Laman Info Agama Anda

MUTIARA HADIS (2): DENGAN NIAT KITA DIBANGKITKAN

باسم الله والصلاة على رسول الله، أما بعد:

(3) Saidatina 'Aisyah RA menceritakan; Nabi SAW pernah bercerita; satu kumpulan tentera berniat menyerang Kaabah. Tiba di satu tanah lapang di pinggir Mekah, semua yang berada di kawasan itu ditenggelamkan (Allah) meliputi orang terawal dan yang terakhir (tiba di situ). Lalu aku bertanya; wahai Rasul Allah SAW, bagaimana Allah boleh menenggelamkan ke semua mereka dari yang awal tiba hingga ke yang akhir tiba sedangkan ada di kalangan yang hadir adalah ahli-ahli pasar (yakni hadir untuk berurusan jual-beli, bukan untuk meruntuhkan Kaabah)? Nabi SAW memberi jawapan;

يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ، ثُمَّ يُبْعَثُونَ عَلَى نِيَّاتِهِمْ

"Allah menenggelamkan ke semua mereka, namun mereka akan dibangkitkan nanti dengan niat masing-masing" (HR al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. al-Muntaqa; 4).

(4) Abu Hurairah RA dan Jabir RA menceritakan; Nabi SAW bersabda;

«إِنَّمَا يُبْعَثُ النَّاسُ عَلَى ‌نِيَّاتِهِمْ»

"Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan dengan niat-niat mereka" (HR Ibnu Majah dengan isnad yang baik. a-Muntaqa; 5). 

Pengajaran hadis

Menurut Syeikh al-Harari; maksud "dibangkitkan dengan niat-niat mereka" iaitu niat dan keyakinan mereka ketika mati, jika baik maka baiklah balasan untuk mereka dan jika buruk maka buruklah balasan untuk mereka (lihat; Syarh Sunan Ibnu Majah; 26/61-62). 

Hadis ini menekankan agar kita sentiasa menghadirkan niat yang baik bagi setiap saat dalam kehidupan kita, kerana kita tidak mengetahui bila Malaikat maut akan datang menjemput kita. Mudah-mudahan dengan niat yang baik yang sentiasa tersemat dalam hati kita, kita akan mati dengan husnul khatimah jika ditakdirkan kematian menjelma kepada kita secara tiba-tiba kerana kita akan dibangkit di akhirat dengan niat dan keyakinan hati kita ketika berlaku kematian kita.

***والحمد الله، اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة، آمين***

HADIS SEBELUM

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries