3 POTENSI ILMU DALAM DIRI

Allah berfirman; "Katakanlah (wahai Muhammad SAW) sekiranya lautan dijadikan dakwat untuk mencatat kalimah-kalimah Allah, nescaya akan kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Allah itu dicatat sekalipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu juga" (surah al-Kahfi, ayat 109).

Maksud kalimah-kalimah Allah dalam ayat ini ialah rahsia ilmu dan hikmah Allah di sebalik kejadian dan ketetapanNya di alam ini (lihat; Tafsir al-Baghawi). 

Ayat ini menggambarkan betapa luasnya ilmu Allah untuk diterokai. Menurut Imam al-Ghazali, rahsia Allah hanya mampu difahami oleh orang-orang yang diberi ilham oleh Allah sehingga dapat melihat kebesaran Allah dengan pandangan akal dan mata hatinya (yakni memanfaatkan indra dalamnya). Adapun orang yang hanya menggunakan indra luar (mata, telinga..) untuk memahami segala yang di hadapinya, dia ibarat seekor semut melihat pen yang sedang mencoret kertas. Kerana sangat kecil matanya, dia hanya mampu melihat tulisan dan mata pena sahaja. Adapun pen itu sendiri, tidak terjangkau oleh matanya, apatahlagi tangan yang memegang pen dan tubuh si pemilik tangan itu” (Ihya’ Ulumiddin, kitab Tauhid dan Tawakal).. 

Maka manfaatkanlah semua potensi ilmu yang ada dalam diri kita; indra (sentiasa mendengar & memerhati), akal (berfikir & merenung) dan hati (menghayati, merasai, menghadirkan ke dalam jiwa). Nikmatilah kelazatan makrifah sebagaimana dinikmati para arifin. Sentiasalah mentadabbur al-Quran, kerana melalui tadabbur kita mengaktifkan ke semua potensi tersebut. Kalau sekadar baca sahaja, kita hanya melihat/mendengar huruf-huruf sahaja. Ya, kitab tetap diberi pahala (insya Allah), namun rahsia di sebalik huruf-huruf yang kita baca itu tidak tersingkap kepada kita.

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries