Laman Info Agama Anda

MUTIARA HADIS (11): TIGA ORANG AKAN MENDAPAT RUMAH DALAM SYURGA

Diriwayatkan dari Abu Umamah al-Bahili RA; Nabi SAW bersabda;

أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا، وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

((Aku menjamin untuk orang yang meninggalkan perbalahan sekalipun dia benar (bahawa dia akan dikurniakan) dengan sebuah rumah di pinggir syurga, sebuah rumah di tengahnya untuk orang yang meninggalkan pendustaan sekalipun berupa gurauan dan sebuah rumah di tempat tertinggi dalam syurga untuk orang yang memperelokkan akhlaknya)) (Sunan Abu Daud; 4800. Syeikh al-Arnaut; isnadnya hasan).

Dalam hadis ini Nabi SAW menjanjikan rumah di dalam syurga untuk tiga orang;

1. Orang yang tidak mahu berbalah; rumah di pinggir syurga

2. Orang yang jujur (tidak mahu berbohong); rumah di tengah syurga

3. Orang yang sentiasa berakhlak; rumah di tempat tertinggi dalam syurga

Menurut Imam al-Khattabi; maksud rumah dalam hadis tersebut ialah istana dalam syurga.

Menurut ulamak; perbalahan akan membawa kepada perpecahan sesama kaum muslimin, merendah-rendah martabat saudara muslim yang lain dan mengangkat kelebihan diri sendiri. Kerana itu perlu ditinggalkan.

Dari hadis ini kita dapat menimba beberapa pengajaran untuk kehidupan kita;

1. Sentiasa berakhlak mulia sesama manusia terutama kepada saudara-saudara seagama.

2. Jangan menimbulkan perbalahan sesama saudara muslim sekalipun untuk menegakkan kebenaran. Jika perlu menegur saudara muslim yang melakukan kesalahan, berikan teguran dengan berhikmah bagi mengelakkan perbalahan.

3. Sentiasa menjaga tutur kata dari berdusta.

4. Matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang buruk. Dalam menegakkan kebenaran jangan digunakan uslub/cara yang dilarang agama, antaranya yang boleh menimbulkan perbalahan dan perpecahan umat.

Rujukan;

(1) 'Aunul Ma'bud, 13/108.

(2) Tuhfah al-Ahwazi, 6/110.

* kredit gambar; https://www.amrkhaled.net/

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries