Laman Info Agama Anda

BID'AH DHOLALAH & BID'AH MAKRUHAH & BID'AH HASANAH

BID'AH DHOLALAH & BID'AH MAKRUHAH
.
Bid'ah dholalah bermaksud bid'ah yang sesat. Bid'ah makruhah pula bermakna bid'ah yang makruh (dibenci), adakalanya disebut bid'ah ghair mustahabbah (bid'ah yang tidak disukai).
.
Dalam kitab-kitab mazhab Syafiie, terdapat banyak amalan yang disebut ulamak dalam mazhab sebagai bid'ah yang sesat atau makruh, antaranya;
.
1. Kata Syeikh al-Khatib al-Syirbini; jika seseorang itu sengaja sujud tanpa suatu sebab, sekalipun selepas solat, hukumnya adalah haram kerana ia adalah bid'ah yang sesat (Mughni al-Muhtaj, 1/301).
.
2. Kata Imam al-Nawawi; solat yang dikenali degan solat raghaib iaitu solat 12 rakaat yang dilakukan antara maghrib dan isyak pada malam jumaat pertama bulan Rejab dan solat 100 rakaat pada malam nisfu Sya'ban, kedua-dua solat itu adalah bid'ah, munkar dan tercela (al-Majmu', 4/56).
.
3. Kata Imam al-Nawawi; amalan yang dilakukan ramai orang iaitu apabila imam membaca "إياك نعبد وإياك نستعين" mereka pun turut menyambut dengan membacanya, amalan itu adalah bid'ah yang ditegah melakukannya (4/83).
.
4. Berkata Imam al-Nawawi; keluarga si mati menyediakan makanan dan menghimpun orang ramai untuk menikmatinya, amalan itu tidak ada nas yang dinaqalkan tentangnya, ia adalah bid'ah yang tidak disukai (yakni makruh) (al-Majmu', 5/320).
.
5. Berkata Imam Ibnu Hajar; menyapu tengkuk ketika mengambil wudhuk adalah bid'ah sebagaimana ditegaskan Imam al-Nawawi (al-Minhaj al-Qawim, hlm. 31).
.
6. Berkata Syeikh al-Khatib; berlebihan melebarkan/meluaskan pakaian dan lengan baju adalah bid'ah, membazir dan merosakkan harta (Mughni al-Muhtaj, 1/586).
.
Pada zahirnya amalan-amalan di atas kelihatan baik dan elok, namun para ulamak menegaskannya sebagai bid'ah yang dilarang (sama ada haram atau makruh). Ini menunjukkan kepada kita bahawa bukan semua amalan/perkara yang dipandang elok atau baik boleh dianggap bid'ah hasanah.
.
Persoalannya; siapa yang berhak menentukan suatu perkara baru dalam agama itu bid'ah hasanah dan harus/boleh diamalkan? Jawapannya ialah; ulamak mujtahid. Syeikh Dr. Isa al-Himyari menegaskan dalam bukunya al-Bid'ah al-Hasanah;
.
"Setiap perkara baru (agar tidak terjebak dalam bid’ah yang sesat) amat perlu kepada penelitian seorang faqih, mujtahid dan alim tentang necara-neraca Syariat, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturannya, supaya dia dapat memerhati apakah perkara baru itu menepati Syariat lalu menjadi bid’ah hasanah atau menyalahi Syariat lalu menjadi bid’ah yang sesat" (al-Bid'ah al-Hasanah).
.
Maka nasihat saya untuk diri sendiri dan rakan-rakan; sebelum menganggap suatu amalan baru itu bid'ah hasanah, dapatkan dulu fatwa dari ulamak-ulamak muktabar. Oleh kerana kita bermazhab Syafiie, rujukan kita ialah fuqahak mazhab Syafiie dan kitab-kitab yang muktamad dalam mazhab.
.
Kepada para asatizah, bantulah masyarakat dengan menaqal untuk mereka, bukan memfatwa (kerana kita tiada kelayakan memfatwa).
 

Comments powered by CComment

Joomla! Debug Console

Session

Profile Information

Memory Usage

Database Queries