Laman Info Agama Anda

artikel

SYURGA UNTUK ORANG MERENDAH DIRI

Terjemahan surah al-Qasas ayat 83.
 
Merendah diri dianggap tidak bernilai di sisi manusia, namun di sisi Allah nilainya sangat tinggi. Orang yang memilikinya akan dimuliakan Allah dengan syurga di akhirat. Allah berfirman (dengan maksud);
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah :
 

WALIMAH NABI SAW

Walimah yang dilakukan Nabi SAW ketika mengahwini beberapa isteri baginda;
.
1. Walimah Sofiyah RA; kurma, susu kering dan mentega (Soheh al-Bukhari; 4213, dari Anas RA).
.
2. Walimah Zainab RA; roti dan daging kambing. Kata Anas RA; inilah walimah paling besar yang dilakukan Nabi SAW (Soheh al-Bukhari; 4794. Soheh Muslim; 1428).
.
3. Walimah Ummu Salamah RA; tamar dan mentega (HR al-Maqdisi dengan sanad hasan. al-Ahadith al-Mukhtarah; 2036, dari Anas RA).
.
4. Walimah perkahwinan Ali dan Fatimah RA; Nabi SAW menyediakan kurma dan kismis. Sa'ad RA menghadiahkan kambing dan ada Ansar RA memberikan beberapa gantang jagung (Musnad Ahmad; 23035, dari Buraidah RA. Sunan Ibnu Majah; 1911. Majma' al-Zawaid; 6147).
.
Kesimpulan;
.
a) Walimah dibuat ikut kemampuan
b) Tidak semestinya sama antara anak-anak atau isteri-isteri (bagi yang nak nikah lebih).
c) Boleh *bantu-membantu antara sesama muslim sebagaimana ketika perkahwinan Saidina 'Ali RA dan Fatimah RA.

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries