Laman Info Agama Anda

BERTAKLID KEPADA MAZHAB BERBEZA

Fatwa; IMAM IZZUDDIN IBNU ABDISSALAM (الإمام عز الدين بن عبد السلام) (lahir 577 hjrah, wafat 660 hijrah)

Soalan; Adakah harus bagi seorang yang bermazhab Syafiie bertaklid kepada Imam Abu Hanifah atau imam lainnya dari kalangan imam-imam mazhab yang empat itu? Sebaliknya adakah harus seorang bermazhab Hanafi bertaklid kepada Imam Syafiie? Atau apakah setiap orang Islam hanya boleh bertaklid kepada imamnya sahaja dalam semua masalah agama tanpa boleh bertaklid kepada imam lain dari kalangan imam-imam (mujtahid)?

Jawapan;

Dibolehkan bertaklid kepada mana-mana satu dari imam-imam mazhab yang empat itu (Abu Hanifah, Malik, Syafiie dan Ahmad).  Harus bagi seorang muslim untuk bertaklid kepada salah seorang dari mereka dalam satu masalah, kemudian dia bertaklid kepada imam lain pula dalam masalah yang lain, yakni tidak dimestikan ke atasnya untuk bertaklid kepada satu imam sahaja bagi semua masalah agama. Namun tidak harus dia mencari-cari rukhsah (yakni mencari-cari pandangan yang mudah sahaja dari semua mazhab). Hanya Allah maha tahu, maha berhikmah, maha halus lagi maha rahim. Wallahu a'lam.

Rujukan;

(1) Fatawa Sulton al-'Ulama' al-'Izz Ibn Abdissalam, tahqiq; Mustafa 'Asyur, m.s. 38 (Maktabah al-Sa'ie, Riyadh, tanpa tahun).

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries