Laman Info Agama Anda

APA YANG KITA CARI DALAM AGAMA?

Soalan; apa yang seharusnya kita cari dalam agama?

Jawapan; 

بسم الله والصلاة على رسول الله

Agama tidak diturunkan Allah SWT melainkan untuk membimbing manusia manusia ke jalan yang lurus (الصراط المستقيم)، iaitu jalan yang membawa mereka kepada keredhaan Allah dengan mentauhidkan Allah, beramal soleh dan ikhlas dalam beramal. Allah berfirman dalam surah al-Kahfi;

"Maka sesiapa percaya dan mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan dalam ibadahnya kepada Tuhannya (Allah) dengan sesiapapun" (ayat 110).

Jelas dari ayat ini bahawa dua persiapan yang perlu kita lakukan untuk mengadap Allah dalam keadaan diredhai Allah;

1. Beramal soleh (yakni amal-amal yang diredhai Allah)

2. Tauhid dan ikhlas kepada Allah.

Kesimpulannya, dalam agama ini kita perlu fokuskan untuk mencari ilmu yang membimbing kita mengenal Allah dan mengajar kita amalan-amalan yang diredhai Allah serta mendidik hati kita dengan niat dan ketulusan keranaNya.

وصلى الله على سيدنا ومحمد والحمد لله

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries