alhamdulillah, dengan sedikit ilmu yang asa saya diberi kesempatan oleh Allah untuk menterjemah karya agung ini dan dan menghidangkannya dalam bahasa Melayu kepada para pembaca sekelian. Tuan/Puan hanya boleh mendapatkan karya terjemahan ini melalui pembelian online dengan menekan butang pembelian di atas.

Selamat membaca. 

Buku Ensiklopedia Perang Rasulullah bukan sahaja memperkenalkan setiap peperangan, tetapi menjurus ke arah sebab, taktik strategi serta analisis seiring dengan keperluan masyarakat semasa yang mampu mengubah persepsi anda dan masyarakat Barat terhadap peperangan tentera Muslimin selama ini.

Beli Sekarang RM 89.00

Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran seperti dibawah. 

Semenanjung Malaysia : RM 12.00

Sabah Sarawak : RM 20.00

------------------------------------------------

KEISTIMEWAAN BUKU INI:

• Landskap Perang – Gambaran strategi dan pergerakan perang dari sudut pandangan lebih luas peningkatan kefahaman pembaca.

• Fakta Nombor – Informasi lebih tepat dan cepat difahami. Penggunaan nombor yang lebih besar lagi jelas.

• Gambar Dan Ilustrasi – Gambar foto, ilustrasi, peta dan grafik sebagai panduan memahami setiap kejadian.

• Garis Masa – Plot peperangan disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami daripada zaman jahiliyah sehingga kewafatan Rasullulah .

• Menarik Untuk Tahu – Lokasi peta dan gambar kawasan sekitar peperangan pada masa kini sebagai panduan pengembara sirah.

------------------------------------------------

Ditulis oleh: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, Muhamad Aizuddin Kamarul Zaman
Bilangan muka surat: 320
Kod buku: TBBK 1400
ISBN: 978-967-388-282-3

Buku & Artikel

Klik Masuk

Masuk sini untuk kompilasi buku dan artikel susunan Ustaz Ahmad Adnan.

Go to top
JSN Pixel 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework