Imam al-Bukhari RHM meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan; Nabi SAW bersabda; 


نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، الصِّحَّةُ، وَالْفَرَاغُ

“Dua nikmat, ramai manusia telah kerugian kerana mensia-siakannya, iaitu; nikmat sihat dan nikmat lapang” (Soheh al-Bukhari; 6412).



Menurut Imam al-Qastalani, ramai manusia kerugian kerana ketika mereka sihat dan ketika masih kelapangan mereka lebih sibuk dengan hal-hal keduniaan, sehingga tidak ada masa untuk ibadah. Kehidupan di dunia ibarat pasar akhirat atau ladang akhirat. 

Di pasar dunia kita berjual-beli dengan Allah (dengan memberikan masa atau harta yang kita miliki untuk Alah) bagi meraih keuntungan (yakni pahala yang dijanjikan Allah) di akhirat nanti. Begitu juga, di ladang dunia kita menanam amal-amal soleh yang hasilnya akan kita tuai di akhirat nanti. 

Sihat dan lapang tidaklah kekal selamanya. Tiba masa kedua nikmat itu akan hilang. Maka orang yang memanfaat masa-masa sihatnya dan lapangnya untuk mentaati Allah dia akan beruntung kerana menggunakan kesempatan sebaiknya.untuk mencari bekal ke akhirat. Adapun orang yang menggunakannya untuk bermaksiat kepada Allah ia akan kerugian kerana telah mensia-siakan kesempatan yang diberikan Allah.

Rujukan; Irsyad al-Sari, 9/236.