Laman Info Agama Anda

PENGADILAN DI AKHIRAT; APA KAYU UKURNYA?

Hampir semua kita (manusia) bermazhab, dalam erti memiliki kefahaman dan sudut pandang tersendiri (biasanya dipengaruhi pelbagai faktor yang melingkungi kita); sama ada dalam perkara agama, ideologi, aqidah, feqah, politik atau lainnya.
.
Di akhirat kita akan diadili Tuhan (Allah). Di sana lembaran-lembaran hidup kita di dunia akan dibentang, akan dihisab dan ditimbang. Adakah pengadilan hari itu akan mengikut mazhab yang kita anuti? Tentu tidak.
.
Pengadilan hanya mengikut ketetapan Tuhan dan segalanya telah termaktub dalam kitab suciNya (al-Quran) dan telah disampaikan RasulNya (Muhammad SAW);
.
“Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab (Allah) serta mendirikan shalat (akan diberi pahala) karena sesungguhnya Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat islah (kebaikan)” (surah al-A’raf, ayat 170).
.
Kerana itu setiap ayat dalam kitab Allah (al-Quran) perlu kita pelajari satu persatu dan menyemak mazhab/pegangan kita untuk diselarikan dengan kandungannya. Kelihatan memayahkan. Ya, namun itulah gunanya kemampuan otak kita (yang dikatakan melebihi komputer sebesar padang bola).
.
23 tahun diperlukan untuk menghadamkan al-Quran (mengikut tempoh penurunannya). Kita sebenarnya telah dikurniakan umur melebihi tempoh tersebut. Namun kita banyak mensia-siakan umur kita untuk selain al-Quran. Mudah-mudahan umur berbaki adalah untuk al-Quran*.
.
* Jangan lupa juga Sunnah/Hadith Nabi SAW, kerana ia mentafsirkan al-Quran.
.
 
 

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries