Laman Info Agama Anda

zahidin

AL-FUDHAIL BIN 'IYADH (الفضيل بن عياض)

Imam al-Fudhail bin Iyadh 

1. Lahir di Samarkhand (dalam daerah Parsi zaman dahulu, sekarang dalam negara Uzbekistan), membesar di Abi Ward (kota Sasanid Kuno, sekarang dalam negara Turkmenistan)

2. Dari generasi saafussoleh, meninggal pada tahun 187 hijrah di Mekah.

3. Dalam kitab Tobaqat Sufiyah (karya Imam Abi Abdurrahman al-Sulami, wafat 412 hijrah), beliau disenaraikan dalam tokoh-tokoh sufi generasi pertama (الطبقة الأولى), malah tokoh pertama ditonjol dalam kitab tersebut. Terdapat lima generasi sufi dalam kitab itu. Terdapat lebih 100 tokoh sufi diceritakan, bermula dari (1) al-Fuhail (wafat 187 hijrah) hinggalah (104) Abu Abdillah al-Dinuri.

4. Di antara cetusan minda beliau ialah;

 من يجلس مَعَ صَاحب بِدعَة لم يُعْط الْحِكْمَة

"Sesiapa bergaul dengan ahli bid'ah, nescaya tidak dikurniakan hikmah (oleh Allah)".

فِي آخر الزَّمَان أَقوام يكونُونَ إخْوَان الْعَلَانِيَة أَعدَاء السريرة

"Akhir zaman nanti muncul golongan-golongan yang menyukai penampilan luaran, pada masa yang sama membenci (pengislahan) batin".

أَحَق النَّاس بِالرِّضَا عَن الله أهل الْمعرفَة بِاللَّه عز وَجل

"Orang yang paling layak diredhai Allah ialah yang ahli dalam mengenalNya".

 لَا يَنْبَغِي لحامل الْقُرْآن أَن يكون لَهُ إِلَى خلق حَاجَة لَا إِلَى الْخُلَفَاء فَمن دونهم يَنْبَغِي أَن تكون حوائج الْخلق كلهم إِلَيْهِ

"Tidak sepatutnya ahli Quran menaruh hajat (keinginan) kepada makhluk -sama ada kepada khalifah atau yang berdarjat lebih bawah, sebaliknya merekalah yang sepatutnya menaruh hajat (keinginan) kepadanya".

لم يتزين النَّاس بِشَيْء أفضل من الصدْق وَطلب الْحَلَال

"Tiada perhiasan sebaik kejujuran dan mencari yang halal".

أصل الزّهْد الرِّضَا عَن الله تَعَالَى

"Punca zuhud ialah sikap redha terhadap Allah Taala".

من عرف النَّاس استراح

"Sesiapa mengenali hakikat manusia akan merasai kerehatan/ketenangan"

 إِبْرَاهِيم قَالَ سَأَلت الفضيل بن عِيَاض عَن التَّوَاضُع فَقَالَ أَن تخضع للحق وتنقاد لَهُ وَتقبل الْحق من كل من تسمعه مِنْهُ

Ibrahim bertanya beliau tentang tawadhuk, lalu dia menjawab; ""Tawadhuk ialah kamu tunduk kepada bebenaran dan akur kepadanya, serta kamu sudi menerima yang betul/benar dari siapa pun kamu mendengarnya'.

ثَلَاث خِصَال تقسي الْقلب كَثْرَة الْأكل وَكَثْرَة النّوم وَكَثْرَة الْكَلَام

"Tiga perkara mematikan hati; banyak makan, banyak tidur dan banyak bercakap".

خير الْعَمَل أخفاه وأمنعه من الشَّيْطَان وأبعده من الرِّيَاء

"Amalan terbaik ialah yang paling tersembunyi, paling terhalang dari Syaitan dan paling jauh dari riyak".

إِن من شكر النِّعْمَة أَن نُحدث بهَا

"Antara tanda mensyukuri nikmat ialah memperkatakannya".

أَبى الله إِلَّا أَن يَجْعَل أرزاق الْمُتَّقِينَ من حَيْثُ لَا يحتسبون

"Allah sentiasa memberi rezki kepada orang-orang bertakwa dari arah yang tidak mereka sangka".

لَا عمل لمن لَا نِيَّة لَهُ وَلَا أجر لمن لَا حسبَة لَهُ

"Tiada amalan tanpa niat dan tiada pahala tanpa muhasabah".

.

Rujukan;

1. al-Tobaqaat al-Shufiyah (الطبقات الصوفية), Abi Abdirrahman al-Sulami, tahqiq; Dr Ahmad al-Syirbasi, Kitab al-Sya'b (1998).

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries