Laman Info Agama Anda

hadis

MUTIARA HADIS (5); TIGA IBADAH PESANAN NABI SAW KEPADA ABU HURAIRAH RA

Abu Hurairah RA menceritakan;

 أَوْصَانِي خَلِيلِي - صلى الله عليه وسلم - بِثَلاثٍ صِيَامِ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ , وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى , وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

"Teman setiaku (yakni Nabi Muhammad SAW) memesan daku tiga perkara;

1. Berpuasa tiga hari setiap bulan

2. Dua rakaat solat dhuha

3. Agar aku berwitir sebelum tidur"

(HR al-Bukhari dan Muslim. 'Umdatul Ahkam, Imam al-Maqdisi, hadis no. 205).

Maksud "memesan daku" ialah; menyuruhku dengan suruhan bersungguh-sungguh (Mirqat al-Mafatih, 3/944).

Dari hadis ini dapat kita ambil beberapa pengajaran dan hukum;

a) Galakan berpuasa tiga hari pada setiap bulan Islam. Sebahagian ulamak berkata; iaitu pada pada hari-hari putih (أيام البيض), yakni tanggal 13, 14 & 15 pada setiap bulan. Ada berkata; sehari di awal bulan, sehari di tengahnya dan sehari di hujungnya. Ada berkata; terpulang pada mana-mana hari asalkan tiga hari setiap bulan (Mirqat al-Mafatih, 3/944).

b) Galakan melakukan solat dhula setiap hari sekurang-kurangnya dua rakaat. Dua rakaat adalah dhuha yang paling pendek. Paling panjang ialah 8 rakaat dan ada pandangan berkata 12 rakaat. Waktu solat dhuha bermula dari saat matahari meninggi segalah (kira-kira 20 minit setelah terbit matahari) dan berlanjutan hingga sebelum matahari berada di tengah langit (iaitu kira-kira 15 minit sebelum masuk waktu solat zohor).

c) Galakan melakukan solat witir pada setiap malam. Masa solat witir ialah selepas isyak hingga sebelum subuh. Dilakukan dengan bilangan ganjil, sekurang-lurangnya 1 rakaat, namun sebaiknya jangan kurang dari 3 rakaat. Paling banyak ialah 11 rakaat. Paling baik witir dilakukan di penghujung malam sebagai penutup solat malam atau tahajjud. Namun jika bimbang tidak terbangun, boleh dikerjakan di awal malam (sebelum tidur) sebagaimana pesanan Nabi SAW kepada Abu Hurairah RA dalam hadis ini.

d) Galakan menjaga amal soleh dengan melakukannya secara istiqamah (berterusan).

Wallahu a'lam.

MUTIARA HADIS (4): ENAM JATI DIRI SEORANG MUSLIM

بسم الله والحمد لله والصلاة على رسول الله، أما بعد:

(6) Dari Abi Kabsyah al-Anmari RA menceritakan; aku telah mendengar Nabi SAW bersabda; 

 «ثَلَاثَةٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ» قَالَ: «مَا نَقَصَ مَالُ عَبْدٍ مِنْ صَدَقَةٍ، وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ مَظْلِمَةً فَصَبَرَ عَلَيْهَا إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عِزًّا، وَلَا فَتَحَ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلَّا فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ بَابَ فَقْرٍ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا»

«وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ» قَالَ: " إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ، عَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ، وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ، وَيَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقًّا، فَهَذَا بِأَفْضَلِ المَنَازِلِ، وَعَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا فَهُوَ صَادِقُ النِّيَّةِ يَقُولُ: لَوْ أَنَّ لِي مَالًا لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ فَهُوَ بِنِيَّتِهِ فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ، وَعَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا، فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ، وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ، وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقًّا، فَهَذَا بِأَخْبَثِ المَنَازِلِ، وَعَبْدٍ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ: لَوْ أَنَّ لِي مَالًا لَعَمِلْتُ فِيهِ بِعَمَلِ فُلَانٍ فَهُوَ بِنِيَّتِهِ فَوِزْرُهُمَا سَوَاءٌ "

"Tiga perkara, aku bersumpah (bagi menegaskan hakikat) tentangnya dan aku juga ingin menyampaikan satu hadith kepada kamu, hendaklah kamu menjaganya;

Baca Selanjutnya ...

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries