- Ustaz Ahmad Adnan
Soalan; Assalam ustaz..selamat mymbut syawal-Maaf ustaz..sy ada kemusykilan..Brkenaan solat..semasa raka'at kedua dlm asar,tahhiyat awal..sy terlebih baca selawat.."Allahumma soli'ala Muhammad-Wa'ala sayyidina Muhammad" Takpa ke ustaz?sah ke solat kerana sy terlebih tambah,sy xbenti solat..sy truskan jua,adkah sah atau sy kena ulang smula solat sy..mohon ustaz bantu sy..Jazakallah.
Jawapan;
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah SAW,
Duduk ketika tahiyyat awal disyariatkan duduk yang ringkas sahaja ketika itu (yakni tidak berlama-lama), berdalilkan hadis dari Ibnu Mas'ud SAW yang menceritakan; Nabi SAW ketika duduk di hujung rakaat kedua (yakni duduk tahiyyat awal), baginda seperti duduk di atas batu panas (yakni kiasan bagi maksud duduk yang ringkas, ingin segera bangun)" (HR Imam Ahmad dan Ashab al-Sunan).
Kerana itu menurut sebahagian ulamak; memadai ketika duduk tahiyyat awal itu dengan hanya membaca tasyahhud sahaja, tidak perlu membaca selawat (Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, 1/120).
Namun menurut mazhab Syafiie; di samping membaca tasyahhud disunatkan juga membaca selawat, akan tetapi selawat yang ringkas iaitu memadai sekadar "اللهم صل على محمد" sahaja. Menurut Imam Ibnu Hajar Rhm; memanjangkan tahiyyat awal (melebihi kadar tadi) hukumnya adalah makruh sekalipun dengan menyambung selawat ke atas ahli keluarga baginda (iaitu dengan lafaz "وآل محمد") atau dengan berdoa, kerana duduk ketika itu disyariatkan duduk yang ringan sahaja (al-Minhaj al-Qawim, m.s. 125).
Kesimpulannya, menambah bacaan melebihi dari selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada ketika duduk tahiyyat awal hukumnya adalah makruh dan tidaklah sampai membatalkan solat.
Wallahu a'lam bis-shawab.
- Ustaz Ahmad Adnan
Jawapan audio
- Ustaz Ahmad Adnan
Jawapan audio;
- Ustaz Ahmad Adnan
Soalan; Assalamualaikum wbt. Ustaz, apakah hukum membeli followers dengan tujuan ‘social proofing’? Bukanlah tujuannya untuk menipu bahawa pelanggan brand tersebut adalah ramai sedangkan tidak. Tapi hanyalah semata-mata sebagai method untuk mendapatkan social proof. Pada definisi social proof bermaksud manusia cenderung meniru perbuatan manusia lain. Dalam konteks bisnes di sosial media, bila potential followers tengok followers pada page tersebut ramai, dia akan cenderung untuk follow bersama. Tapi dari segi jumlah pelanggan, kami tetapkan jumlah yg sebenar. Contohnya kami beli 10,000 followers dan kami letakkan jumlah sebenar pelanggan yang telah guna produk tersebut, misalnya 100 org. Adakah perbuatan ini dibenarkan? Mohon pencerahan ustaz.
Jawapan;
Waalaikum salam. Bismillah, Walhamdulillah, Wassolatu ala Rasulillah.
Yang saya nampak; pada yang tersirat, tujuan membeli folowwers tu bukan semata-mata untuk sosial proofing, tapi mempunyai matlamat hujung iaitu mempengaruhi pembeli kepada produk yang dijual. Ia mirip kepada konsep al-najsy (النجش) yang dilarang Nabi SAW dalam hadisnya;
وَلاَ تَنَاجَشُوا
"Janganlah kamu melakukan al-najsy" (al-Bukhari; 2140).
Al-Najsy ialah seseorang berpakat dengan penjual di mana dia akan tampil bersama pelanggan-pelanggan dalam jualan lelongan dengan menawarkan kesanggupan untuk membeli dengan harga yang tinggi, bukan dengan niat membeli barang, tetapi untuk mempengaruhi orang lain untuk turut meletakkan harga yang tinggi bagi barang tersebut, atau untuk menzahirkan seolah barang itu bernilai. Ia termasuk dalam jenis jual-beli yang dilarang menurut fuqahak.
Mungkin membeli followers tu tak sepenuhnya sama dengan konsep al-najsy itu, tapi dilihat terdapat unsur untuk mempengaruhi pengguna dengan aspek-aspek luaran dari barang/produk (bukan dengan kualiti sebenarnya).
Selain itu terdapat hadis Nabi SAW; "Seorang yang menampil dirinya kenyang (dengan pemberian dari seseorang) sedangkan dia tidak diberikan apa-apa pun (yakni penampilan itu semata-mata untuk mengapi-apikan pihak lain), maka dia seperti seorang yang memakai dua pakaian palsu" (HR al-Bukhari; 5219). Dalam kes di atas seseorang itu menampilkan kepada orang lain dia seolah pengikut (folowwer), walhal dia bukan folowwer sebenar pun, cuma kerana dibayar, yakni hanya follower lakonan.
Itu yang saya nampak. Perlu juga dirujuk kepada pandangan-pandangan yang lain. Wallhu a'lam.
Bacaan lanjut;
1. Fiqh Mu'amalat Harta (AHMAD ADNAN FADZIL), m.s. 32.
2. Pandangan Syeikh Muhammad al-Munajjid; https://www.saaid.net/twitter/347.htm
- Ustaz Ahmad Adnan
Sabda Nabi SAW; "Aku bimbang 6 perkara akan menimpa kamu;
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
https://www.facebook.com/ahmadadnan.fadzil/posts/3524769237550916
- Ustaz Ahmad Adnan
Walimah yang dilakukan Nabi SAW ketika mengahwini beberapa isteri baginda;
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
https://www.facebook.com/ahmadadnan.fadzil/posts/3554865814541258
- Ustaz Ahmad Adnan
- Ustaz Ahmad Adnan
- Ustaz Ahmad Adnan
- Ustaz Ahmad Adnan
Jubair bin Nufair menceritakan; sahabat-sahabat Nabi RA apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengucapkan sesama mereka;
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
https://www.facebook.com/ahmadadnan.fadzil/posts/3532605473433959