Laman Info Agama Anda

KEBAIKAN RUTOB (KURMA BASAH) UNTUK WANITA BARU BERSALIN

Dalam surah Mariam, diceritakan bahawa ketika saat Saidatina Mariam melahirkan Nabi Isa AS, dibekalkan Allah untuknya air dan rutob (tamar masak ranum);

  1. Maka Maryam mengandungkannya (Nabi Isa AS), lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.
  2. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan".
  3. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.
  4. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu,
  5. maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini".

(surah Mariam).

Ketika mentafsirkan ayat ini, Imam al-Baghawi (wafat tahun 510 hijrah) menaqalkan dalam tafsirnya pandangan al-Rabi' bin Khaisam (seorang tabiin, wafat sebelum tahun 65 hijrah) yang menyatakan; 

"Mengikut perhatianku, tidak ada makanan paling baik bagi wanita baru bersalin melebihi rutob dan tidak ada yang paling baik bagi orang sakit melebihi madu" (Tafsir Ma'alim al-Tanzil, 3/359).

Apa beza tamar dan rutob?

Istilah rutob dan tamar adalah merujuk kepada peringkat dalam perkembangan buah kurma. Apabila buah kurma mula matang dan lembut, kulitnya menjadi nipis,dan berubah menjadi coklat atau hitam, terbentuklah rutob (kurma basah). Apabila kurma basah itu kehilangan sebahagian besar air, kulitnya menjadi tebal, terbentuklah tamar (kurma kering). Maka disimpulkan bahawa bahawa rutob ialah kurma basah, sedang tamar pula ialah kurma kering (lihat; https://www.supermama.me/posts/the-difference-between-damp-and-dates).

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries