Laman Info Agama Anda

ARTIKEL

PENYAMBUNG LIDAH NABI SAW

PENYAMBUNG LIDAH NABI SAW
.
Nabi Muhammad SAW yang kita cintai tentunya senyum gembira melihat kita jika menjadi penyambung lidahnya, kerana itulah yang dipesan baginda kepada sahabat-sahabatnya;
.
"Hendaklah kamu sekelian menyampaikan (apa yang kamu dapat) dariku walau sekadar satu ayat al-Quran (atau satu ungkapan hadis)" (Soheh al-Bukhari; 3461).
.
Malah baginda mendoakan agar Allah memberikan keceriaan hidup kepada orang yang menyampaikan hadisnya sebagaimana difahami dari sabdanya;
.
"Semoga Allah memberi keceriaan/kebahagiaan kepada seorang yang mendengar ucapanku, lalu dia mengingatinya, kemudian dia menyampaikannya persis seperti yang didengarnya" (al-Tirmizi; 2657, hadis hasan soheh).
.
Pastikan hadis yang ingin kita sampaikan itu hadis yang benar, kerana baginda pasti akan kecewa dengan kita, malah baginda mengancam kita dengan sabdanya;
.
"Sesiapa mengadakan pendustaan ke atasku dengan sengaja, sediakanlah tempat duduknya dalam neraka" (Soheh al-Bukhari; 3461).
.
Tuan/puan yang mencari hadis untuk dikongsi, boleh layari blogspot saya; http://mutiara-sunnahnabi.blogspot.com/. Ada sedikit hadis di situ. Blog ini dah lama, cuma tidak pernah saya kongsikan sebelum ini.
 
 

WUDHUK SEBELUM TIDUR

WUDHUK SEBELUM TIDUR
.
Biasanya kita akan ke bilik air sebelum tidur, maka ambillah kesempatan itu untuk berwudhuk. Jika tidak, kita akan kehilangan satu fadhilat yang sangat bermakna bagi orang beriman, iaitu doa malaikat.
.
Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda; "Sucikanlah jasadmu (sebelum tidur), semoga Allah menyucikan kamu. Tidak ada seorang hamba (Allah) yang bermalam (tidur) dalam keadaan suci (berwudhuk) melainkan sepanjang malam ada malaikat menemaninya. Tidak beralih tubuhnya sesaatpun melainkan malaikat itu berdoa; Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini kerana dia bermalam dalam keadaan suci" (HR al-Tobrani. al-Jami' al-Saghier; 5278. Menurut al-Haitami; hadis hasan).
.
Dalam hadis lain, Nabi SAW mengajar kita; "Apabila kamu ingin ke tempat tidurmu, ambillah wudhuk sebagaimana wudhukmu untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu, kemudian baca doa (sebelum tidur)" (HR al-Bukhari; 247).
.
Tulisan asal; facebook

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries