Walimah yang dilakukan Nabi SAW ketika mengahwini beberapa isteri baginda;
.
1. Walimah Sofiyah RA; kurma, susu kering dan mentega (Soheh al-Bukhari; 4213, dari Anas RA).
.
2. Walimah Zainab RA; roti dan daging kambing. Kata Anas RA; inilah walimah paling besar yang dilakukan Nabi SAW (Soheh al-Bukhari; 4794. Soheh Muslim; 1428).
.
3. Walimah Ummu Salamah RA; tamar dan mentega (HR al-Maqdisi dengan sanad hasan. al-Ahadith al-Mukhtarah; 2036, dari Anas RA).
.
4. Walimah perkahwinan Ali dan Fatimah RA; Nabi SAW menyediakan kurma dan kismis. Sa'ad RA menghadiahkan kambing dan ada Ansar RA memberikan beberapa gantang jagung (Musnad Ahmad; 23035, dari Buraidah RA. Sunan Ibnu Majah; 1911. Majma' al-Zawaid; 6147).
.
Kesimpulan;
.
a) Walimah dibuat ikut kemampuan
b) Tidak semestinya sama antara anak-anak atau isteri-isteri (bagi yang nak nikah lebih).
c) Boleh *bantu-membantu antara sesama muslim sebagaimana ketika perkahwinan Saidina 'Ali RA dan Fatimah RA.

Go to top
JSN Pixel 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework