Laman Info Agama Anda

MUTIARA HADIS (12): BERDOA UNTUK ANAK

Sabda Nabi SAW; "Tidak doa yang akan diperkenankan (Allah SWT) tanpa sebarang kesangsian;
1. Doa orang dizalimi,
2. Doa orang musafir,
3. Doa bapa/ibu untuk anak"
(Sunan Ibnu Majah; 3862, dari Abu Hurairah RA. Syeikh al-Arnaut; hadis hasan lighairih).
.
Dalam hadis lain, baginda SAW bersabda; "Tiga doa yang tidak akan ditolak (Allah SWT);
1. Doa bapa/ibu untuk anak,
2. Doa orang berpuasa,
3. Doa orang musafir"
(al-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 6463. Al-Jami' al-Saghier; 3456. Al-Suyuti; hadis soheh).
.
Lafaz asal dalam hadis ialah "دعوة الوالد لولده". Menurut ulamak; kalimah al-walid (الوالد) tidak hanya bermaksud bapa, tetapi lebih utama bermaksud ibu. Malah menurut Imam al-Munawi; ia merangkumi juga datuk, nenek dan semua yang menjadi asal-usul kita.
.
Rujukan; Syarh al-Harari Li Sunan Ibnu Majah, 23/77 dan Faidhul Qadier, 3/301.

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries