Nyamuk adalah haiwan yang kecil, namun sangat dikenali manusia, malah dalam al-Quran turut disebut;
.
"Sesungguhnya Allah tidak tidak malu untuk memberi perumpamaan apa sahaja (bagi menggambarkan kebesaranNya) sekalipun seekor nyamuk betina atau yang lebih kecil darinya" (surah al-Baqarah, ayat 26).
.
Antara fakta menarik tentang nyamuk;
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 

Soalan; Assalamu alaikum ustaz, apa hukum air yang digunakan untuk membasuh najis? Adakah dikira najis? kalau terpercik air tersebut semasa membasuh najis adakah perlu dibasuh?

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Jika sekiranya air percikan dari basuhan najis itu ada tanda-tanda bercampur najis (seperti terdapat bau najis darinya), ia dihukumkan sebagai najis dan pakaian atau anggota tubuh yang terkena percikan itu perlulah dibasuh.

Namun jika air percikan itu tidak ada tanda-tanda bercampur najis (tiada sebarang bau atau perubahan warna padanya), menurut pandangan yang rajih dalam mazhab Syafiie; hendaklah dilihat tempat basuhan najis itu. Jika ia kelihatan telah bersih dari najis, maka air yang terpisah darinya (yakni dari tempat basuhan itu termasuk yang terpercik darinya) turut dihukumkan sebagai bebas dari nanis (yakni suci). Namun jika kelihatan tempat basuhan itu masih bernajis, maka air yang terpisah (terpercik) darinya juga dihukumkan sebagai bernajis dan perlu dibasuh anggota/pakaian yang terkena percikan air tersebut (Mughni al-Muhtaj, 1/121).

Namun perlu difahami bahawa hukum fiqh terbina di atas keyakinan atau sangkaan yang kuat (dzan ghalib), bukan di atas waham atau waswas (yakni agakan-agakan tanpa asas). Oleh demikian, hukum perlu dibasuh anggota/pakaian yang terkena percikan itu jika percikan itu benar-benar dilihat oleh mata bahawa ia telah mengenai pakaian/anggota atau terdapat bau najis dan sebagainya. Adapun jika hanya agakan sahaja, tidaklah dituntut membasuhnya, kerana ia adalah waswas.

Wallahu a'lam.

Rujukan tambahan;

Fatwa Islamweb; https://www.islamweb.net/ar/fatwa/184163/

Dalam surah Quraysh, Allah menyebutkan 3 nikmat duniawi;
1. Keselamatan dalam perjalanan
2. Keselamatan dari kelaparan
3. Keselamatan dari ketakutan
.
Dalam hadis, Nabi SAW menyebutkan;
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 
Suatu hari Umar RA bertemu Nabi SAW. Dia berkata; Wahai Rasul Allah SAW, saya telah memperolehi sebidang tanah di Khaibar. Itulah harta paling berharga yang pernah saya perolehi. Apa yang ingin Tuan syorkan kepada saya?
.
Baginda Nabi SAW menjawab;
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 
Sabda Nabi SAW; "Khabar gembira (untuk orang beriman) di dunia ialah mimpi yang baik" (HR al-Tabrani. al-Jami' al-Saghier; 3141).
.
Dalam beberapa hadis, Nabi SAW menyebutkan; mimpi itu ada tiga jenis; mimpi dari Allah (mimpi yang baik), mimpi dari syaitan (mimpi jahat/buruk) dan percakapan jiwa (al-Jami' al-Saghier; 4493, 4494 dan 4495).
 
.
Bolehkah kita menceritakan mimpi kita kepada orang lain? Nabi SAW bersabda;
 
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 
Imam Abu Syamah (wafat 665 hijrah) sejak zamannya dia menyebutkan; 'Kebanyakan orang mempelajari al-Quran ketika ini tujuannya hanya menghafal al-Quran, menuturkan lafaz-lafaznya dengan baik, membetulkan makhraj-makhrajnya dan memperelokkan suara ketika membacanya (al-Mursyid al-Wajiz, m.s. 146).
.
Kita mendapati apa yang disebut beliau itu...
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 

Buku & Artikel

Klik Masuk

Masuk sini untuk kompilasi buku dan artikel susunan Ustaz Ahmad Adnan.

Go to top
JSN Pixel 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework