Laman Info Agama Anda

PERLUKAH MAULID NABI SAW DI SAMBUT?

Setiap tahun hjrah, akan muncul Rabi'ul-Awwal, bulan disepakati ahli sirah dan sejarawan Islam bahawa itulah bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Selain Rabi'ul Awwal, turut disepakati ialah hari kelahiran baginda iaitu hari Isnin.

Menakjubkan kerana baginda lahir hari Isnin dalam bulan Rabi'ul Awwal dan wafat juga pada hari dan bulan yang sama. Tidak ada kebetulan dalam takdir Allah, maka pastinya hari Isnin dan Rabiul Awwal mempunyai kelebihan dan keunggulan tertentu.

Ya, itu lah yang berlaku hingga berakhir dunia. Isnin kekal menjadi hari puasa umat Islam yang istiqamah berpuasa. Rabiul Awwal pula kekal menjadi bulan kebesaran umat Islam setiap tahun. Tanpa diminta Syariat, bulan itu diraikan, semata-mata kerana kasih dan cinta kepada diri Muhammad SAW maka segala yang berkait dengan baginda turut dicintai, hatta wajah sepatu dan capal baginda SAW. 

Perlukah Maulid Nabi SAW disambut? Nabi Muhammad SAW sentiasa dalam ingatan setiap umat baginda yang taat. Mereka menyebut nama baginda, bukan mingguan atau bulanan atau tahunan, tetapi setiap hari.

Tidak pernah berlalu hari tanpa sebutan Muhammad SAW. Bagaimana mungkin nama baginda SAW tidak disebut, walhal tasyahhud dan selawat menjadi sebahagian dari rukun solat yang mereka lakukan setiap hari. Bacaan tasyahhud ditutup dengan syahadah; Lailaha Illaalah Muhammadur Rasulullah, diikuti selawat selepasnya; Allahumma Sholli 'ala Muhammad... Malah sebelum syahadah dan selawat itu terlebih dahulu salam diucapkan kepada baginda; as-Salamu alaika ayyuhan Nabiyyu warah matullahi wabarakatuh

Maka setiap hari bagi muslim yang taat adalah hari bersama Nabi Muhammad SAW. Jika begitu, perlukah lagi ingatan kepada baginda SAW di bulan Rabi'ul Awwal? Sukar untuk dijawab, kerana ingatan tidak ada sukatan tertentu untuk ditimbang atau disukat; apakah telah cukup atau telah berlebihan atau masih berkurang?

Perasaan manusia tidak pernah sama. Setiap mereka ada cara tersendiri meluahkan perasaan cinta dan kasih kepada orang dicintai dan dikasihi.

Bila menjelma cinta pada Laila

Ada yang hanya menyebut Laila

Ada yang bermimpikan Laila

Ada yang mendakap Laila

Ada yang berkata; jika tidak dapat mendakap Laila

cukup dapat menatap Laila

Jika menatapnya pun tidak dapat

cukup bagiku memandang rumah Laila 

atau menyebut namanya sahaja

Cuma jangan menghalangku dari Laila

****

 

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries