Berkata Imam Junaid al-Baghdadi;

      Orang yang marah ketika disebut aibnya adalah orang yang riyak.

      Orang yang semakin giat beramal ketika dipuji dan mengendur

      amalnya ketika dicela  adalah orang yang riyak.

      Orang yang giat di hadapan orang dan bermalas-malasan ketika

      sendirian adalah orang yang riyak.

(Dinaqal dari buku; IKHLAS TANPA BATAS, Izza Rohman Nahrawi, m.s. 89).

 

* Imam Junaid al-Baghdadi hidup dalam generasi Salafussoleh (wafat tahun 297). Seorang ahli ibadah, tazkiyah dan faqih (murid Imam Abu Tsur) dan diiktiraf sebagai imam oleh ulamak-ulamak tasawwuf. Bergaul rapat dengan tokoh-tokoh tasawwuf sezaman dengannya seperti al-Sirri al-Siqti, al-Haris al-Muhasibi dan sebagainya (Tobaqat al-Sufiyah, Abi Abdurrahman al-Sulami, m.s. 49).   

Go to top
JSN Pixel 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework