Cinta kepada Allah SWT dan Rasul SAW merupakan tuntutan Syarak ke atas setiap orang beriman. Sabda Nabi SAW; "Kamu tidak beriman selagi AKU tidak kamu cintai melebihi ayahmu, anakmu dan sekelian manusia yang lain" (Soheh al-Bukhari; 15, dari Anas RA).
.
Membolot cinta bermakna kita....
 
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 
Dalam ayat 6 (surah al-Maidah), Allah memerintahkan orang beriman sebelum mengadap Allah (yakni bersolat) pastikan diri berwudhuk. Jika berjunub, hendaklah mandi. Jika tidak ada air, gantikan dengan bertayammum.
.
Di hujung ayat itu Allah menjelaskan hikmahnya;
 
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 
Bid'ah dholalah bermaksud bid'ah yang sesat. Bid'ah makruhah pula bermakna bid'ah yang makruh (dibenci), adakalanya disebut bid'ah ghair mustahabbah (bid'ah yang tidak disukai).
.
Dalam kitab-kitab mazhab Syafiie, terdapat banyak amalan yang disebut ulamak dalam mazhab sebagai bid'ah yang sesat atau makruh, antaranya;
 
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 
Pada zaman Nabi SAW ada dua orang sahabat bermusafir bersama-sama. Bila tiba waktu solat, tidak ada air mengambil wudhuk, maka kedua mereka bertayammum dan mengerjakan solat bersama.
.
Namun sebelum waktu solat habis, mereka menemui air. Berlaku pertikaian antara mereka berdua. Salah seorang berkata;
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 
Apa yang kita tampilkan tanpa kita sedari ia sebenarnya menggambarkan apa yang ada dalam hati kita. Ibadat kita, cara kita berpakaian, tutur-kata kita, sikap/reaksi kita dengan orang (sama ada kawan atau lawan, isteri dan anak-anah), hatta apa yang kita postkan ke dalam FB kita, semuanya bermula dari hati dan boleh menjadi cermin untuk orang menilai hati kita.
.
Dalam hadis yang masyhur Nabi SAW bersabda: "Jika hati baik,......
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 
Bila timbul soalan ini dalam masyarakat kita, ada tiga jawapan yang mungkin keluar;
1. Saya tidak bermazhab, kerana saya mengambil terus dari al-Quran dan hadis,
2. Saya bermazhab Syafiie
3. Saya tak ambil kisah tentang mazhab, sebab saya memang tak puasa, tak solat dan sebagainya.
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 

Beliau dikenali oleh para sarjana Barat sebagai tokoh sosiologi (ilmu kemasyarakatan). Namun di dunia Islam, beliau kurang dikenali oleh umat Islam sebagaimana mereka mengenali imam-imam yang lain seperti Imam-Imam mazhab empat, Imam al-Bukhari, Muslim dan sebagainya, kerana umat Islam lebih membuka  mata kepada ilmu-ilmu agama berbanding ilmu-ilmu keduniaan.

Sedangkan pada zaman kegemilangan tamadun Islam dahulu, ilmu-ilmu keduniaan yang memberi manfaat kepada agama dan umat (seperti thib/kedoktoran, falak/astronomi, siasah/politik, ijtima'ie/sosiologi dan sebagainya) diiktiraf sebagai cabang dari ilmu-ilmu agama (iaitu tergolong dalam ilmu fardhu kifayah).

Hari ini -kerana kealpaan umat Islam- ilmu-ilmu keduniaan telah terlepas dari penguasaan mereka. Mereka hanya menguasai ilmu wahyu dan keagamaan. Adapun ilmu-ilmu keduniaan dikuasai oleh Barat, Jepun, Korea dan China dan umat Islam hanya menumpang hasil kajian, penemuan dan teknologi mereka termasuk dalam memberi contoh i'jazil ilmi (mukjizat saintifik) dalam Quran dan alat-alat penyebaran dakwah Islam.

 

1. Nama penuh; Abdurrahman bin Muhammad bin Khaldun 

2. Kelahiran; lahir pada tahun 732 Hijrah, bersamaan 1333 Masihi di Kota Tunisia (Maghribi).

4. Mazhab Aqidah; Asya'irah.

5. Mazhab Feqah; Maliki

6. Tempat tinggal; dua fasa;

    a) Fasa pertama; tinggal di Tunisia dari mula kelahirannya hingga usianya 52 tahun (iaitu hingga tahun 784H/1382M) 

    b) Fasa kedua; berpindah ke Mesir dan tingga di sana hingga tarikh kewafatannya (tahun 808H/1406M), iaitu selama kira-          kira 24 tahun.

 

7. Kepakaran ilmu dan penguasaan bidang;

- Beliau merupakan seorang sarjana, ahli falsafah, sosiologi, pengembara, sejarawan, politikus, sasterawan, pemikir, administrator, di samping faqih mazhab Maliki dan ahli hadis.

 

8. Pengajian dan pendidikan; 

- Tunisia (Maghribi) pada zaman Ibnu Khaldun merupakan pusat kegiatan ilmu yang penting di Utara Afrika.  

- Selama 18 tahun beliau menuntut ilmu secara formal. Pengajian beliau bermula dengan al-Quran, bahasa Arab dan sasteranya. Diikuti dengan tafsir, hadis, feqah, sirah dan ilmu-ilmu agama lainnya. Setelah melengkapi diri dengan ilmu agama dan bahasa Arab pada usia 16 tahun, beliau mempelajari pula ilmu logik dan fasafah. Antara guru beliau ialah;

  a) Bapanya Muhammad yang menjadi guru pertamanya

  b) Muhammad bin Sa'd bin Burral; hafalan al-Quran

  c) Muhammad bin Sahr; sastera persajakan

  d) Syamsuddin Muhammad al-Jabir; hadis dan feqah

  e) 'Abd al-Salam al-Hawwari; hadis dan feqah

  f) Abdul Muhaimin; Sunnan Sittah, Muwatta' Malik, Tarikh Ibnu Ishaq dan lain-lain

  g) Dari usia 20 tahun, beliu mula bergiat dalam politik dan pentadbiran negara di Tunisia dan Andalusia hinggalah usianya            mencecah 50 tahun (iaitu sebelum berpindah ke Mesir). Pengalaman tersebut menjadi sumber penguasaan ilmunya dalam  bidang politik, pentadbiran dan kemasyarakatan (sosiologi).

 

9. Kerjaya di Tunisia;

- Ketika di Tunisia, beliau bergiat aktif dalam politik di mana jawatan yang pernah dijawatnya ialah;

  a) Sahib al-'Allamah kepada Sultan Abu Ishaq (1350M)

  b) Setiausaha kepada Sultan Abu 'Inan di Fez, Maghribi (1355M)

  c) Setiausaha Sulit kepada Sultan Abu Salim di Fez (1358M)

  d) Mengetuai delegasi Sultan Muhammad V Granada, untuk memeterai perjanjian damai dengan Pedro iaitu Pemerintah Kristian di Seville, Sepanyol (1362M).

  e) Perdana Menteri Sultan Abu Abdillah di Bougie (Algeria) (1365-1356M).

  f) Antara tahun 1366 dan 1372; kerjaya politik beliau agak tidak menentu.

  g) Ketika usianya di ambang 40an, beliau mula memberi tumpuan kepada bidang ilmiah dan penulisan.

  h) Dari tahun 1374 hingga 1382 beliau berhenti sepenuhnya dari semua jawatan politik dan pentadbiran dan beruzlah di Qal'at Ibnu Salamah dan kemudiannya di Tunisia. Ketika itu beliau mula menulis buku sejarahnya yang terkenal Kitab al-'Ibar. 

  i) Pada tahun 1377 M beliau menyiapkan karyanya paling unggul dan terkenal iaitu Muqaddimah yang diselesaikannya dalam tempoh lima bulan sahaja.

 

10. Kerjaya di Mesir

- Apabila berpindah ke Mesir (dari tahun 1382) kedatangannya diterima dengan baik oleh penduduk Mesir kerana mereka mengenali beliau melalui reputasi kerjaya dan karya-karya beliau terutamanya Muqaddimah. Turut mengiktiraf beliau ialah pemerintah Mesir ketika itu iaitu Sultan al-Zahir Barquq (1382 - 1399). Kegiatan beliau di Mesir ialah;

a)  Penasihat Hal Ehwal Maghribi bagi Sultan

b) Pensyarah dan profesor dalam bidang kepakarannya (iaitu falsafah, sosiologi, feqah dan hadis di beberapa insitusi pengajian di Mesir antaranya al-Azhar, Kolej Qamhiyya dan Kolej Barquqiyyah. Kegiatan ilmu dan pengajaran beliau diakui oleh tokoh pemikir dan sejarawan seperti al-Maqrizi (1442M) dan Ibnu Hajar al-'Asqalani (1449M).

c) Ketua Qadhi Mazhab Maliki (sebanyak enam kali, iaitu antara tahun 1384-1406). Pada zaman Dinasti Mamluk terdapat empat ketua Qadhi iaitu dari semua mazhab yang empat, namun mazhab resmi negara ialah Syafiie.

d) Tahun 1387; menjadi wakil Sultan Faraj ke Damascus

e) Tahun 1400-1401; menetap di Damascus, berjumpa dan berdialog dengan pemerintah Moghul, Timurlane.

