Laman Info Agama Anda

KESILAPAN KERANA JAHIL; ADAKAH MEMBATALKAN SOLAT?

Soalan; Assalamualaikum ustz, boleh tak saya nak bertanya tentang solat. Kalau kita dah sujud, tiba-tiba kita rasa kita tak baca iktidal, kita silap baca allahuakhbr, kita tidak baca sami’allah. Kalau kita bangun dan rukuk semula, batal atau tidak solat kita? Adakah kita telah menambah rukun walaupun kita tidak berniat pun nak menambah rukun? Adakah perbuatan saya tu silap ustaz?

Jawapan;

باسم الله والصلاة والسلام على رسول الله،

Mengucapkan sami'allahu liman hamidah ketika bangun dari rukuk hanya sunat sahajaز Jika ditinggalkan atau tertinggal tidaklah membatalkan solat. Oleh demikian, tidak perlu kembali semula untuk melakukannya. Dari segi hukum, jika seseorang itu telah berpindah ke rukun berikutnya dan telah berada dalam rukun tersebut, dilarang untuk berpatah ke belakang bagi mendapat semula perbuatan sunat yang tertinggal. Melakukan sebegitu akan membatalkan solat, kecuali jika dilakukan kerana tidak tahu (jahil) tentang hukum tersebut.

Dalam kes di atas, tidak sepatutnya tuan/puan berpatah semula kepada rukuk semata-mata untuk membaca sami'allah (kerana bacaan itu hanya sunat sahaja). Namun (atas andaian) tuan/puan tidak tahu hukum tersebut, dimaafkan (yakni solat tuan/puan tidaklah batal), namun tuan/puan disunatkan melakukan sujud sahwi di hujung solat.

Imam al-Nawawi menjelaskan dalam Matan al-Minhaj (bagi kes seorang yang terlupa duduk tahiyyat awal dan telah berdiri pada rakaat berikutnya);

"Jika dia kembali (kepada duduk tahiyyat awal) dalam keadaan tahu akan pengharamannya (yakni pengharaman kembali duduk tahiyyat awal kerana hukumnya sunat sahaja), batallah solatnya. Jika dia kembali kerana lupa, tidaklah batal solatnya dan hendaklah sujud sahwi. Sama juga jika kembali kerana jahil (tidak tahu hukum), tidak batal (solat) mengikut qaul ashah (yakni pandangan paling soheh dari ulamak mazhab Syafiie), kerana masalah tersebut tergolong dalam masalah-masalah yang rumit bagi orang awam, maka faktor kejahilan diambil kira sebagai keuzuran. Namun (sebagaimana kerana lupa tadi) ia turut disunatkan sujud sahwi" (Matan al-Minhaj serta syarahnya Mughni al-Muhtaj, 1/286).

Wallahu a'lam bis-showab.

Rujukan;

(1) Mughni al-Muhtaj, Imam Muhammad bin al-Khatib al-Syirbini, Dar al-Fikr; Beirut (2001).

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries