Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah,

Kalimah rawatib (رواتب) berasal dari kalimah ratib () yang bermaksud yang tetap. Dari segi Syarak, sunat-sunat rawatib ialah sunat-sunat yang disyariatkan untuk dilakukan secara tetap. Menurut ulamak-ulamak mazhab Syafiie; sunat-sunat rawatib merangkumi sunat-sunat yang mengiringi ibadat fardhu atau yang terhenti pada ibadat lain dan sunat-sunat yang mempunyai waktu tertentu seperti solat hari raya, dhuha dan terawih.

Di sisi kebanyakan fuqahak, sunat-sunat rawatib dimaksudkan kepada solat-solat sunat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada qabliyahnya atau ba'diyahnya, yakni ia tidak dilakukan bersendirian tanpa kehadiran solat fardhu. Namun dalam mazhab Syafiie, sunat-sunat rawatib tidak hanya ada dalam solat, akan tetapi dalam puasa juga ada sunat-sunat rawatib antaranya puasa 6 hari dalam bulan Syawal.

Antara hukum berkaitan sunat-sunat rawatib ini ialah;

1. Digalakkan menjaganya, yakni melakukannya secara tetap dan berterusan.

2. Sebahagian ulamak berkata; makruh meninggalkannya dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran. Malah ada yang berkata; orang yang mengabaikan rawatib yang muakkad tidak diterima syahadah (kesaksiannya).

3. Menurut Imam al-Nawawi; di sisi mazhab kami (mazhab Syafiie); sunat menggantikan (mengqadha) sunat-sunat rawatib yang terluput. Namun menurut Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad; tidak sunat menggantikannya.

4. Mengenai puasa 6, Imam Ibnu Hajar al-Haitami berkata; mam Ibnu Hajar al-Haithami menyebutkan; jika seorang itu luput/tertinggal (keseluruhan) puasa Ramadhannya, lalu dia mengqadhanya sepanjang Syawal, disunatkan dia berpuasa 6 dalam bulan Zul Qaedah kerana puasa ratib apabila luput (tertinggal), sunat diqadha (diganti) (Tuhfah al-Muhtaj).

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. al-Mausu'ah al-Fihqiyyah al-Kuwaitiyyah, 25/275-284

2. Hasyiyah Qalyubi 'ala Syarh al-Mahalli; 1/210.

3. al-Majmuk; 4/43

4. Syarah al-Yaqut al-Nafis, m.s. 194.

5. Tuhfah al-Muhtaj, 3/457

Soalan; Salam AF Ustaz Ahmad Adnan Fadzil yang dimuliakan ALLAH.
Saya nk mohon satu lagi pencerahan.

Suami nak berpuasa sunat Hari Putih ttp isteri yg x sihat minta agar suami tidak berpuasa
sbb dia nakkan belaian suami masa dia sakit.

Jadi soalannya,

1) Mana lebih afdhal? :
Adakah suami terpaksa batal niat utk berpuasa kerana nak melayan isteri yg sakit ATAU
suami teruskan berpuasa juga wp tanpa redha isteri krn dah niat nak berpuasa dan alasan sayang nak tinggal sbb dah niat.

2) Adakah isteri itu berdosa krn minta suami utk tidak berpuasa krn nakkan layanan suami masa dia sakit?

Syukran Jiddan
Wallahu-a'lam.

 

Jawapan; audio (https://drive.google.com/file/d/1B2jC7IMBCl1jGtWj_kKquySpc6ezZPkY/view?usp=sharing)

 

Rujukan;

1. Mirqaat al-Mafatih (Syeikh 'Ali al-Qari), 4/1432 (hadis no. 2078).

Go to top
JSN Pixel 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework