Soalan; ustaz, jika saya ingin menukar emas lama dengan emas baru, bolehkah saya trade in emas lama saya tu di kedai emas, kemudian ambil emas baru dari kedai tersebut dengan tambahan wang bagi harga emas baru itu?

Soalan: as salam ustaz, saya ingin bertanyakan soalan; jika anak saya no 2 sudah berumur 3 tahun perempuan belum buat aqiqah lagi dan anak no 3 saya lelaki berumur 9 bulan juga belum saya buat aqiqah juga, boleh kah saya lakukan aqiqah mereka bersama, manakala yang lelaki boleh kah saya buat kan sebahagian dahulu untuknya. terima kasih ustaz.

Jawapan:

1. Aqiqah menjadi tanggungjawab penjaga (yakni orang yang wajib menanggung nafkah bayi; yakni bapa, ibu, datuk dan sebagainya) selama bayi belum mencapai usia baligh. Apabila bayi telah baligh dan belum diaqiqahkan, tidak dituntut lagi ke atas penjaganya untuk melakukan aqiqah. Menurut mazhab Syafiie; digalakkan ke atas individu yang mengetahui dirinya belum diaqiqahkan ketika kecilnya untuk melakukan sendiri aqiqah bagi dirinya.

Anas RA menceritakan; "Sesungguhnya Nabi SAW melakukan aqiqah untuk dirinya selepas baginda diutuskan menjadi Nabi" (Musnad al-Bazzar; 7281. al-Mu'jam al-Awsat, at-Tabrani; 994).

2. Aqiqah sebaiknya dilakukan ketika bayi berusia 7 hari dari hari lahirnya. 'Aisyah RA menceritakan; "Nabi SAW melakukan aqiqah untuk cucunya Hasan dan Husain pada hari ketujuh. Pada hari itu juga baginda memberi nama mereka dan menyuruh dicukur kepala mereka" (Soheh Ibnu Hibban; 5311. Isnadnya hasan).

Jika terlepas hari ke 7, bolehlah dibuat bila-bila masa selagi anak belum baligh. Oleh kerana anak puan yang ke 2 dan ke 3 itu telah melepasi hari ke 7 masing-masing, maka tidak ada halangan untuk dibuat aqiqah serentak untuk mereka, tetapi dengan syarat untuk setiap anak seekor kambing sekurang-kurangnya

3. Untuk anak lelaki disunatkan dua (2) ekor kambing, namun kalau dibuat seekor sahaja pun memadai. Nabi SAW walaupun baginda mensunatkan dua ekor kambing untuk anak lelaki, namun baginda hanya buat seekor sahaja untuk cucu baginda Hasan dan Husain; seekor untuk Hasan dan seekor untuk Husain. Boleh juga dibuat berperingkat; dibuat seekor dulu, kemudian seekor lagi bila mampu.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Fiqh Menyambut Kelahiran Bayi & Fiqh Aqiqah, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil.

Jawapan; ya, disunatkan seseorang (lelaki) menyampaikan khutbah setelah solat hari raya jika solat dilakukan berjamaah termasuk yang dilakukan di rumah, rombongan musafir atau sebagainya. Dalam kitab Mughni al-Muhtaj dinyatakan; 


"Disunatkan menyampaikan 2 khutbah setelah solat hari raya bagi yang melakukannya berjamaah sebagai mengikuti sunnah Nabi SAW dan Khulafak Rasyidin, tanpa dibezakan bagi maksud berjamaah itu antara orang-orang musafir dan selain mereka. Malah (disunatkan khutbah tersebut) sekalipun jika solat ditunaikan diluar waktunya (qadha)" (Mughni al-Muhtaj, al-Khatib al-Syirbini, 1/423).
.
Dalam mazhab Syafiie, khutbah solat hari raya mesti dengan dua khutbah, tidak cukup satu khutbah. Dijelaskan dalam kitab yang sama; "Jika hanya satu khutbah sahaja, tidak cukup (untuk mendapat pahala sunat berkhutbah tadi)" (1/423).
.
Oleh kerana hukum khutbah sunat sahaja, maka tidaklah menjejaskan solat hari raya jika dilakukan tanpa khutbah. Maka bagi suami atau ketua keluarga yang tidak mampu berkhutbah, memadai dengan mengerjakan solat sahaja bersama keluarga.
.
Wallahu a'lam.

Jawapan; menurut ulamak, syarat khatib hendaklah seorang lelaki. Maka jika jamaah wanita bagi solat hari raya itu diimamkan oleh seorang lelaki, sunat dia menyampaikan khutbah hari raya untuk mereka. Namun jika diimamkan oleh wanita, tidak disunatkan dia berkhutbah. Memadai dengan tazkirah atau nasihat jika hendak dilakukan.

Imam Qalyubi menjelaskan; "Jika jemaah wanita (bagi solat hari raya itu) diimamkan seorang wanita, tidak (disunatkan) dia berkhutbah untuk mereka. Jika salah seorang dari mereka sekadar menyampa nasihat/peringatan -bukan berkhutbah- dibolehkan" (Hasyiyah Qalyubi wa al-'Umairah 'ala Syarh al-Mahalli, 1/305).

Wallahu a'lam.

Buku & Artikel

Klik Masuk

Masuk sini untuk kompilasi buku dan artikel susunan Ustaz Ahmad Adnan.

Go to top
JSN Pixel 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework