• 01110570915
  • Hubungi Kami
  • Tambun Tulang, Arau, Perlis
  • Lokasi Kami
  • 8.30 am – 5.30 pm
  • Waktu Operasi Kami

Akademi Al-Quran Imam Al-Syafiie

Wawasan akademi ini ialah untuk menyebarkan Ilmu Al-Quran dan Hadis kepada masyarakat umum supaya mereka cakna dengan keindahan keilmuan Al-Quran dan Hadis serta dapat mempengaruhi cara kehidupan harian masyarakat umum.

Idea penubuhan akademi ini dicetuskan oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil, seorang penulis dan pendakwah bebas dari Arau, Perlis.

Pembinaan Asrama Akademi telahpun bermula pada bulan Januari 2024 dengan bilik kuliah akan dijalankan di Surau Al-Abidin, Kampung Pida 3 Lama, Tambun Tulang, Arau.

Akademi ini dalam proses mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Perlis, dan menyediakan pelajar dengan ilmu diniyah.

Perbincangan dengan Majlis Agama Islam Perlis juga sedang dalam prosess untuk menyediakan guru-guru akademik untuk pelajar menghadapi SPM, mengikut kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Lihat Profile Akademi

Surau Al-Abidin menjadi pusat akademik dan diniyah bagi Akademi ini. Di surau ini pengajian berikut akan dilakukan

  1. Pengajian Tahfiz dan Ulum Sepenuh Masa (Isnin - Jumaat) - [Keterangan]
  2. Pengajian Tahfiz Jarak Jauh (Sabtu - 8:30-10:30 pagi ) - [Keterangan]
  3. Pengajian Tahfiz Online (Ahad - 8:30-10:30 pagi) - [Keterangan]
  4. Pengajian Bahasa Al-Quran Online (Bulan Februari) - [Keterangan]

Dana operasi Akademi ini adalah menerusi:

  • Yuran Kelas Online
  • Penulisan Buku dan E-Book
  • Penjualan Produk Terpilih
  • Perkhidmatan Digital
  • Dana Awam dari masyarakat, agensi kerajaan dan swasta.

Maklumat pengambilan pelajar yang lebih lanjut boleh didapati dengan menekan link yang diberikan dibawah.

Program Pengajian

Pengajian Tahfiz dan Ulum Sepenuh Masa

Program pengajian terbahagi kepada 2 bahagian:

  • QISM Tahfiz - Pengajian 3 tahun.
  • QISM Ulum - Pengajian 2 tahun.
Syarat Kemasukan:
  • Lelaki sahaja
  • Berumur 12-15 tahun bagi QISM Tahfiz.
  • Berumur 15-20 tahun bagi QISM Ulum.
  • QISM Tahfiz - Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
  • QISM Ulum - Telah menghafal 15 Juzuk Al-Quran.
  • Tidak menghadapi penyakit kronik.
  • Bersedia untuk tinggal di asrama.
  • Lulus Temuduga.
  • Tarikh Kemasukan : Feb 2024
Silibus Pengajian

Silibus Pengajian Terbahagi kepada 3 bahagian

  • Tahfiz Al-Quran
    • Tajwid
    • Hafalan
  • Pengajian Asas Akademik
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Pendidikan Islam
    • Sejarah
    • Sains
  • QISM 'Ulum
    • Nahu & Sorof & Balaghah
    • Feqah (Mazhab Imam Al-Syafiie)
    • Aqidah (Ahli Sunnah Wal Jamaah)
    • Tazkiyah
    • Tafsir & Ulum Quran

Pengajian Tahfiz Sambilan

Program Pengajian Bersemuka Setiap Minggu (Hari Sabtu)

Syarat Kemasukan:
  • Lelaki & Perempuan
  • Berumur bawah 15 tahun
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik
  • Berminat untuk menghafal Al-Quran
  • Pengajian diadakan di Surau Al-Abidin
  • Lulus Temuduga.
  • Yuran Kemasukan : RM 30.00
  • Yuran Bulanan : RM 50.00
  • Tarikh Kemasukan : Feb 2024

Pengajian Tahfiz Online

Program Pengajian Bersemuka Setiap Minggu (Hari Ahad)

Syarat Kemasukan:
  • Lelaki & Perempuan
  • Berumur bawah 15 tahun
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik
  • Berminat untuk menghafal Al-Quran
  • Pengajian secara Google Meet
  • Lulus Temuduga.
  • Yuran Kemasukan : RM 30.00
  • Yuran Bulanan : RM 50.00
  • Tarikh Kemasukan : Feb 2024

Pengajian Bahasa Al-Quran Online

Program Pengajian Bersemuka Setiap Minggu

Syarat Kemasukan:
  • Lelaki & Perempuan
  • Tiada Had Umur
  • Kenal Huruf Arab Al-Quran
  • Berminat untuk memahami Al-Quran
  • Pengajian secara Google Meet
  • Lulus Temuduga.
  • Yuran Kemasukan : RM 30.00
  • Yuran Bulanan : RM 50.00
  • Tarikh Kemasukan : Feb 2024

Pendaftaran

Maklumat Cara Mendaftar
  • Melalui Whatsapp/Telefon
    • Ustaz Hasif Hamdi : 01110570915
    • Ustazah Iman Ahmad Adnan : 01110813410
  • Melalui Email
  • akademialquranimamalsyafiie@gmail.com