 

11. Pengembaraan beliau

- Dalam karyanya Rehlah (Pengembaraan), beliau menceritakan pengembaraannya ke Andalusia, pulang semula ke Maghribi (Tunisia), kemudian menetap bersama keluarga Bani 'Arif (ketika ini beliau mengarang kitab Muqaddimah), kemudian mengembara ke Timur, memegang jawatan Qadhi di Mesir, perjalanan mengerjakan ibadah haji, menyertai rombongan Sultan ke Syam, pertemuan dengan Timurlane pemerintah Tatar (Moghul) dan tempat-tempat lain lagi.

 

11. Karya-karya

a) Kitab al-'Ibar; 7 jilid

b) Muqaddimah Ibnu Khaldun; merupakan kitabnya paling masyhur. Kitab ini sebenarnya pendahuluan kepada kitab al-'Ibar tadi, namun dalam penerbitan diterbitkan secara berasingan.

c) Rihlah Ibnu Khaldun

d) al-Khabar 'an Daulat al-Tatar

e) Bughyah al-Ruwwad fi Zikr al-Muluk min Bani al-Wad

f) Muzil al-Mulam 'am Hukkam al-Anam (tulisan beliau untuk para Qadhi)

g) Lubab al-Mahshal; kitab pertama dihasilkannya

h) Syifa al-Sa-il fi Tahqiq al-Masail; tentang tasawwuf

 

12. Kewafatan; beliau wafat di Mesir pada tahun 808H/1406 dalam usia 76 tahun dan dikebumikan di Babun Nasir, makam para ahli Sufi.

 

Rujukan;

1. Kompilasi Filsafat Islam, Thawil Akhyar Dasoeki

2. Falsafah Ibnu Khaldun, Ahmad Sunawari Long

3. 50 Ilmuan Tersohor, Shafie Abdul Rahman

4. Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains Islam, Mahmood Zuhdi Ab. Majid

3. Rujukan web; https://mawdoo3.com (ابن خلدون)

Nyamuk adalah haiwan yang kecil, namun sangat dikenali manusia, malah dalam al-Quran turut disebut;
.
"Sesungguhnya Allah tidak tidak malu untuk memberi perumpamaan apa sahaja (bagi menggambarkan kebesaranNya) sekalipun seekor nyamuk betina atau yang lebih kecil darinya" (surah al-Baqarah, ayat 26).
.
Antara fakta menarik tentang nyamuk;
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 

Soalan; Assalamu alaikum ustaz, apa hukum air yang digunakan untuk membasuh najis? Adakah dikira najis? kalau terpercik air tersebut semasa membasuh najis adakah perlu dibasuh?

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Jika sekiranya air percikan dari basuhan najis itu ada tanda-tanda bercampur najis (seperti terdapat bau najis darinya), ia dihukumkan sebagai najis dan pakaian atau anggota tubuh yang terkena percikan itu perlulah dibasuh.

Namun jika air percikan itu tidak ada tanda-tanda bercampur najis (tiada sebarang bau atau perubahan warna padanya), menurut pandangan yang rajih dalam mazhab Syafiie; hendaklah dilihat tempat basuhan najis itu. Jika ia kelihatan telah bersih dari najis, maka air yang terpisah darinya (yakni dari tempat basuhan itu termasuk yang terpercik darinya) turut dihukumkan sebagai bebas dari nanis (yakni suci). Namun jika kelihatan tempat basuhan itu masih bernajis, maka air yang terpisah (terpercik) darinya juga dihukumkan sebagai bernajis dan perlu dibasuh anggota/pakaian yang terkena percikan air tersebut (Mughni al-Muhtaj, 1/121).

Namun perlu difahami bahawa hukum fiqh terbina di atas keyakinan atau sangkaan yang kuat (dzan ghalib), bukan di atas waham atau waswas (yakni agakan-agakan tanpa asas). Oleh demikian, hukum perlu dibasuh anggota/pakaian yang terkena percikan itu jika percikan itu benar-benar dilihat oleh mata bahawa ia telah mengenai pakaian/anggota atau terdapat bau najis dan sebagainya. Adapun jika hanya agakan sahaja, tidaklah dituntut membasuhnya, kerana ia adalah waswas.

Wallahu a'lam.

Rujukan tambahan;

Fatwa Islamweb; https://www.islamweb.net/ar/fatwa/184163/

Dalam surah Quraysh, Allah menyebutkan 3 nikmat duniawi;
1. Keselamatan dalam perjalanan
2. Keselamatan dari kelaparan
3. Keselamatan dari ketakutan
.
Dalam hadis, Nabi SAW menyebutkan;
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 

Buku & Artikel

Klik Masuk

Masuk sini untuk kompilasi buku dan artikel susunan Ustaz Ahmad Adnan.

Go to top
JSN Pixel 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework